Monday, December 31, 2012

Azam Tahun Baru 2013

Assalamualaikum...

Hari ni ialah 01 January 2013. 
Selamat hari lahir buat kembarku Anie. Semoga panjang umo, dikurniakan sihat tubuh badan dan sentiasa dilimpahi rahmat dari ALLAH swt. Kin sayang anie selalu. 

Tahun ni menyambut tahun baru sebagai seorg isteri kepada suamiku Encik Aizam. Xde la sambut gi mane2 pon. Just having dinner @ Cowboy western Food aje. Tu pon after solat maghrib kat Jejantas Sg. Buloh. Selesaikan yang wajib dulu. 
Alhamdulillah. Kenyang sgt2...
mengimbas kenangan 2012 yg lalu... paling besh ialah sy bergelar isteri kepada sygku Demox. 
Tarikh 20-10-2012 telah dipilih utk kami diijab kabulkan. Alhamdulillah. Hanya sekali lafaz, sy sudah jadi miliknya yang sah. 
Sygku, sy syg kamu





Tahun 2012, tahun kawen2 kate nyer kawan2ku.
Salah seorangnyer ialah opismate. Nama pon sama ha ngn saya. Norashikin jugaks. hehe...
Tahniah Puan Norashikin and Encik Azim
Cute kan mereka berdua neh..Comei sgt!
Shikin, kamu nampak sgt2 GOJES u...i like!
Then, sehari sebelom puan shikin ni kawen, seorg lagih opismate sy jugak berkahwin dgn pilihan hatinyer.
Tahniah Fuad and Yun.
Ini pon pasangan COMEL. teruja tgk baju pengantin perempuan.
Cantik n COmeis gituh. Tahniah kalian ber4.
Tentu2 tahun baru kena ade azam baru kan? Azam tahun lepas nk kawen. Alhamdulillah tercapai. 
Azam tahun ni nak ada baby plak. InsyaAllah. Doakan kami yer kawan2.


Kepada suamiku Aizam, Love u so much!
Terima kasih kerana sudi terima saya ni sebagai isteri kamu yang comei. hik2...
Muahs!~

""SELAMAT TAHUN BARU 2013 semua""
2012


*Update blog kat opis di pagi hari tahun baru 2013. Xdpt cuti mcm Demoxku. Jeles uuu!~

Thursday, November 29, 2012

Sayang Isteri Tinggal-tinggalkan, Sayang Suami Manja-manjakan?



 Assalamualalaikum...


Petikan diambil dr Blog Ini..

Sering kita mendengar untaian kata; “Sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang suami manja-manjakan”. Ungkapan ini memberi pengertian yang sangat bermakna kepada pasangan suami isteri. Ungkapan ini juga pasti memberi seribu satu perbezaan makna sama ada dari sudut ungkapan itu sendiri mahupun maksud di sebaliknya.

Perbezaan pemahaman dan tafsiran yang tepat mengenai ungkapan ini bergantung kepada sejauhmana tahap pengetahuan yang dianugerahkan Allah SWT kepada seseorang individu. Ianya bersesuaian dengan tahap keimanannya serta keintiman hubungannya dengan Allah SWT.

 Timbul tanda-tanya di dalam hati kita, adakah apabila seorang suami menyayangi isterinya, isterinya itu perlu ditinggal-tinggalkan?

Meninggalkan insan yang tersayang dalam ertikata keluar menjalankan urusan kehidupan dan tanggungjawab memerlukan pengorbanan. Pengorbanan meninggalkan isteri atau suami atau keluarga atas maksud perintah Allah SWT dan mencari keredhaanNya adalah suatu tuntutan dalam Islam. Sebagaimana kisah Nabi Ibrahim AS diperintahkan meninggalkan isterinya Siti Hajar dan anaknya Ismail di tanah gersang lagi tandus. Pada ketika itu tiada jaminan keselamatan dan tiada bekalan makanan serta tiada tempat sandaran, ianya adalah semata-mata untuk menunaikan perintah Allah SWT. Adakah pada ketika itu Nabi Ibrahim AS tidak menyayangi isteri dan anaknya Ismail yang baru dilahirkan?

Jika pada hari ini berlaku peristiwa yang sebegitu, pasti dibibir kita meniti kata-kata nista, alangkah tidak bertanggungjawab-nya tindakan Nabi Ibrahim AS itu! Begitulah bicara golongan yang tidak kuat dan lemahnya iman mereka.

Begitu juga yang berlaku kepada Rasulullah SAW dan para sahabat RA yang telah berhijrah meninggalkan isteri serta keluarga tercinta di Kota Makkah ke Madinah adalah atas perintah Allah SWT. Mereka telah bersedia menjadikan isteri-isteri mereka sebagai balu dan anak-anak menjadi yatim. Demikianlah iman para sahabat hasil dari kefahaman dan didikan Rasulullah SAW.

Mungkin kita juga telah mendengar bagaiman kisah seorang sahabat Nabi SAW yang bernama Hanzalah bin Abu Amir RA yang baru melangsungkan pernikahan bersama isterinya yang tercinta bernama Jamilah binti Ubay yang juga sepupunya. Semasa mereka melalui malam pertama dengan penuh kemesraan, maka tiba-tiba laungan jihad berkumandang menyeru ke medan Uhud. Hanzalah dengan penuh semangat melompat ke atas kudanya dan terus memecut tanpa menoleh ke belakang dan akhirnya Hanzalah gugur sebagai syuhada di medan Uhud.

Itu kisah bagi para suami yang tanggungjawabnya amat berat terbeban di atas bahu mereka. Antara hak Allah SWT dan dirinya, antara tanggungjawab serta amanah sebagai khalifah dan ketua keluarga menjadi taruhan dan ujian keimanan.

Bagi para isteri pula hanya empat syarat untuk mereka ke syurga dengan mudah. Sabda Rasulullah SAW;

“Apabila seorang isteri mengerjakan solat 5 waktu, mengerjakan puasa sebulan (di bulan Ramadan), memelihara kehormatannya (aurat dan faraj) serta mentaati suaminya, nescaya dia akan masuk syurga.” (H.R. Imam Bazzar melalui Anas RA).

Sayang suami manja-manjakan bukan bermakna dimanjakan seperti anak-anak kecil. Taat kepada suami menjadi tiket untuk isteri ke syurga disamping tiga perkara lagi sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis tersebut. Namun, jika ditambah dengan sedikit perhatian yang istimewa, ia merupakan bonus untuk para isteri.


Setelah suami ‘meninggalkan’ isteri sama ada untuk urusan kerja duniawi ataupun kerja-kerja ukhrawi (lebih-lebih lagi), wajarlah isteri melayani suami dengan lebih istimewa. Ia tidak memerlukan hamparan karpet merah, makan malam di bawah cahaya lilin dan rawatan SPA – jika boleh dilakukan, itu dikira hebat. Cukup kasih sayang yang ditunjukkan melalui masakan yang menjadi kegemaran suami, urutan-urutan ringan yang menghilangkan lenguh-lenguh badan setelah penat memandu. Bersedia mendengar segala cerita dan masalah yang ingin dikongsi bersama. Walaupun tiada penyelesaian yang diberikan, kesudian mendengar sudah memadai dan membuktikan “sharing is caring”.

Dalam kehidupan baginda Rasulullah SAW sendiri, baginda dimanjakan oleh para isterinya. Daripada Aisyah RA beliau berkata:

“Saya meminyaki badan Rasulullah SAW pada hari raya Aidiladha setelah baginda melakukan lontaran di jumrah Aqabah (Kubra)”. (H.R. Ibnu ‘Askari)

Dalam sebuah hadis yang lain, Aisyah RA berkata:

“Saya biasa menyikat rambut Rasulullah SAW, ketika itu saya sedang haid”. (H.R. Ahmad).

Segala layanan istimewa daripada isteri kepada suami atau sebaliknya tidak semestinya yang mewah, dan tidak perlu juga meniru perbuatan orang lain. Cukup sekadar berjaya menggembirakan kedua-dua pihak. Biar tindakan sederhana tetapi hasilnya maksima. Kasih sayang yang wujud dalam keluarga adalah subjektif. Hanya yang merasainya dapat menilai, sama ada kasih sayang itu abadi daripada hati kerana Allah SWT ataupun kepura-puraan.

Tanpa ros merah, hadiah yang mahal, keharmonian dan kebahagiaan tetap dapat dikecapi sekiranya wujud persefahaman dan kasih sayang serta sikap mempercayai di dalam rumahtangga. Pokok pangkalnya, semuanya kembali kepada Allah SWT.


Jika isteri ditinggalkan kerana Allah SWT, jika isteri berbakti kepada suami dan anak-anak juga kerana Allah SWT, keberkatan tidak perlu dipinta, bahkan Allah SWT akan melimpahkan-nya tanpa terhitung nikmatnya. Subhanallah. Perbaikilah diri dan perbetulkanlah niat, segalanya hanyalah kerana Allah Taala. Wallahuaklam.

**miss my hubby. loveu myDemox



Sunday, November 18, 2012

SuriRumah bile OFF Day

Assalamualaikum...

Hi sume... Selamat berhujung minggu.
Yeay! sabtu ahad di rumah. Lepak2 ngn suami tercinte aka my Demox la. weee..

Haa, dulu b4 kawen asik nk jumpe je sbb rindu. Bila da jumpe, mesti la kua makan kan?
Sekarang neh, dah kawen. xyah wisau nk jumpe bila. Besh! Tp kena makan gak la. huhu.
Semalam sabtu, sy ase nk masak sedap2 kt Demox sy. So, sy try la masak nasi tomato. 1st try. Huuu. wisau xjadi nasi nyer. Sebb mula2 mcm mentah. Pastu demox yakin kan pasti jadi. Sbb die mmg terer bab masak memasak nasi neh. Then, akhirnyer jadi gak nasi tomato tuh. Yeay!!! Nasi tomato dimakan dgn ayam masak merah dan juge aca timun. Demox ckp sedap. Alhamdulillah.

Nasi Tomato + Ayam masak merah + Aca timun. Nyam2~
 Ari ni plak ahad, sy masak ayam percik plak. Hehe... 1st try jugak. Alhamdulillah. Demox suke jugak yg neh. (Mane bley xsuke, isteri yg masak. Xmkn kena marah. Haha).

Ayam percik sedia dimakan.
Pas mkn nasi, sy n demox mkn eskrem. Dap!
Sy nih xreti masak sebenarnyer. Tp sy try utk masa depan sy.
Even ikot resepi dr buku, xjadi xpe. practise make perfect.
Sy akan terus memasak, memasak dan memasak utk suami sy yg tercinter.

Utk famili sy, masak bese2 boleyla 
Utk org lain TAK dulu kot. Sy neh xberape boley terima kritikan. Tp, i'll try the best!

Demox, nnt bg idea nk msk ape lagi yer. Pastu kite g beli bahan. Tau? Muahs!~
Love u~~~

Wednesday, November 14, 2012

Bercuti di CH

Assalamualaikum...

Hari ni Maal Hijrah. Selamat tahun baru hijrah 1434H kepada semua umat Islam di dunia.
Semoga tahun baru ni, sama2 kite perbaiki diri kearah yang lebih baik. Amin.

Salam Maal Hijrah
Huhu..dihari yang baik ini, sy ade di opis ye. Pekerja contoh. hahaha. Xdapek cuti. Sian kan? Nk apply AL pon xdapek, sbb AL dah abish buat kawen. Demox sy kt umah cuti sengsorang. ni kalo die masih bujang, mmg die balik Perak neh. Seb bek da kawen. Hehe... Syg kamu demoxku.

Okes, nk cite pasai g berbulan madu kt CH aka Cameron Highland. Sy neh mmg xpnh gi sane since lahir. So, telah mengrequested kt Demox, nk honeymun kt sana. Yeay! hajat ditunaikan.

Demox book tempat persinggahan di TM resort Cameron highland. Pakej staff. Murah. So, amik la 3 Hari 2 Malam. Besh! Sejuk. Alhamdulillah, hujan sikit2 jerh. Masih boley berjalan2 disekitar CH.

Besh sgt2... Sy happy =) Thanx to my beloved husband Mr. Aizam.
Love u forever. Muahs!~

Moh makan strawberry













Kat TM Resort

Kat taman kaktus


To my hubby, will try harder to be a good wife to you.
Really Love U~

kad Kawen kHk

Assalamualaikum...

Sedikit perubahan ditacapkan pd blog kHk nih.
i choose RED. hehe..
Cantik x? bese2 je kan? weee,,, yg penting ade gambor... kiki...

haaa, nk share kad kawen kami bulan lepas.

Pink gituhhh u..
Xde la cantik mane. tp ok la dr xde. hehe...


Thursday, November 8, 2012

Gambar

Assalamualaikum..

huk2.. nk bgth sume neh. gambo2 sy dlm blog abish ilang.
bayangkan 740 kpg gambo yg dimuat turun dlm blog, sume abish ilang begitu shj.
sedeynyer. dah la xde simpan kt mn2... waaaaa 

='(


Wednesday, October 24, 2012

5 Hari bergelar Isteri


Assalamualaikum...

Hi sume. Alhamdulillah. Selamat sudah bergelar isteri kepada suamiku Encik Aizam aka my Demox. Syukur sgt2. Sekali lafaz sudah mencukupi. Alhamdulillah. 

Majlis kenduri sebelah saye pd 21hb Oct lepas. Mulanyer pas tunang 09/10/2012 tahun lepas, kami bercadang utk berkahwin pd 10/11/2012 iaitu bulan depan. Tp atas sbb2 xdapat dielakkan, kami decide kawen awai ckit dr tarikh kenduri. Yeay! Sy sgt happy bergelar isteri.

Majlis berjalan lancar evendo ujan renyai2 hari kejadian, dan lebat start 3ptg. Alhamdulillah, mknn sume cukup. Terima kasih sgt2 kat adk beradik sy. Kakde n suami, abgngah n isteri, kerol n tunang, adik2, org kampong n paling penting hari kenduri tuh ialah my mummy. Mummy, thanx sgt2 tau. Kin syg mummy... Syukur dpt mummy yg memahami, dan sgt2 baik. 

1 lagi yg paling ku berpuas ati ialah mekap n pelamin. Thanx to butik fitrah pengantin. Thanx kakLong n abgLong. u r d best. Sy rase sy nmpk sgt gojes that time. Weee...

Okes, jom layan gambo2 kt bwh...







Umi & En.Ramli - Nasihat kalian akan kami igt sampai bila2... thanx sbb sudi dtg~
Me... Mrs Aizam

Okes, skg nih suamiku otw balik Perak. Esok hari raya Haji. Beraye tanpa suami disisi dah bese. hehe.
Next time of cos raye same2. Weee...

Sygku, semoga selamat sampai ke Bagan Serai yer.
Jumpe sabtu nih, kenduri sebelah kamu plak. Yeay!~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...