Showing posts with label rindu. Show all posts
Showing posts with label rindu. Show all posts

Wednesday, November 6, 2013

Nur Qaseh

Nur Qaseh

Assalamualaikum.
Salam Maal Hijrah 1435
Semoga Tahun baru ni lebih baik dari tahun yg sudah.

Alhamdulillah baby saye, cik NurQaseh (panggilan abah nyer) dah 2 bulan ++. Syukur alhamdulillah. Qaseh dah pandai balas senyum abah n mama die. Dah pandai ajak berborak. Abah die plak rajin sgt2 berborak ngn die. Suke la die tuh. Hehe... Mama die ni mls la. Nnt berborak, kije len dah tertangguh plak kan? 

Hurm, rindu kt die. Stp detik ty dlm hati, ape la yg qaseh tgh buat nih agaknyer. Harap2 pengasuh die baik2 je ngn die. N die pon baik2 je dgn pengasuh. Xmo la meragam ke ape ke. Kesian nnt takot pe2 jadik. 

Qaseh dah 5.4kg dah. Dah 56cm. Syukur die xdemam teruk pas cucuk 2 bulan tuh. Demam selsema pon jap2 jerh. Tp still pantau suhu bdn die. Dah mencecah 36 pon dah risau. Moga Qaseh sentiasa sihat. Amin...

Qaseh dijaga oleh jiran. Nurhadijah Eja nama die. Duk kt Apartment Laguna Biru. Blok D. Tingkat 15, rumah no 2. Bayaran sebulan rm350. Sbb sy kije shift, die amik rm50 as OT .. Xpe, kalo die jaga elok, rm350 tuh berbaloi sgt2 lah. InsyaAllah, sy yakin pd pengasuh nih and sy berdoa byk2 pd Allah semoga selamatkan anak saye. Ape2 pon, sy tawakal je. Amin...

Moh layan gambo qaseh umo 2 bulan...






























Anak mama yang shomel... Muahs!!!

Abah, mama dah rindu Qaseh. Mama nk jaga Qaseh... Hukhukhuk...


Tuesday, April 9, 2013

My BGFF = My LGFF part 2

My BGFF = My LGFF part 2

Assalamualaikum...
Mula2 rindu and teringin gak la nk gi kenduri BGFF Shimah. But then, after terima sms die yang berbau seperti kami ni TAK seALIM die, hati ni bagai kaca yg pecah berderai ke lantai simen... Mcm neh...

Nampak? Pecah berderai kan?

SMS berbunyik seperti dibawah (erk, berbunyi HP nyer SMS la. SMS ni xberbunyik pon. Bace sendirik. Hehe)

"Assalamu'alaikum kin.camna kesihatan ko n baby?maaf la,aku segan n malu nk contact korg sbb tiap kali aku baca post korg,mmg nmpk korg marah.aku mntk maaf kalau buat korg marah.korg jgn marah2 sgt,tambah2 fazi,nk deliver dah tu,xbaik marah2.aku doakan korang semua t'masuk d'dalam golongan org2 yg b'iman n b'taqwa.=>"

Berderai2 u olls. Mcm tu jugak la hati kami nih terutama hati BGFF Fazzy. Dah la die nk due dah akhir bulan April nih, ade plak sms mcm tuh. Huh! berkecai nyer hati BGFF Fazzy, smpai shimah kena remove dari Group BGFF kt FB. Dlm hati ckp "PADAN MUKA"... Hahaha.. jahat nokk! Haish...xbaik u olls... i olls je baik. kiki...

Mane la kami xmarah2, setakat jadi observer dlm grup tuh, bek la xpayah. Segala macam benda kami update dlm grup tuh. Tp die? just "like" je menandakan yg die tgk gak. At least feedback sometin. Mcm baru2 neh, kami berkumpul kt umah fazzy, lgsg ha bertanya kan kami best ke x, kami masak pe, ke ape ke... menyampah tau x? Semua event yg kami buat xpenah nyer die nk feedback ke ape. Setakat jadi observer, i olls pon xmo die dlm grup tuh. Sakit ati i olls tau. huh! xmo dah bercerita pasal shimah. Moh ler bercerita pasal event kami ari tuh. Best u olls... Jumpe balik BGFF setelah sekian lama xketemu
erutama BGFF Wanie. Setahun lebey die di turkey. Alhamdulillah, balik Malaysia jugak die akhirnyer ha. Hehe...yuk layan gambo2 kami berjimba... Weeee...



Four of US - Fantastic FOUR... Hehe
Owh yup, gambo makanan & gambo2 memasak xde dlm HP. BGFF fazzy je amik gambo tuh. Eh, laki die yg amik. Tp xde la plak nk mengepost kt FB ke ape. Haish... Nak dpt gambo tuh, tgu die abish berpantang la kot. Harharhar...

BGFF, ILOVEU OLLSSS...Moga dapat buat reUnion lagih.
Muahs!~


Wednesday, April 3, 2013

My BGFF = My LGFF part 1

My Best Girl Fwens Foreva  = My Loveley Girl Fwens Foreva part 1

Today will write in "ROJAK" language. Malay + English. HihiYou know? I have 3 BGFF. They are Mrs. Nor Fazilah Binti Mohamad Selamat, Ms. Nor Hazwani Binti Yusof and Ms. Ima Rashidah Binti Ismail. Actually I have 4 BGFF, but another one seem like already forgot us here. Always sit under her mother's ketiak. Hahaha...

Promised to attend Fazzy's engagement, but no show. Also promised to attend Fazzy's solemnation and at the END, no show also. We thought that she really busy. OK. Then, on fazzy's wedding??? Yes, she also not attend. Really frustrated on her attitude. Alasan? Takot nak naik bas ke KL. Byk kemalangan. So, we advise to drive to KL, and her reason is takot nk drive sorg2 ke KL. Byk kemalangan. Invalid and not concrete reasons to accept!. Mana2 tempat pon boley mati. Mana2 tempat pon boley excident. Hadoi... We only accept this reason - too far... Yes, Pendang Kedah & KL/Teluk Intan Perak is too farrrr... OK... Fine...

Then, my wedding plak. Alasan adelah sama. Alasan too far juga ade. Accept jugak sbb Pahang & Pendang Kedah is TOO FAR... Then, majlis bertandang di Bagan Serai,Perak???? It is TOOOOO FAAAARRRRR? to Pendang? It's about 2 hours katenyer My Demox. Huh! Really2 alasan... kan, kan, kan? Sedih dapat kawan yang macam tuh... 9 years kami kenal, 1 kelas, 1 bilik, 1 kepala... last2 mcm neh...

And the latest info is, die just bgth Ima yang die nk kawen bulan 5 nih. Skg dah masok bulan 4, 1 info pon die xbgth. Memang la kami sume xnak pergi wedding die, dah NEKAD xmo gi. kecewa sgt2, tp at least bgth la bila kan? hulur kad ke, by pos pon xpe kalo xnk bagi by hand. kan??? ni xde... kami plak yg bertanya kt die bila nk langsung... Hurm... Kawn baik ke tuh? Geramnyer!!!!

Ingat lagi BGFF Wanie 2 tahun lps. Masa BGFF Fazzy nk bertunang. Lagi 3 hari nk gi turkey neh. Tp sempat je dtg umah BGFF Fazzy. Siap sampai tdo dekat2 hotel murah PUDURAYA lagi tau. Bertapa die willing to come to Fazzy's engagement. You olls know? its very dangerous OK seorang anak dara tdo hotel yg menakutkan. Really. Tak penah terfikir pon. Tp itu yg terlintas difikiran Wanie semata2 nk dapatkan bas paling awal keesokan ari nyer... Semata2 sebab BGFF... Terharu.... Yang die tuh? ade???? Marah, kecewa n sedih kami semua dgn perangai die. Huuuu....Tp, semarah2 kiteorg nih, kami masih rindukan die. Ingat die. Die??? Ntah laa... Even ckp je dlm FB grup xrindu, menyampah, tp, kami tetap sayang die. Dlm hati ni, nk jugak la tgk BGFF kawen. Die - Norhashimah Binti Derani.

Ima, Fazzy, Wanie... If, ade peluang and berkesempatan, jom la pegi kenduri die nanti k... Fazzy, ko tgh berpantang kan? Xpe... Pantang elok2... Shimah... Hope ko xkan lupakan kami...


Tahun 2005 1st January. Ke Zoo Negara.
Dari kiri BGFF Fazzy, me, BGFF Shimah & BGFF Wanie. BGFF Ima xde sbb die "sombong" ckit time neh. Kiki
Nanti sy update part 2 bersama gambar terkini kami berkelah di rumah BGFF Fazzy :)
Daaa~

Thursday, November 29, 2012

Sayang Isteri Tinggal-tinggalkan, Sayang Suami Manja-manjakan?



 Assalamualalaikum...


Petikan diambil dr Blog Ini..

Sering kita mendengar untaian kata; “Sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang suami manja-manjakan”. Ungkapan ini memberi pengertian yang sangat bermakna kepada pasangan suami isteri. Ungkapan ini juga pasti memberi seribu satu perbezaan makna sama ada dari sudut ungkapan itu sendiri mahupun maksud di sebaliknya.

Perbezaan pemahaman dan tafsiran yang tepat mengenai ungkapan ini bergantung kepada sejauhmana tahap pengetahuan yang dianugerahkan Allah SWT kepada seseorang individu. Ianya bersesuaian dengan tahap keimanannya serta keintiman hubungannya dengan Allah SWT.

 Timbul tanda-tanya di dalam hati kita, adakah apabila seorang suami menyayangi isterinya, isterinya itu perlu ditinggal-tinggalkan?

Meninggalkan insan yang tersayang dalam ertikata keluar menjalankan urusan kehidupan dan tanggungjawab memerlukan pengorbanan. Pengorbanan meninggalkan isteri atau suami atau keluarga atas maksud perintah Allah SWT dan mencari keredhaanNya adalah suatu tuntutan dalam Islam. Sebagaimana kisah Nabi Ibrahim AS diperintahkan meninggalkan isterinya Siti Hajar dan anaknya Ismail di tanah gersang lagi tandus. Pada ketika itu tiada jaminan keselamatan dan tiada bekalan makanan serta tiada tempat sandaran, ianya adalah semata-mata untuk menunaikan perintah Allah SWT. Adakah pada ketika itu Nabi Ibrahim AS tidak menyayangi isteri dan anaknya Ismail yang baru dilahirkan?

Jika pada hari ini berlaku peristiwa yang sebegitu, pasti dibibir kita meniti kata-kata nista, alangkah tidak bertanggungjawab-nya tindakan Nabi Ibrahim AS itu! Begitulah bicara golongan yang tidak kuat dan lemahnya iman mereka.

Begitu juga yang berlaku kepada Rasulullah SAW dan para sahabat RA yang telah berhijrah meninggalkan isteri serta keluarga tercinta di Kota Makkah ke Madinah adalah atas perintah Allah SWT. Mereka telah bersedia menjadikan isteri-isteri mereka sebagai balu dan anak-anak menjadi yatim. Demikianlah iman para sahabat hasil dari kefahaman dan didikan Rasulullah SAW.

Mungkin kita juga telah mendengar bagaiman kisah seorang sahabat Nabi SAW yang bernama Hanzalah bin Abu Amir RA yang baru melangsungkan pernikahan bersama isterinya yang tercinta bernama Jamilah binti Ubay yang juga sepupunya. Semasa mereka melalui malam pertama dengan penuh kemesraan, maka tiba-tiba laungan jihad berkumandang menyeru ke medan Uhud. Hanzalah dengan penuh semangat melompat ke atas kudanya dan terus memecut tanpa menoleh ke belakang dan akhirnya Hanzalah gugur sebagai syuhada di medan Uhud.

Itu kisah bagi para suami yang tanggungjawabnya amat berat terbeban di atas bahu mereka. Antara hak Allah SWT dan dirinya, antara tanggungjawab serta amanah sebagai khalifah dan ketua keluarga menjadi taruhan dan ujian keimanan.

Bagi para isteri pula hanya empat syarat untuk mereka ke syurga dengan mudah. Sabda Rasulullah SAW;

“Apabila seorang isteri mengerjakan solat 5 waktu, mengerjakan puasa sebulan (di bulan Ramadan), memelihara kehormatannya (aurat dan faraj) serta mentaati suaminya, nescaya dia akan masuk syurga.” (H.R. Imam Bazzar melalui Anas RA).

Sayang suami manja-manjakan bukan bermakna dimanjakan seperti anak-anak kecil. Taat kepada suami menjadi tiket untuk isteri ke syurga disamping tiga perkara lagi sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis tersebut. Namun, jika ditambah dengan sedikit perhatian yang istimewa, ia merupakan bonus untuk para isteri.


Setelah suami ‘meninggalkan’ isteri sama ada untuk urusan kerja duniawi ataupun kerja-kerja ukhrawi (lebih-lebih lagi), wajarlah isteri melayani suami dengan lebih istimewa. Ia tidak memerlukan hamparan karpet merah, makan malam di bawah cahaya lilin dan rawatan SPA – jika boleh dilakukan, itu dikira hebat. Cukup kasih sayang yang ditunjukkan melalui masakan yang menjadi kegemaran suami, urutan-urutan ringan yang menghilangkan lenguh-lenguh badan setelah penat memandu. Bersedia mendengar segala cerita dan masalah yang ingin dikongsi bersama. Walaupun tiada penyelesaian yang diberikan, kesudian mendengar sudah memadai dan membuktikan “sharing is caring”.

Dalam kehidupan baginda Rasulullah SAW sendiri, baginda dimanjakan oleh para isterinya. Daripada Aisyah RA beliau berkata:

“Saya meminyaki badan Rasulullah SAW pada hari raya Aidiladha setelah baginda melakukan lontaran di jumrah Aqabah (Kubra)”. (H.R. Ibnu ‘Askari)

Dalam sebuah hadis yang lain, Aisyah RA berkata:

“Saya biasa menyikat rambut Rasulullah SAW, ketika itu saya sedang haid”. (H.R. Ahmad).

Segala layanan istimewa daripada isteri kepada suami atau sebaliknya tidak semestinya yang mewah, dan tidak perlu juga meniru perbuatan orang lain. Cukup sekadar berjaya menggembirakan kedua-dua pihak. Biar tindakan sederhana tetapi hasilnya maksima. Kasih sayang yang wujud dalam keluarga adalah subjektif. Hanya yang merasainya dapat menilai, sama ada kasih sayang itu abadi daripada hati kerana Allah SWT ataupun kepura-puraan.

Tanpa ros merah, hadiah yang mahal, keharmonian dan kebahagiaan tetap dapat dikecapi sekiranya wujud persefahaman dan kasih sayang serta sikap mempercayai di dalam rumahtangga. Pokok pangkalnya, semuanya kembali kepada Allah SWT.


Jika isteri ditinggalkan kerana Allah SWT, jika isteri berbakti kepada suami dan anak-anak juga kerana Allah SWT, keberkatan tidak perlu dipinta, bahkan Allah SWT akan melimpahkan-nya tanpa terhitung nikmatnya. Subhanallah. Perbaikilah diri dan perbetulkanlah niat, segalanya hanyalah kerana Allah Taala. Wallahuaklam.

**miss my hubby. loveu myDemox



Thursday, March 8, 2012

Dah 1 Minggu tau

Assalamualaikum...

huk2...
nangis.. ='(
merindui Demox ku...

Sangat merindui kamu...
Since Demox telah memindahkan dirinyer ke Menara tingkat 29, saya tidak dapat lagih bertemunyer di kala hari bekerja aka weekdays. Kalau ade pon peluang bertemunyer seperti die saye ade training di sana, pasti juga ade halangan dek kerana "Jack Sparrow Nombor 2"... (Jahatnyer!!! haahahahaha).

Owh...menunggu tibe nyer ari esok ase nyer xsabo lagih. 
Dlm ati berkira2.."dah kurus gamaknyer Demox saye neh"... hik2...

Dari blog cutieza.
"MENGINGATIMU ADALAH PERKARA TERINDAH
YANG DAPAT KU LAKUKAN PABILA KITA BERJAUHAN...."

Miss U my Demox~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...