Thursday, August 22, 2013

Ramadhan 1434 - Alhamdulillah

Assalamualaikum...

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah. Setelah 16 tahun puasa di bulan Ramadhan xpernah nyer nak penuh sbb keuzuran. Huhu...
Alhamdulillah, Ramadhan 1434 kali ini berjaya berpuasa penuh sebulan tanpa ade sebarang masalah. Terima kasih baby mama. Bg peluang mama berpuasa penuh kali nih. 

Hari 1st jerh mcm xlarat sgt2. Mcm nk colapse pon ade. Right after berbuka muntah. Pastu dinner, muntah lagih. Pastu muntah & muntah lagih. Smpai ke sahur muntahnyer. But then, kuatkan hati, semangat and jiwa. Teruskan usaha utk berpuase hari ke2. 

Alhamdulillah, hari ke2 berjaya tanpa ade sebarang masalah.
Teruslah smpai ke hari terkahir Ramadhan 1434 hari tuh. Syukur kepada Allah.

Alhamdulillah, xse suppliment pon nk berpuasa penuh.
Asalkan bersahur dan niat kerana Allah.
Dan juga sokongan org tersayang. Tentu2 lah sokong My Hubby.

Cayam, terima kasih bg sokongan. Tahun ni xyah ganti puasa. Alhamdulillah.
Semoga tahun dpn begini juga. Erkkk??? Maksudnyer? Hehe... Mane la tau ade rezeki nk timang anak ke2 plak. Amin..

InsyaAllah EDD pd 15/9 - 20/9 tahun nih.
Semoga Allah permudahkan process kelahiran bayi pertamaku ini.
Dan semoga bayiku sihat hendaknyer.
Amin...


Wednesday, August 21, 2013

Raya Weee~

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya! Hari ni dah Syawal 14 1434 = 21 ogos 2013.
Kali ni xberkesempatan nk berpuasa 6. Setiap masa perut minta makanan. Hehe...Patot la org duk ckp akhir2 mengandung nk bersalin nih, baby cepat membeso and kuat mkn. Betoi la tuh. 1 mgu before raye g check up. Doc Ratna ckp berat baby 2.1kg je. Pas 1 minggu raya, g checkup lagih. Naik la berat baby 2.4kg dah. 300g naik within 2 weeks aje. Huhu. Berat bdn plak naik 1kg within 2 weeks. hOho. Dasat la jugak kan? Heheee... Alhamdulillah, sy & baby sihat2 aje.

Alhamdulillah, checkup pas raye tuh ditemani suami tercinte. Nak tgk sgt baby die neh. Tp bila abis checkup, ty punyer ty, katenyer xphm sgt gambo scan baby tuh. Hik2... Demox2... Mcm2... Hehe...

Raya tahun ni balik Perak.
2 ari seblom raya dah gerak balik Perak. Risau jammed, tp, alhamdulillah xde la jammed pon. Syukur.
Seminggu raya kt Perak. Mmg heaven la. Raya 1st dah berjalan sakan ha. Raya umah jiran2, pastu raya umah sedara mara FIL & MIL. Pergh! mknn raya umah org2 Perak nih mcm2 menu nyer ha. Laksa, Spagetti, Mee kari, Mee Rebus, kuih muih, air beraneka. Yg paling best umah sedara mara FIL nih. Mkn ayam bako, nugget & kopok lekor goreng. Hehehe. 1st time jumpe umah hidang mknn tuh. Hihi. Best!

xmo ckp byk dah. nk share gambo aje. Weee









Demox, MIL, BIL


with MIL

raya 1st, tema kuning.
raya 2nd, xde tema tp sy n demox pakai biru
raya 3 pink

Weee~


Sunday, August 4, 2013

Selamat Hari Raya AidilFitri

Assalamualaikum...


Maaf Zahir & Batin

Saturday, August 3, 2013

Resepi Kuey Teow KungFu

Kuey Teow KungFu

Saye ni penggemar Kuey Teow KungFu. Pernah cuba nk buat, tp still xde masa lagi. Lagi pon My Demox ni kurang kalo mkn2 mcm nih ha. So, xley la nk masak utk diri sendiri jerh. Kena la masak utk Demox juge. Tu pon kire salah 1 penyebab xmencuba lagih memasak makanan nih. Bile agaknyer ye? Tunggu... Hehe...

Okes, resepi ni saye amik kt blog HUDA
tQ Huda.

Bahan-bahan untuk kuah :

Putik jagung, karot, kobis, kobis bunga, kailan
Udang, Sotong, Ayam
Bawang Merah, Bawang Putih, Cili Padi, Cili Merah
Sos tiram
Garam dan Perahan limau kasturi secukup rasa
1 atau 2 sudu Tepung Jagung (untuk pekatkan kuah)
Air

Cara penyediaan : 

1. bawang merah dan bawang puting dihiris dan diketuk. 
2. Cili padi ditumbuk. kemudian ketiga-tiga bahan ini ditumis sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan bahan basah seperti udang, sotong dan juga ayam. (kuantiti terpulang pada individu). tumis shingga separuh masak.
4. Masukkan air bersama lada sulah dan juga sos tiram serta garam secukup rasa. 
5. Boleh lah juga dimasukkan sekali sayur2 yang keras seperti putik jagung, karot, kobis bunga dan batang kailan.
6. Kemudian masukkan tepung jagung yang sudah dilarutkan dengan air. juga masukkan sedikit perahan limau kasturi.(fungsi untuk masamkan sedikit kuah adalah supaya bau telur pada kuey teow tidak terlalu kuat)
7. Akhir sekali, masukkan kobis, daun kailan, cili merah dan cili benggala hijau. biarkan sehingga mendidih dengan api yang sederhana.


Bahan untuk Kuey Teow :

Kuey Teow yang saiz kecil
1 biji telur
Sedikit garam

Cara penyediaan : 

1. Ambil kuay teow yang saiz kecil dengan kuantiti yang u olls inginkan dan pecahkan telur di dalamnya. (kuey teow tidak perlu dicelur)
2. Masukkan sedikit garam dan kcau kuey teow tersebut hingga sekata.
3. Gorangkan kuey teow yang besalut telur tadi ke dalam kuali dengan minyak yang sedikit sahaja. 

Sedap dihidangkan panas2.  Nyum2~



Nak buat la nanti. Hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...