Showing posts with label JabalNur. Show all posts
Showing posts with label JabalNur. Show all posts

Friday, December 2, 2016

#10 Umrah & Ziarah Di Bumi Barakah : Catatan Perjalanan Menyucikan Jiwa - (Pengalaman Umrah Pertama - Ziarah Masyair Haji)



As Salam,

Nampaknya Musim Umrah 2016 telah kembali, maaf kerana terputus cerita akibat beberapa perkara yang tidah dapat dieelakkan, InsyaAllah saya akan menghabiskan perkongsian coretan perngalaman saya ketika mengerjakan Umrah setahun yang lalu..  

Alhamdulillah saya diberi peluang lagi untuk menaip disini untuk berkongsi cerita dan
pengalaman sy ketika mengerjakan ibadah umrah dan ziarah pada 1-11 Desember 2015 yg lalu.

Hari ke-5,(5/12/2015) Hari ni jadual Ziarah kami adalah melawat Tempat2 Ibadah Haji dijalankan, dan juga Melawat Tempat Sejarah di Jabar Thur. 

Harini Niat Di hati saya nak mengerjakan Umrah ke 4, Tapi Atas nasihat abah, beliau nasihat supaya berehat sehari, sbb tgk saya pun mcm tak berapa nak larat je.. huhu..Tp mmg memerlukan persiapan Mental dan Fizikal yg tinggi untuk menjalankan Ibadah Umrah ni. Rupanya saya tidak cukup bersedia dari segi fizikal. Kaki mmg agak sakit la jugak. Jadi Saya menerima Nasihat dan berehat untuk Hari ini. InsyaAllah Esok akan Menjalankan semula ibadah Umrah ke-4 dan yg terakhir untuk kali ni. 

Ok, Sambung cerita, Seperti hari2 sebelum, mcm biasa, bangun pagi, solat di Masjid dan pulang untuk Sarapan Pagi. Kemudian berkumpul seperti depan hotel menanti ketibaan bas untuk membawa kami ke tempat Ziarah. Destinasi pertama adalah Jabal Thur. Di Sini adalah merupakan Salah satu tempat terpenting di dalam sejarah Penghijrahan Nabi kita Nabi Muhammad SAW dan kita boleh mengambil iktibar bagaimana kepayahannya berdakwah ketika itu. 


Belakang kami tu la Jabar Thur.. Tinggi..

Sedikit Cerita tentang Jabar Thur yang dipetik daripada blog:

"http://backpackerbusuk.blogspot.my/2013/01/umrah-kisah-di-sebalik-bukit-thur.html"

"Kisah ini berlaku semasa penghijrahan umat Islam dari kota Mekah ke kota Madinah pada tahun ke-14 kenabian Rasulullah SAW. Peristiwa bermula apabila baginda telah dikecam oleh penduduk Quraisy Mekah yang bimbang akan pengaruh agama Islam yang semakin mendapat tempat di hati penduduk Arab. Oleh itu pada suatu hari mereka telah bermesyuarat untuk mencari jalan bagaimana hendak menghentikan dakwah baginda dan dalam perbincangan tersebut seorang lelaki tua yang merupakan jelmaan iblis telah bersetuju dengan cadangan Abu Jahal supaya Rasulullah SAW dibunuh.

Pada hari rancangan jahat itu ingin dilaksanakan, baginda telah bertemu Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan menyuarakan hasrat untuk berhijrah setelah mendapat perintah daripada Allah SWT. Pada malam tersebut seramai 11 orang penjahat yang telah diupah berkumpul di sekeliling rumah baginda dan merancang untuk membunuhnya pada waktu subuh iaitu sewaktu baginda pergi ke masjid.
 Peristiwa ini telah disebut dalam Ayat 30, Surah Al-Anfal yang bermaksud, "Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Mekah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu atau membunuhmu atau mengusirmu, mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya". 

Rasulullah SAW telah meminta Saidina Ali Bin Abi Talib untuk menggantikannya dan tidurlah ia di situ dengan menggunakan selimut yang dipakai oleh baginda. Sewaktu keluar dari rumah, baginda telah menggenggam pasir dan menabur ke arah 11 orang penjahat tersebut sambil membaca Ayat 9, Surah Yasin yang bermaksud, "Dan kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat". Sekadar berkongsi, ayat ini sesuai diamalkan sebagai pendinding dari segala bahaya dan sebagai hamba kita harus yakin hanya Allah SWT sahajalah tempat untuk kita berlindung.

Maka dengan pertolongan Allah SWT, penglihatan penjahat-penjahat tersebut telah ditutup dan baginda pun terselamat daripada ancaman bunuh. Setelah berjaya menyelamatkan diri baginda pergi menemui Abu Bakar dan bertolak ke Madinah. Sewaktu keluar dari Mekah mereka telah melalui Bukit Thur dan berhenti untuk mencari perlindungan. Oleh kerana rancangan untuk membunuh baginda telah gagal, maka orang kafir Quraisy telah membuat tawaran 100 ekor unta bagi sesiapa yang berjaya menangkap Rasulullah SAW sama ada dalam keadaan hidup ataupun mati.

Sewaktu mendaki Bukit Thur, kaki baginda telah melecet dan Abu Bakar telah memapah baginda sehinggalah bertemu dengan sebuah gua. Setelah menawarkan diri untuk memeriksa keadaan dalam gua maka Abu Bakar pun masuk dan mendapati ada 3 lubang di dalamnya. Abu Bakar telah mengoyakkan kainnya untuk menutup salah satu di antara lubang tersebut dan selebihnya beliau telah menggunakan kaki sendiri untuk menutup baki lubang yang lain. Setelah yakin untuk berlindung di situ maka Abu Bakar pun memanggil Rasulullah SAW untuk masuk dan setelah meletakkan kepala di pangkuan Abu Bakar maka baginda pun tertidur. 

Sewaktu baginda sedang tidur tiba-tiba kaki Abu Bakar telah dipatuk sejenis ular berbisa daripada salah satu lubang yang ditutup dengan kakinya. Oleh kerana patukan yang sangat berbisa maka Abu Bakar pun menangis dan air matanya gugur ke muka Nabi. Baginda kemudian tersedar dan bertanya pada Abu Bakar apa yang menyebabkan beliau menangis. Setelah menceritakan apa yang berlaku maka baginda pun meludah ke kaki Abu Bakar dan dengan kuasa Allah SWT bisa itupun hilang. 

Setelah berlindung di gua tersebut selama 3 hari akhirnya Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar pun meneruskan perjalanan ke Madinah di atas pertolongan seorang penunjuk jalan yang mahir. Sebelum sampai di Madinah mereka tiba di Quba dan di sini baginda telah membina sebuah masjid iaitu Masjid Quba. Masjid yang dibangunkan di atas dasar takwa ini merupakan masjid pertama yang dibina oleh baginda selepas diangkat menjadi seorang Rasul, iaitu selepas peristiwa Israk Mikraj."

Begitulah sedikit cerita yang boleh diambil iktibar ketika menziarah Jabal Thur ni.

Bawah ni la lebih kurang pemandangan keluasan padang Arafah... yg Hijau2 tuh..Sejauh mata memandang...
Gambar ni dari atas Jabal Rahmah..
















Kemudian kami kami dibawa ke destinasi 
Ziarah seterusnya iaitu Kawasan Padang Arafah & Jabal Rahmah. Arafah adalah permulaan Haji, Dimana Semua Umat Islam yang akan memulakan Haji akan berkumpul disini. Kawasannya mmg sangat luas. kalau di musim haji akan kelihatan penuh khemah2 jemaah haji di kawasan ini. Ketika kami melakukan ziarah adalah bukan musim haji dan dapat silihat kawasan ini sejauh mata memandang. Arafah juga berada diluar tanah Haram. Selain itu kami dapat melihat Jabal Rahmah dari dekat, dimana dikatakan tempat pertemuan Adam & Hawa. dan juga Tempat terakhir Rasullullah SAW menyampaikan Kutbah Jumaat. Di Jabal Rahmah juga dikatakan kawasan mustajab Doa di luar Tanah Haram. Muttawif bercerita yang kalau nak naik Jabal Rahmah ni boleh la naik sekarang kerana jika dimusim Haji mmg tak nampak bukitnya, penuh dengan manusia yang berdoa di kawasan Bukit itu. Kami pun tak melepaskan peluang untuk naik ke atas Jabal Rahmah, Bukitnya tidak la tinggi sangat, ada tangga untuk dinaiki dan kalau berani boleh ikut laluan mendaki yang lain, Tidak bahaya sangat untuk mengikut laluan lain, tatapi perlulah berhati2 kerana bukit ini mmg bukit berbatu. 

Sewaktu menaiki Jabar Rahmah ini kami bertembung dgn sekumpulan jemaah lain, tak tahu dari mana, tapi bukan dari Malaysia, Agak bahaya kerana mereka agak kasar ketika menuruni bukit ini. Hampir2 juga la kami terjatuh, Kami banyakkan berdoa agar dipermudahkan urusan. Di puncak Bukit terdapat seperti tugu dibina dipuncaknya, ada juga org berniaga di atas puncak bukit ini. Tetapi kepada mereka yang baru pertama kali sampai dan menaiki bukit ini, perlu berhati2 kerana akan adanya Pak Arab akan meletakkan sesuatu (seperti sarban) di atas kepala dan terus menangkap gambar tanpa bertanyakan parsetujuan. Dan sekaligus memaksa untuk mengambil gambar yang telah siap di cetak menggunakan kamera Segera. Casnya? Mahal? saya dah lupa muttawif bercerita. tapi mmg tak berbaloi la. Kalau mereka letak di kepala kita, cepat2 kita tolak dan berkata Laa.. Laaa. tidak atau tak mahu..  :-)

Dibawah beberapa gambar kenangan di Jabal Rahmah..

Di puncak Jabal rahmah.. Penuh manusia.. ada juga yg berniaga di atas tu..

Turun layan jalan lain pulak..  :-)

Lokasi seterusnya kami dibawa menaiki bas melalui kawasan2 haji, Muzdalifah, Mina & Tempat Melontar Jamrah. Tempat2 ini tidak boleh dimasuki kerana tidak dibuka pada bukan waktu Haji. Walaupun tak dapat masuk tetapi dapat la sedikit sebanyak gambaran perjalanan untuk mengerjakan Haji. 

Gambar Kanan : Bangunan Melontar Jamrah / Gambar Kiri : Terowong Al-Muasin



Destinasi terakhir utk ziarah Makkah hari ini ialah Ja'ranah yg sejauh 24km dari Masjidil Haram. Di masjid Ja'ranah ini merupakan salah satu tempat miqat umrah yg tinggi darjatnya. Rasulullah s.a.w pernah bermiqat di sini untuk mengerjakan umrah setelah pulang dari peperangan Hunain. Ji’ronah adalah nama seorang wanita yang mengabdikan dirinya untuk membersihkan dan menjaga mesjid tersebut, Ia seorang wanita Quraisy dari Bani Tim. Kami hari ni tidak melakukan Umrah, sesiapa yang berniat untuk melakukan Umrah boleh la mula berniat disini dan bersiap untuk memakai Ihram. Masjidnya agak besar dan mempunyai kemudahan yang selesa untuk bersiap. Disekitar kawasan masjid juga terdapat ramai org berniaga cenderahati kepada jemaah2 yang hadir di situ. Saya juga membeli seekor unta untuk dibawa pulang. Unta mainan sahaja, Untuk Nur Qaseh.. hehe..

Jabal Nur, dapat tgk dari kejauhan sahaja :-)
Setelah semua Jemaah siap berihram dan membeli apa2 yang patut, kami bertolak memasuki ke tanah Haram semula. Dalam Perjalanan, kami ada melalui Jabar Nur, dimana terdapat Gua Hira' di situ, Kebanyakan Pakej Umrah tidak melakukan lawatan ke Gua Hira', tetapi Jemaah boleh melakukan nya sendiri. Saya tidak dapat naik kerana tiada siapa pun yg mencadangkan usul untuk naik ke situ. 
tak pa, InsyaAllah ada peluang lagi dilain kali. Amin..

Memandangkan kami tak melakukan Umrah Hari ni, Jadi kami hanya melakukan Tawaf Sunat Sahaja, Selepas Asar, Kami menziarahi kawasan sekitar Masjidil Haram. Besar juga untuk mengelilinginya. Kami dapat lihat tapak kren tumbang dan juga menziarahi rumah yang dikatakan rumah kelahiran Nabi Muhammad s,a,w. Rumah itu kini telah ditukar menjadi perpustakaan dan kerajaan arab saudi mmg menghalang keras sebarang penyembahan dikawasan tersebut. 

         Gambar Kanan: Lokasi Kren Tumbang/Gambar Kanan: Lokasi Rumah Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W


    
                               Gambar Pemandangan Sekitar Masjidil Haram yg pesat dibangunkan..

Malam, selepas isyak kami bersiar2 disekitar Kawasan Hotel, beli beberapa barang cenderahati untuk dibawa pulang. Malam itu saya sekali lagi melakukan Tawaf Sunat dan Alhamdulillah dapat masuk ke kawasan Hijr Ismail. Ada juga niat hati kecil untuk mengucup Hajarul Aswad. Tapi melihat keadaan yg terlalu berebut2, saya simpankan dulu niat saya itu. InsyaAllah akan dapat juga peluang itu nanti. Amin..
















Ok, Setakat ni dulu cerita untuk hari ke-5. Next sy akan sambung perjalanan hari ke 6. Perjalanan ke Bandar Taif. InsyaAllah..

Assalamualaikum..



<-- Sebelumnya...                                                                                                                               
Seterusnya -->

**Catatan yang dibuat oleh saya mungkin tidak selengkap dengan catatan di blog2 yg ada diluar sana, ianya adalah berdasarkan apa yang saya lalui & dan dibuat oleh saya sepanjang mengerjakan ibadah umrah yang lalu, jika ada kekurangan dan kesalahan mohon dibetulkan di ruangan komen moga2 memberi manfaat kepada kita semua. InsyaAllah.  :-)









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...