As Salam,
Alhamdulillah kali ini diberi peluang lagi untuk menaip disini untuk berkongsi cerita dan pengalaman sy ketika mengerjakan ibadah umrah dan ziarah pada 1-11 Desember 2015 yg lalu.
Ok.. Setelah segala persiapan telah dibuat, persiapan mental, rohani, kekuatan.. InsyaAllah.. semuanya dah sedia.. Yg paling penting mental. Kalau Mental kata tak ready, maka semuanya bakal jadi serba tak kena je.. huhu..
Huh.. mmg berdebar jgk sbnrnyer, tak dpt dibayangkan mcm mana keadaan kat sana & mcm mana situasi sebenar ketika mengerjakan Umrah tu. Doa moga2 semuanya berjalan lancar.. InsyaAllah, Amin..
Dua beg ni je la yg dibawa, satu beg sandang yg paling penting time
kegunaan di sana nanti..
|
Muka ade senyummmm. :-) |
Esoknya awal pagi2 dah bangun untuk ke KLIA, abah dgn ceman gerak dari perak naik bas rombongan agensi. Diorang bertolak dalam pukul 12 Malam mcm tu la. Perasaaan sy mlm tuh, jgn dok cerita la, tapi sy cuba tenangkan perasaan, banyak bersangka baik :-). kena tdr jugak kejap, sebab esoknya akan menghadapi satu perjalanan yang jaoohhh.. siang panjang, sebab Arab Saudi beza waktu die 5 jam lewat dari Malaysia.
Bangun pagi dalam pukul 4AM macam tu la (Dah tak berapa nak igt sbnrnyer.. huhu..). Selepas bangun, mandi sunat ihram, solat sunat ihram terus, lepastuh sebelum keluar rumah doa banyak2 moga dipermudahkan segala urusan. Jantung dup dap2 la jugak.. Keluar rumah dalam pukul 5AM sebab dalam jadual katanya kena sampai KLIA 4 jam sebelum waktu berlepas. Waktu flight berlepas dijadualkan jam 10AM. Jadi kena sampai dalam kul 6 AM. mcm tu la..
Setelah semua barang diyakini dibawa, kami sekeluarga pun bertolak la ke KLIA. subuh waktu tu agak awal la jugak. Jadi kami berhenti di RnR dengkil untuk solat subuh. Time berhenti kat sini, kebetulan bas agensi yg abah n ceman naik pun sampai kat sini jugak. Jadi dapat la jumpa dulu sebelom ke KLIA. Time ni jugak ada banyak lagi agensi lain yg akan berlepas sekali, igt kami je.. hehe..
Selesai slt subuh, kami meneruskan perjalanan ke KLIA, gerak dulu dari bas, sebab takut sesat nak cari parking, al maklumlah.. kami nih jarang ke KLIA, tak melancong pun.. tkt salah jalan karang banyak masa pulak lari nanti.. Alhamdulillah, perjalanan dipermudahkan, Kami Sampai KLIA, siap parking & bergerak menuju ke tempat berkumpul yg dijadualkan, (Tingkat 5, Pintu 6).
Siap keluarkan barang, muka kena konpiden walau pun dalam hati Tuhan je yg tahu perasaannyer.. :-)
Kemudian kami pun bergerak la mencari tempat yg dijanjikan, then jumpa la abah n ceman n team rombongan agensi. muka ade senyum, tp hati debor lagi.. haha.. Kemudian kami check in begbesar yg nak buh dalam perut kapal terbang tuh. Selesai check in beg, Kami pun pergi tukar baju, memakai pakaian ihram. Mujur abah dah tahu port yg tak ramai org, kalau tak mau makan masa jugak nak tukar pakaian neh.
Selesai memakai ihram, berkumpul kejap, pihak agensi agih2kan visa, passport & tag nama. Tag nama tuh la yg jadi identiti kami disana nanti, pengganti ic kat malaysia neh.. hehe..Kemudian urusan pengagihan selesai, kami pun bergambar beberapa keping, sampai masanya terpaksa berpisah juge.. huhu.. cedey nak tinggalkan MyLovelyWife & NurQaseh... huk2.. tp positifkan diri sebab nak pergi beribadah.. kena kuat kan semangat.. chaiyook..
Ok la.. layan la dulu beberapa keping gambar kenangan sebelom naik flight. InsyaAllah nanti sy akan sambung untuk ceritakan waktu ketibaan di tanah suci pulak pulak..
Kakak Q tak nak tgk kamera. Cedey katenyer.. |
Sebelum bertukar pakaian.. |
Setelah bertukar pakaian ihram.. |
Jumpa lagi nanti.. :-)