Wednesday, June 8, 2016

#6 Umrah & Ziarah Di Bumi Barakah : Catatan Perjalanan Menyucikan Jiwa - (Pengalaman Umrah Pertama - Tawaf)



As Salam, 
Alhamdulillah kali ini diberi peluang lagi untuk menaip disini untuk berkongsi cerita dan 
pengalaman sy ketika mengerjakan ibadah umrah dan ziarah pada 1-11 Desember 2015 yg lalu. 


Ni tgh tnggu kat loby hotel sebelum bergerak ke Masjid, Dalam pukul 11.30 PM
Sebelum ni saya berhenti ketika hendak masuk ke Masjidil Haram, saya akan sambungnya disini. 
Setelah penerangan serba sedikit disampaikan oleh muttawif, kami pun bergerak bersama2 ke dalam Masjidil Haram untuk mengerjakan Umrah Pertama. Perasaan mmg sangat berdebar dan tidak digambarkan ketika itu. Setelah memasuki masjid, kami berhenti di tong2 air yang berisi air zam zam. Kami minum dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke dataran tawaf. Mulut saya masih tidak berhenti melafaskan talbiah. Setelah selesai semua Jemaah meminum air zam zam. kami meneruskan perjalanan ke dataran tawaf. Besar juga Masjidil Haram ni, untuk sampai ke dataran tawaf mengambil masa lebih kurang 5 minit dengan kelajuan berjalan biasa. Ketika ini banyak kawasan yang ditutup kerana projek pembesaran sedang giat dijalankan. Mungkin ini juga salah satu sebab yg menyebabkan perjalanan ke dataran tawaf menjadi jauh. 

Setelah berjalan beberapa ketika, mata saya terpandang kaabah, mmg perasaan yg sangat bercampur baur tidak dapat digambarkan, mata hampir mengalirkan air mata. Kami dibawa lebih dekat menghampiri kaabah dan memasuki dataran tawaf. Allahuakbar.. Saya menitiskan air mata, tak terkata perasaan ketika itu, sedih, gembira, bersyukur dan bermacam2 lagi.. Muttawif membimbing kami untuk membaca doa ketika melihat kaabah. Dan memberi sekali lagi taklimat ringkas sebelum memulakan tawaf. Mata saya memang tidak berhenti2 mengalirkan air mata. Sangat2 bersyukur dapat melihat sendiri Kaabah berada di depan mata saya. 

Muttawif memulakan perjalanan untuk membuat pusingan tawaf, Sepanjang tawaf dilakukan mmg mata saya tidak berhenti2 mengalirkan air mata sambil berdoa. Allahuakbar. mujur ketika kami melakukan tawaf keadaan agak kurang sesak. Jadi jemaah kumpulan kami dapat berjalan didalam satu kumpulan dengan agak mudah. Ketika tawaf ni, ada beberapa pantang larang yg perlu diikut, kalau tak diikut akan dikenakan Dam. Umrah juga akan menjadi kurang sempurna.

Alhamdulillah, sepanjang 7 pusingan tawaf saya yang pertama ni, segala urusan berjalan lancar. Setelah selesai, kami menuju ke kawasan belakang Maqam Ibrahim untuk menunaikan solat sunat. Setelah selesai, muttawif mengajak berdoa bersama2 di depan Kaabah dan kami semua mengaminkan doa yang dipimpin oleh beliau. Sekali lagi mata saya tidak berhenti2 dari mengalirkan air mata. Mmg sayu perasaan ketika itu dan berharap agar ibadah diterima dan dipermudahkan segala urusan.

Setelah selesai urusan tawaf, Kami dipimpin untuk ke tempat mengerjakan Saie pula. Setelah meninggalkan dataran tawaf, sudah terasa rindu walaupun masih lagi dapat dilihat Kaabah. Kami berhenti seketika dan meminum air zam zam sebelum meneruskan perjalanan ke tempat saie. Untuk next episode, saya akan menceritakan pengalaman ketika saie dan bercukur pula ye. Moga dipermudahkan..  :-)


Alhamdulillah, selesai Tawaf buat pertama kalinya.
Just to share, ketika mengerjakan umrah, Ketika hendak mengerjakan tawaf la banyak tertib atau peraturan yang perlu diikuti. Antaranya ialah, perlu berwudu', ketika tawaf bahu kiri mesti menghala ke kaabah, tidak tersentuh kaabah. Mmg banyak dugaan ketika menjalankan ibadah tawan ni. tapi kita perlu la banyak bersabar kerana semuanya adalah dugaan. InsyaAllah semuanya akan berjalan dengan lancar.


<-- Sebelumnya...                                                                                                                                Seterusnya -->

**Catatan yang dibuat oleh saya mungkin tidak selengkap dengan catatan di blog2 yg ada diluar sana, ianya adalah berdasarkan apa yang saya lalui & dan dibuat oleh saya sepanjang mengerjakan ibadah umrah yang lalu, jika ada kekurangan dan kesalahan mohon dibetulkan di ruangan komen moga2 memberi manfaat kepada kita semua. InsyaAllah.  :-)


Monday, June 6, 2016

#5 Umrah & Ziarah Di Bumi Barakah : Catatan Perjalanan Menyucikan Jiwa - (Kota Makkah & Masjidil Haram)


As Salam semua,  Alhamdulillah diberi kesempatan sekali lagi untuk menyambung perkongsian pengalaman sy ketika menjalankan ibadah umrah pada... 1-11 Desember 2015 yg lalu.

Setelah semua jemaah naik bas,  majoritinye keletihan dan terlelap sebentar sementara menanti untuk sampai ke kota mekkah dan memasuki tanah haram.  Perjalanan lebih kurang satu jam,  saya pun terlelap kerana agak keletihan dan perbezaan zon waktu.

Wajah Keletihan, Berdebar menuju ke Tanah Haram

Apabila menghampiri kota makkah..  Dapat kelihatan menara jam (Menara Abraj Al Bait/Menara Jam Diraja Mekah)  dari jauh.  Subhanallah.  Walau pun ramai yg mendebatkan tentang kewujudan menara jam ni..  Tetapi kita jgn la begitu taksub dengan benda ciptaan manusia.  Ambil lah yg positif dimana ianya boleh dijadikan panduan untuk mengetahui kedudukan Masjidil Haram.  Perasaan sy agak teruja kerana sy tahu disebelah menara jam itu adanya Kaabah,  kiblat kita semua umat islam..  Perasaan berdebar tak dpt digambarkan ketika itu.

Menara Jam waktu Malam (Credit dari Ceman)
Untuk memasuki tanah haram,  ada sekatan jalanan dibuat kerana tanah haram ini diharamkan mereka yg bukan beragama islam untuk memasukinya.

Ketika ini muttawif yg membimbing mengajak semua membaca doa,  sy tak igt doanyer.. Tapi boleh la refer kepada buku panduan umrah/haji. Ketika ini juga digalakkan perbanyakkan talbiah  sehinggala masuk ke masjidil haram dan melihat kaabah.

Apabila semakin menghampiri kota makkah n Masjidil Haram,  perasaan semakin berdebar.  Allah,  Tuhan sahaja yg memahami perasaan ni.  Doa banyak2 dipermudahkan segala urusan.

Apabila sampai,  kami pergi ke hotel dahulu untuk menyimpan barang2,  alhamdulillah kami bertiga ditempatkan di dalam satu bilik. Kami diberi masa satu jam untuk berehat seketika sebelum pergi bersama2 ke Masjidil Haram untuk mengerjakan umrah pertama. Perasaan sy sgt teruja,  berdebar,  tak sabar & dalam masa yg sama sentiasa berdoa agar urusan dipermudahkan.

Di bilik hotel,  ada tv yg menunjukkan secara langsung keadaan di dalam Masjidil Haram. Jadi ini dapat dijadikan Panduan untuk melihat keadaan dataran tawaf sama ada padat atau agak kurang jemaah yg mengerjakan tawaf.


Setelah lebih kurang satu jam,  setelah selesai memperkemaskan ihram,  kami dan jemaah lain pun berkumpul di lobby hotel untuk bersama2 berjalan memasuki Masjidil Haram.  Jarak dari hotel ke masjid lebih kurang 500-600 meter,  sy pun tak sure..  Maybe lebih atau kurang.  Jarak tu adalah jarak yg normal untuk Pakej umrah dgn harga yg dipilih.  Kalau lagi berkemampuan boleh la memilih untuk menginap di hotel menara jam tetapi dgn harga yg lebih tinggi.  Dalam perjalanan sy dan jemaah lain memperbanyakkan talbiah sehingga la sampai di dataran luar Masjidil Haram.  Saya memandang sekeliling Masjidil Haram, Besar sungguh masjidnya,  Ketika ini masih banyak kren2 di sekitar masjid.  Projek pembesaran masih dijalankan 24 jam.


Ketika di dataran luar masjid.  Kami disambut oleh pengarah urusan agensi kami.  Beliau akan mengepalai dan membimbing kami menjalankan umrah pertama kami.  Sebelum melangkah masuk.  Beliau menceritakan sedikit sebanyak tentang sejarah Kaabah, Masjidil Haram dari zaman Nabi Ibrahim a.s hinggalah ke pemerintahan keturunan raja saud sekarang. Untuk Makluman, Kaabah tempat tawaf sekarang adalah sebaris dengan tempat tawaf malaikat2 di Baitul Makmur di langit ke 7. Para Malaikat melakukan tawaf di Baitul Makmur dan kita melakukan di Baitullah, Kaabah. Muttawif juga ada menceritakan bahawa Kaabah ini telah menjalani beberapa penambahbaikan tetapi tempatnya masih sama dari ketika Zaman Nabi Ibrahim a.s dahulu.


Alhamdulillah,  sekurang2 nya dapat la sedikit sebanyak memberi gambaran tentang ibadah yg akan kami jalankan sebentar lagi. Saya semakin berdebar2..  Rupanya diluar tidak nampak Kaabah.  Kaabah berada ditengah Masjidil Haram.. Sabar..  Semoga dipermudahkan segala urusan..  Aminn..


Ok la..  Saya akan sambung pengalaman ketika melihat kaabah buat pertama kali dan umrah kali pertama kali untuk post yg akan datang.  InsyaAllah.  Moga diberi kemudahan untuk meneruskan sambungan coretan Pengalaman sy ketika disana..  Aminn...



<-- Sebelumnya...                                                                                                                                Seterusnya -->

**Catatan yang dibuat oleh saya mungkin tidak selengkap dengan catatan di blog2 yg ada diluar sana, ianya adalah berdasarkan apa yang saya lalui & dan dibuat oleh saya sepanjang mengerjakan ibadah umrah yang lalu, jika ada kekurangan dan kesalahan mohon dibetulkan di ruangan komen moga2 memberi manfaat kepada kita semua. InsyaAllah.  :-)


Monday, May 23, 2016

#4 Umrah & Ziarah Di Bumi Barakah : Catatan Perjalanan Menyucikan Jiwa - (Ketibaan)






As Salam, 
Alhamdulillah kali ini diberi peluang lagi untuk menaip disini untuk berkongsi cerita dan pengalaman sy ketika mengerjakan ibadah umrah dan ziarah pada 1-11 Desember 2015 yg lalu. 

Nampaknyer dah lama terhenti perkongsian cerita sy ni, takut pulak tak sempat nak dihabiskan, sebab takaut terlupa kenagan2 disan dulu tu. Huhu, doa moga dipermudahkan semuanya, InsyaAllah saya akan sampaikan seringkas mungkin dan mintak maaf kalau ada yang menanti sambungan catatan perjalanan saya ini. 

Ok, selepas selesai semua urusan dibawah, kami pun meneruskan perjalanan ke tanah suci, Flight mula berlepas lebih kurang jam 11 Pagi, delayed satu jam jugak la. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 8 Jam. Lama tak naik kapal terbang hehe. Dalam flight kami disediakan 2 kali makanan. Kapal terbang kami disewa khas oleh Tabung Haji, maknanya satu flight tuh adalah jemaah2 umrah..Flight kami pulak dikatakan flight paling besar dalam dunia. mmg besar pun. SubhanaAllah. Allah meminjamkan kemudahan kepada kita Manusia sedangkan kita tidak termampu sebelum ini..

Dalam flight kami bertiga tak dapat duduk sekali, sebab ntah, ticket asing2 pulak, tapi tak kisah pun, janji semuanya selamat sampai.
                                        
                                       Dalam Flight, Bersama Arwah Pak Cik Sahak, Al- Fatihah

Tak payah la cerita detail pasal dalam flight ye, biasa2 je la, yg pernah naik flight tuh mesti tahu mcm mana kan? Walau apa pun yg terjadi, niat adalah kerana Allah, InsyaAllah akan dipermudahkan segala urusan, Amin. 
                                                             Sedikit maklumat jarak penerbangan :-)

Ok, Setelah lebih kurang 8 Jam perjalanan, Alhamdulillah, Lebih kurang jam 2.30pm (Waktu Arab) 7.30pm(Waktu Malaysia) kami pun selamat touchdown ke tanah Arab. Berdebor sungguh masa ni. Owh, lupa pulak, Sewaktu dalam flight, sewaktu kami melalui Qarnul Manazil, Ada pengumuman supaya semua jemaah memasang niat ihram. jadi kalau ada jemaah yg masih belum tukar kepada pakaian ihram perlulah berbuat demikian sebelum melepasi miqat Qarnul Manazil ni. Kalau tak tak jadi la umrah beliau. huhu..

Setelah selamat touch down, kepala pening, sebab time nak mendarat tuh banyak awan, jadi kapal terbang bergoyang2, adik saya Ceman cakap macam naik roler coaster, die pun pening tak sabar nak turun flight. hehe. 
Tunggu nak turun flight, Kepala sudah pening.. hehe..
Dalam Coaster dari flight nak ke terminal (Ceman & Abah)

Dalam Coaster, yg sebelah kiri saya tu kawan sekolah kat ipoh dulu, rezeki jumpa kat tanah suci :-)
Apabila selamat je mendarat, mmg banyak la dugaan yang akan mendatang. mmg memerlukan kesabaran yang tinggi. Sebelom ni mama ade cerita yang pengurusan di airport agak lambat. Dah setelah sampai disini baru la kami merasainya. Dari segi pandangan positifnya, mmg semua ni adalah dugaan untuk menguji kesabaran para-para jemaah untuk menjalankan ibadah umrah/haji. Tapi dari sudut negatifnya, haha, kenapa pengurusan airport mcm tu ye? sedangkan setiap tahun Arab Saudi menerima jutaan jemaah haji/umrah. jadi service patutnya jauh lebih baik. Wallahualam, Saya pun tak berani nak komen lebih..  :-)


Dah siap Jamak Zohor & Asar, Pasang Sim Card dulu...update org di Malaysia  :-)
  
 
Keadaan Kaunter imigresen,
Senyum yang penting... :-)

Kami bukan terkandas di airport, tapi kerana pengurusan jemaah yg sebegitu menyebabkan kami berada di airport Jeddah selama lebih kurang 6 jam. Saya rasa tak perlu la saya cerita kat sini mcm mana keadaan pengurusan ketika itu, cukup lah sesiapa yang pernah merasainya sahaja yg memahami. :-) bagi yang belum pernah merasainya, bersedialah dari segi mental & fizikal & banyakkan berdoa agar dipermudahkan segala urusan.. InsyaAllah..

Antara Jemaah yang sudah lepas imigresen & Sedang menunaikan solat Maghrib & Isyak
 Setelah lebih kurang 6 jam berurusan.. Dari zohor, asar, maghrib n selesai isyak, baru la kami selesai urusan di airport. Kami menuju ke bas yang telah diuruskan oleh pihak agensi. Kat sini ramai juga org indonesia. Pemandu bas kami org indonesia.. Bas telah dibahagikan kepada 3 bas, kami sekeluarga telah ditetapkan untuk naik bas nombor 3. Perjalanan dari airport ke makkah lebih kurang sejam. Dalam bas sangat la letih, ye la.. Menghadapi hari siang yg panjang n banyak dugaan yg dihadapi. Cadang nak tgk pemandangan luar.. Tapi terlelap juga.. Muttawif yg diberikan tugas untuk membimbing kami cakap boleh la nak lelap sekejap.. Nanti ketika nak masuk ke kota mekkah beliau akan kejutkan untuk sama2 membaca doa ketika memasuki kota mekah. 

Pemandangan di dalam airport menuju ke bas. 
Di Dalam Bas, Moga dipermudahkan segala urusan.. InsyaAllah.. Aminn...

Ok la.. Part ni takat ni dulu ye.. Next sy akan sambung sesampainya ke kota mekah, hotel n pengalaman memasuki masjidil haram dan ketika memandang kaabah buat pertama kali.. InsyaAllah..

<-- Sebelumnya...                                                                                                                                Seterusnya -->

**Catatan yang dibuat oleh saya mungkin tidak selengkap dengan catatan di blog2 yg ada diluar sana, ianya adalah berdasarkan apa yang saya lalui & dan dibuat oleh saya sepanjang mengerjakan ibadah umrah yang lalu, jika ada kekurangan dan kesalahan mohon dibetulkan di ruangan komen moga2 memberi manfaat kepada kita semua. InsyaAllah.  :-)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...