Wednesday, February 24, 2016

#1 Umrah & Ziarah Di Bumi Barakah : Catatan Perjalanan Menyucikan Jiwa - (Persediaan Awal)





As Salam Kepada Semua Pembaca, 
Apa khabar? sihat?
Diharap sihat la semua hendaknyer..  :-)

Lama tak menaip neh, kali ni saya diberi mandat oleh MyLovelyWife untuk menceritakan pengalaman saya sepanjang sy menjalankan Ibadah Umrah & Ziarah pada 1-11 December 2015 yang lalu.

Kalau ikot hari ni dah dekat 3 bulan sy pulang dari tanah suci. Memang niat hati nak tulis kat sini lama dah, tapi dok tangguh2 last tak tertulis. Banyak jugak yg nak diceritakan sebenarnyer, tapi sy akan ceritakan secara ringkas supaya pembaca mudah memahami dan merasai pengalaman sy ketika itu.. hehe.. ayat skema.

Tujuan nak cerita di sini juga sebenarnya adalah untuk kenangan dan peringatan kepada diri sendiri sebagai rujukan jika diberi peluang lagi untuk menjejakkan kaki lagi di Sana, InsyaAllah,, Amiinn..dan juga sebagai rujukan kepada pembaca2 yang pertama kali akan menjalankan ibadah umrah. Boleh la dibuat rujukan sedikit sebanyak yg mana boleh berdasarkan pengalaman saya di sana.

Pergh.. tak start cerita lagi dah melalut sampai 3 perenggan.. hehe.. maap2..

Alhamdulillah, pada 1-11 December 2015 yang lalu, saya diberi peluang untuk menjalankan ibadah umrah dan ziarah disekitar bumi barakah. Alhamdulillah, bersyukur sangat2 dapat peluang ni, walaupun pada awalnye agak berbelah bagi jugak nak pergi ke tak. Sebab trip ni saya hanya pergi bertiga,(Sy, abah , ceman). Jadi biasala, perasaan berbelah bagi la sebab terpaksa meninggalkan seketika MyLovelyWife dan juge KakakQaceh, tak pernah lagi tinggallkan diorang dalam tempoh yg lama mcm tuh..Banyak kali jugak tanyer pendapat sama ada nak join ke tak, Wife cakap pergi la dulu, ambik pengalaman, InsyaAllah, kalau ade rezeki lagi bawak la kami pulak.  :-) InsyaAllah,, Amiin..


Dataran Tawaf Di Masjidil Haram.. Tak tahu lingkaran tu kekal atau sementara.. 

Memula dapat offer tuh..rasanyer dalam 6 bulan jugak sebelom tarikh kejadian. Jadi saye neh tak pernah ade pengalaman keluar negara. Walaupun Thailand atau Singapore, tak pernah langsung menjejakkan kaki ke luar negara. 
Jadi rules pertama, kenala buat passport. Sebab nak dapatkan VISA dari Arab Saudi. Passport kena la hidup at least 6 bulan dalam tempoh masa permohonan visa dibuat (betulkan saya kalau salah).
Maklumat untuk membuat passport antarabangsa boleh la dirujuk pada laman web dibawah:
http://www.imi.gov.my/index.php/ms/perkhidmatan-utama/pasport/pasport-malaysia-antarabangsa 

Alhamdulillah, perjalanan nak buat Passport dipermudahkan, saya ambik cuti satu hari semata2 nak buat passport. tapi urusan selesai sekejap je. Dalam kul 10 pagi dah selesai semuanya.. jadi baki cuti tuh berehat dirumah je la.. hehe..
Waktu tu saya buat Passport di pejabat imigresen UTC Pudu. Dari rumah naik KTM ke central, then tukar naik LRT ke masjid Jamek pastuh tukar LRT ke Aliran Ampang turun stesen Plaza rakyat.
Harga terbaru adalah RM200 untuk 5 tahun (tak tahu nak kemana lagi lepas neh, dah la sy bukan kaki travel.. kui2..).
Tips:
- Semak dulu sama ada diri boleh keluar negara atau tak, kalau tak boleh rugi je buat passport.
- Keluar seawal mungkin, sebab takut ramai org. 
- Kalau boleh elakkan pergi pada hari Sabtu/Isnin/Jumaat atau satu hari selepas cuti Umum.      

Memandangkan sy tgk entry neh dah terlalu panjang, saya akan sambung persediaan awal saya untuk ke Umrah & Ziarah ke bumi barakah ni pada next entry... Sorry tak de gambor menarik untuk post kali neh.. hehe..

Jangan lupa baca tau.. Tungguuuu....  


Seterusnya..  --->

**Catatan yang dibuat oleh saya mungkin tidak selengkap dengan catatan di blog2 yg ada diluar sana, ianya adalah berdasarkan apa yang saya lalui & dan dibuat oleh saya sepanjang mengerjakan ibadah umrah yang lalu, jika ada kekurangan dan kesalahan mohon dibetulkan di ruangan komen moga2 memberi manfaat kepada kita semua. InsyaAllah.  :-)

Wednesday, February 10, 2016

Throwback 2015 : Cuti2 iCity

Assalamualaikum...


Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Kali ni nk citer cuti2 iCity plak. Cuti2 dgn my loveley siblings, Kamarul, Syakilla & adik bongsu, Hakimi.

Diorg dtg semata2 mommy suh dtg amik brg2 yg my Demox beli kt Mekah/Madinah. Ade la sikit utk kakLong & iecha. Alhamdulillah. Diorg dtg Jumaat petang smpai ALB area 5PPM ++ mcm tuh. 18Dec 2015 kalo xsilap la. hihi...lupe. umo pon dah meningkat. hihi...

Malam tu, duk umah tgk tv je. Mls nk kua lps penat bkerja seharian. Esoknyer baru plan nk kemana2 bwk adik2 ku. Plan asal xde lah kemana, tp terpikir FRIM kt kepong tuh. Air terjun. Pukul 11 pg siap2 mknn bagai, terus gerak ke FRIM. Nk tempat cecantik kt dlm tuh, kena la panjat tangga. Penat ooo... last2 pilih tempat bwh2 je. Sebb dah xlarat naik.

Masok sana rm1/person. budak2 free. xtau lah under bape tahun yg free tuh, tp #nurQaseh mmg dpt free lah. Best2. Seb bek xramai org even tgh cuti sek. Ni je la gambo yg sempat di snap mase berkelah tu. Layanz...







Malam nyer my Demox decide nk bwk adik2 ku ke iCity & dataran putrajaya. Wooooo xsangka masok iCity kena bayo. RM15/person, rm5/person utk OKU/Citizen/Ibu pregnant. Tp hok rm5 tu mmg xbley main ape2 lah. tgk je. smpai sana dlm are 9PM ++, beratur nk main lagi dah bape lama tah. NurQaseh sempat la naik baby train. Memula xcited je. Jalan je train tuh, terus meraung. Mane x nyer, train tuh bergerak ganasz n lajuuu.. takot weh. Anak i tu dah la baby gurl comei2 ayu2 gituh. Xmain la geganas. hukhuk. kesian NurQaseh. hihi... Lps penat dlm iCity tuh, xdpt nk g dataran sbb dah lewat, kebetulan kamarul xsihat plak dah. So, balik je.

Ni antara gambo2 kt Icity...















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...