Thursday, January 31, 2013

Pemberian oleh - Nya :)


Assalamualaikum...
Alhamdulillah. Syukur dimurahkan rezeki oleh Allah. Semoga akan dimurahkan rezekiku dan suami serta ahli keluarga kami sepanjang hayat kami.

Semoga Allah melindungi bayi dlm kandunganku ini dan memberi peluang bayiku ini lahir kedunia dgn sihat walafiat.
Amin...


Single is Simple
Double is Ample
Triple is Incredible
=)

Alhamdulillah.

Doa & Amalan semasa mengandung;
* surah al-fatihah

* ayat kursi
* Surah Yusuf - untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
* Surah Luqman – untuk anak yang cerdik
* Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
* Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin
* Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu

* dan sebagainya (seelok-eloknya bagi yg belum sempat khatam, mengkhatamkan quran pada peringkat ini dan mengamalkan surah2 di atas sebagai tambahan)



Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.


Thursday, January 17, 2013

It's my Birthday!!!~

Assalamualaikum...

Yeay! today 17/01/2013... It's my Birthday.
Selamat Hari Lahir Puan Norashikin binti Abdul Wahab.
Syukur pada Allah kerana memberi peluang sy hidup hingga kini.

Semoga Allah memberkati diri ini, diampukan segala dosa2, dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki, dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Amin...

Bday wishes from JOBPOINT. tQ
Bangun je pagi2, tgh bersiap2 ni. Capai beg nk gi kije. Terpegang 1 sampul dlm beg. Ya Allah. Birthday kad dari suami tercinta. Bukak, then baca. Terharu sampai kua air mata. Terus peluk suamiku. Happy. Loveu. 
(nnt sy upload gambo kad yer =)). Happy sgt2 xterhingga.

Then diikuti sms dr Mummy, dari Anie - my twins, dari kakde, dari kerol, dari kamarul - adikku and dr TL Shikin. tQ sume. Xpublish pon kt FB sbb nak tgk sape yg betoi2 igt bday sy neh. ternyata, FAMILY lah yang paling mengingati. My hubby, my mom and my siblings. Org lain? xde. Even fwens. kesimpulannyer, family lagi penting dari org lain. So, kalo ade ape2, refer la family dulu k. Family first!

However, ade 1 lg sbb xpublish kt FB. Sbb xmo kena prank. Sbb kt opis ade 1 TL neh, die nakal ckit. Xpasai2 kena tepong telor kang. Haiya. kiki... =P

Hurm, bertambah umur. Moga bertambah ahli keluarga kami tahun ini. InsyaAllah. Amin.

Wish i get alot of gift. Hehe...


Saturday, January 12, 2013

Doaku

Assalamualalikum...

Ya Allah Ya Tuhanku.
Murahkanlah rezekiku. 
Murahkanlah rezeki suamiku. 
Murahkanlah rezeki kami sekeluarga Ya ALLAH.

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan ku tidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".


Amin...Semoga ALLAH perkenankan doaku ini.
Amin Yarabbal Alamin....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...