Saturday, September 18, 2010

Assalamualaikum...
Ya ALLAH, Kau panjangkan umur kami...Syukur ALHAMDULILLAH...


10 Sep 2010 1 Syawal 1431H,
530 pagi. Awal aku bangun hari ni. Tido dah lah lambat. Xdpt tido dek kerana bersendirian di
rumah. Perlu bekerja pd hari raya pertama. Hm..Tertanya2 samada LRT still On ke x hari raya. Syukur ada. 0745hrs, da sampai tempat keje. Eha a.k.a Merpati  Puteh da ade dah. Semangat raya lah katekan. Die pon nak balik kampong gak after abiz keje. Pagi2 ni yg keje aku, eha & illa as soc2. soc1 ramai gak!...Tp yg kamcing2, keje ptg plak. Masok 1330hrs. Sampai jer tmpt keje, aku kuakan bizkot raya yg housemate aku buat. Sedap! Abiz sume. Ingatkan nak goreng bihun, tp cili xde plak. Alahai. So, bawok ler kuih muih housemate. Dlm kul 1500hrs, kwn2 kamcing dtg. Dean, Arip, Ru, wan & akmal dtg memulakan tugas di office. Tp sebelom tuh, makan2 dulu...mkn mkn, mkn...Xcukup korum sbnr nyer. Ellyn, aisyah, bechy, syam & kak cita xde..dpt AL. Tp xpe lah, yg ade ni pon da meriah sgt2. Pas mkn2, amik gambar..ho2. Mcm bergambar 1 famili plak. Best giler. Tp syg, muz xdtg lagi.Beraya sakan. kul 1800hrs baru masok keje. Muz2...Dlm kul5, illa yg jaga trakker, x assign case da kat kiteorg. Ha2, mcm bese, nak balik nyer pasal. Kul 1830hrs, aku naik bas ke phg. Alhamdulillah, sampai dlm kul 2015hrs camtuh. Kakde & abg imy yg amik. Thanks to kakak  & abg ipar...


Lovely Fwens @ UniFi



11 Sept 2010 2 Syawal 1431H,
Semua anak2 mummy balik beraya di Pahang. Along & Famili, Angah & famili masing2 pulang beraya di umah mummy setelah raya pertama di rumah mertua masing2. Aku juga pulang setelah raya pertama terpaksa bekerja. Seronok adik-beradik semua ada. Khairul & Arife yang beraya di Jengka 18 juga pulang beraya di kampong (Ulu Jempol). Semua ada, Along, Angah, KakDe, Ani, keroL, Arip, La, Ayun, Acah & Adik. Tahun nih, aku dapat bagi ampau kpd semua adik2 & anak2 buah, Aiman, Huda & Aisyah. Berbaloi abiskan duit raya utk diorg. Ade duit lebey, ape salahnye bagi. Lagipon, setahun sekali aje. Kebiasaan tahun2 raya, kami sekeluarga akan pergi berkelah di mana2 tempat percutian & kebiasaan nya juga, pantai lah yg menjadi destinasi. Ofcourse, adik2 aku lah yg paling gembira. Setahun sekali dpt bercuti sejak kematian abah 8 tahun lalu. Tahun lepas kakDe & famili x ikot, tp kali nih, semua anak2 mummy turut serta termasuklah keroL & Arip.


paktam kerol & ecah


Abgngah's Famili

My heroes~

KakDe's Family



12 Sept 2010 3 Syawal 1431H,
Kami bersiap2 pd jam 0720hrs utk ke pantai. Destinasi pantai kali ini di Cherating, Kuantan.
Mummy masak bihun goreng+ayam goreng. Ade kueh raya juga di bawak. Kali ni pergi dgn 3 buah kereta. Kereta Along MBJ ( Along+abglong+Aiman+mummy+ayun+acah), kereta Angah BEA (Angah+kakngah+huda+aku+ani+la) & kereta kakDe JJM(kakDe+abg imy+ecah+keroL+arip+adik). Cukup 1 keluarga kami. Dlm perjalanan ke Kuantan, kami semua singgah di Giant.  Adik2 beli tuala baru. Aku plak sponsor mkn2 ringan. Selepas membeli belah, kami meneruskan  perjalanan. Kereta Angah mendahului kereta2 lain... Jam 1320hrs di Cherating 200m selepas  stesen minyak Petronas. Lagi 2KM nak sampai ke pantai Cherating, 1 insiden telah berlaku.  Angah telah melanggar kereta di hadapan. Ya ALLAH, itu lah kalimah yg angah ucapkan  sewaktu kejadian. Pantas. Sekelip mata kereta remok. Angah terhantuk di stereng kereta.  Kakngah sempat memelok huda, juga terantok di cermin kereta hadapan. Ani & La hampir  tercampak kehadapan & aku plak terantuk di cermin kereta kanan. Benjol!. Adoi... Tergamam!!  Angah sempat matikan engin kereta & keluar melulu, tp tersungkur kerana sakit kepala. Ani &  La teros keluar dr kereta. Aku tergamam di dlm kereta. Senyap seketika. Huda menangis terkejot.  Kakngah jua terdiam tak terkata. Selepas sedar dr tergamam, teros aku mendapatkan kakngah  & huda. Kakngah sgt2 terkejot & xmampu berbuat apa2. Mummy tgk anak lelaki dier jatuh, teroz  mummy  mendapatkan abgngah. Sayu tgk ms tuh. Lutut abgngah lebam. Terhencot2 abgngah.  Huda teros dipangku mummy, kakngah di papah keluar. Huda xhenti2 nangis.


kereta milik Angah~remok

Kereta BEA remok depan. Tangki air pecah, mujur engin xde ape2 sgt.  Tp still kena tow gak. Lps  xciden, sume ke balai polis Cherating. Berehat di situ. Huda dimandikan sbb terkejot. Pulihkan  smgt die balik. Kakngah turut mandi. Sampai di balai polis, selepas mambuat laporan, kami  berehat sekejap di pondok polis tu. Abgngah menangis. Sian abgngah. Mujur kami semua  selamat. Untuk menghiburkan huda yg terkejot, kami semua ke pantai. Rehat & tenangkan  fikiran. Huda mula2 takot nak main air laut, bila ecah, acah & pak ucu dier turun mandi, die  pon turut serta. seronok tgk dier mandi. Ecah plak even mata dah merah, still nak main air gak.  Dier lah yg paling lambat naik. Ecah2...comel2 anak2 aunty nih..



Datang 3 buah kereta. Balik 2 buah kereta. Camne nak balik tuh? hu2. Terpaksa lah 5 org dr  kami2 yg dtg nih, naik bas. Aku, adik2 aku: La, Kamarul, Ashraf & Arife naik bas kul630 ptg. hu2,  terasa balik kampong beraya..hak2...Best gak! Sampai jer kat Maran, sepupu2 dtg amik. Yg 2 buah  kete td sampai dlm kul10 mlm. Alhamdulillah, semua selamat sampai....syukur... Pengalaman raya yg paling diingati sampai bila2... Kepada kakngah & abgngah, mujur kiter sume selamat. Bila kita dah hati2, org lain plak yg  tak..Tp itulah takdir ALLAH. Kalau Allah kata JADI, Jadilah....Kali ni ALLAH masih panjangkan  umo kiter. Alhamdulillah.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...