Tuesday, July 26, 2016

Rezeki Bertambah - Alhamdulillah

Rezeki Bertambah - Alhamdulillah

Assalamualaikum...
Ni nk citer psl anak kesayangan kami yg mox2 mcm abah die -NurQaseh. Hahaha...

Dah 2 tahun ++ dah umo die. Bulan 8 ni cukup la 3tahun. Alhamdulillah da beso dah anak mama n abah. Syukur atas kurniaan Allah. Masih memberi kami menjaga budak mox ni sehingga hari ini. Alhamdulillah.

Semakin beso, makin byk ragam die.
Makin manje, makin mengade, makin comel, dan mcm2 lagih haaa.
Perangai2 die tuh dikenal pasti since hujung tahun lps. Dasat sgt manje die, mengade die tuh. Xtau lah nape.

Rupenyer #NurQaseh bakal jd kakak. Betullah kate org, budak nk dpt adik, perangai menjadi2 manjenyer. Mmg lain sgt dgn perangai die seblom nih. Yelaa kan, nk jd kakak, kena la manje2 seblom ade adik. Dan, mama die nih, risau xdpt bg layanan yg sama pd die  bile da ade adik nnt. InshaAllah, terbaek utk anak2 mama.

Nur Qaseh seorg budak yg xbanyak ragam nyer. Bukan nk puji anak sendiri atau mengutuk anak org lain, tp Alhamdulillah, die sgt2 behave. Kalo g rumah org, die xpernah lah nk berlari sana sini atau punggah barang org atau belek2 ttgk barang org. Die akan duduk ngn mama o abah die. xbergerak pon. Sgt behave. selagi org xbagi, selagi tu die xamik. Xbercakap pon kt rumah org. Even rumah pengasuh die sendiri. Xreti nk bergaduh ngn budak lain. Xreti nak amik brang budak lain. Kalo barang die, mmg hak die je. Kalo org lain amik atau rampas barang die, die senyap je. Kadang kesian tgk anak mama ni asyik kena buli. Sedih mama. Tp mcm tu la Nur Qaseh. Baik. sgt2 behave. Xbyk karenah. Kalo kt rumah sendiri, itu lain cerita lah. Rumah sendiri kan?

Kakak, mama & abah sayang kakak. =)

Pada 17 July 2016 jam 11.32 malam, lahir lah adik kepada Nur Qaseh. Alhamdulillah. Lahir pd bulan Syawal mcm kakak die jugak. Alhamdulillah, dipermudahkan jugak urusan bersalin kali ni.

Alkisahnye, pd 14hb tu dah rase contraction, tp sekali je. 15hb tu skali lg rase. 16hb tu plak dah turun tanda, mukus coklat2 kalernyer, tp ms tu xde pikir ape dah, relax je. just bgth my demox aje. My Demox debor2 je la die, hihi... Sy plak buat2 xde ape2 sbb xnk terlalu nervous nnt. So, sbb dah plan malam seblom tu nk jenjalan, kami pon kua g jenjalan kt AEON Bukit Tinggi, jaoh xjaoh gak la. Seharian kt sana. Mmg berjalan sakan lah sy nih. Nak senang beranak. Cheeewah! hihihi...

17hb tu duk umah je. Tp hati x senang sbb kua darah plak kul1 ptg tuh. Tp ckit je la. Cite kt my Demox, die ckp xde ape2 kot. Menyedapkan hati sendiri ler teuw.. hihi... So, masa berjalan mcm bese. Kul9 mlm tu terase contraction. Tp still ignore. Then, lps 10 mins, jadi lagih. Lps 10 mins, jadi lagih. smpai la 9.40 mlm tu. Dah xtahan. Bgth Demox. Demox bertambah debo die. Hihi...

Pastu decide ajak Demox g Hosp - PMC. Sambil2 kemas ape2 yg patot, sambil2 menahan sakit contraction. Pukul 10.45 mlm sampai hosp. Kul10.50 warded. Warded tu, terus masok labour room sbb dah bukak 6cm. Wow! terkejut sgt. Nervous dtg dup dap dup dap. huhuhu... Tp kali ni lebih relax, xmcm ms NurQaseh. Hihi...

Sebelom ni ade discuss ngn my Demox. If let say beranak malam, mintak my Demox jaga kan kakak aje. Jgn tinggal die ngn org lain. Xpe, InshaAllah boleh survive beranak dlm labour room tuh ngn Doc n nurse2. Ape2 jd, nak my Demox bersama NurQaseh.

Dlm labour room, tuko baju pastu relax kt katil c2. Nurse teman & cek bukaan, sesambil menunggu Doc Ratna dtg. Sementara menunggu Doc Ratna, nurse panggil my Demox utk jumpe bg semangat ke ape ke. Kakak dah nanes2 sbb takot. Trauma agaknyer sbb die pernah warded sebelom nih. Lps my Demox bg semangat, kiss2 sume, my Demox tgu kt bilik dgn kakak. While nurse cek lagih n bgth dah 8cm.

Doc Ratna dtg 10 mins lps tuh. Pecahkan air ketuban. Igt rase kul11.15 kot time tuh. Sempat terpandang jam di dinding LR. hihi...

Kul11.32 mlm, lahir lah puteri ke 2 sy n my Demox. Alhamdulillah. Gurl lagih. Tp xpe, asalkan die sihat. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Dgr die menangis lps nurse masokkan tiub dlm hidung. Syukur. Kakak dulu, kua2 je terus nanges. Yg si Adik nih, xnanges pon. huhu...

Alhamdulillah.
Terima kasih sekali lg Nurse and Doc Wan Ratna Iza.

Terima kasih kt my Demox sbb bersama ngn kakak. Terima kasih sbb bgth family sbb xsempat nk bgth family, dah masok LR. kuikui...

Details anak ppuan ke 2 kami;

Tarikh Lahir: 17 July 2016 = 12 Syawal 1437H = Ahad
Tempat Lahir: Putra Medical Centre (PMC Bukit Rahman Putra)
Berat: 3.45kg
Masa: 11.32PM
Jantina: Perempuan
Cara Lahir: SVD (Normal)
Penyambut: Doc Wan Ratna Iza

Dan kami beri nama NUR SOFEA
NUR SOFEA BINTI NURUL AIZAM AKMAL

InshaAllah, akan di share permata hati ke2 kami nnt.

Alhamdulillah. Happy!!!



Thursday, July 14, 2016

#9 Umrah & Ziarah Di Bumi Barakah : Catatan Perjalanan Menyucikan Jiwa - (Maala, Nawarian & Tanaim)


As Salam, 
Alhamdulillah saya diberi peluang lagi untuk menaip disini untuk berkongsi cerita dan 
pengalaman sy ketika mengerjakan ibadah umrah dan ziarah pada 1-11 Desember 2015 yg lalu.

Kali ni saya nak sambung perjalanan saya pada hari ke 4, Jadual kami hari ni akan menziarah ke Perkuburan Maala dimana terdapatnya Maqam Saidatina Khadijah, Isteri Rasullullah SAW yg pertama. Kemudian ke Miqat Tanaim untuk berniat Umrah, dan akan singgah ke kawasan  Nawariah dimana terdapatnya Maqam Saidatina Maimunah juga isteri kepada Rasulluah SAW.
Depan Hotel nak Jalan Ke bas

Sama seperti semalam, pada awal pagi akan pergi ke masjid untuk menunaikan solat subuh. Setelah selesai, pulang ke Hotel & bersiap2 untuk ke lokasi Ziarah. Kami menunggu bas datang untuk pergi ke lokasi. Sekadar berkongsi, bas dan pemandunya adalah berlainan setiap hari, kalau dapat pemandu yg peramah untungla, boleh juga pemandu bercerita tambahan selain apa yg diceritakan oleh muttawif. 
Perkuburan Maala
Setelah semua jemaah turun, kami pun bergerak lah ke Perkuburan Maala, tak jauh sgt kawasan ni dengan kota Makkah, kira apabila sampai tu masih dapat dilihat menara Jam tidak jauh dari kawasan perkuburan ni. DI sini akan ditempatkan mereka yang meninggal di kawasan Makkah, sistem perkuburan mereka lain sedikit kerana tanah disini merupakan bukit batu pejal. Jadi kami diberi tahu yang di bawah tanda batu2 tu ada lagi seperti bilik2 yang akan menempatkan jenazah. Satu lubang selalunya akan digunakan oleh satu keluarga. Apabila sudah sampai masa atau penuh, tulang2 akan dialihkan dan akan diletakkan jenazah yang baru di tempat yg sama.


Dibawah pokok Hijau itu dikatakan terletaknya Maqam Siti Khadijah
Di satu sudut perkuburan ini dapat dilihat sepohon pokok (tak ingat pokok namanya), kami diberitahu yang pokok ini tidak pernah mati dari zaman Rasullullah dulu hingga la sekarang. Di bawah pokok itu la terletaknya Maqam Saidatina Khadijah.
Di sini tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkuburan, hanya ziarah di luar pagar kawasan perkuburan sahaja, Muttawif menceritakan sedikit sebanyak sejarah dan beberapa kisah tauladan bagi rujukan dan mengambil iktibar dari setiap kejadian yg berlaku dikawasan situ. 
Pinjam Gambar Adik, belakang tu la Masjid
Tanaim /
Bawah ni nampak yg merah tu, tanda Sempadan Tanah Haram.


Selesai menziarah di sini, kami dibawa ke lokasi seterusnya, Tempat Miqat di Tanaim. Tanaim ni tempat yang paling dekat dengan Tanah Haram, Sebelah je dah masuk. jarak dari Masjidil Haram Lebih Kurang 7km. Kalau musim haji mmg ramai la org kat sini. Selalunya akan ada pak2 arab yang akan bawak teksi/van untuk ke sini, tapi berhati2 la, takut kena tipu je, takut harga yg dikenakan terlalu mahal. Huhu. Di sini kami mempersiapkan diri dgn pakaian ihram. solat sunat dan semua persiapan untuk mengerjakan umrah. Perlu berniat di sini kerana ini sempadan terakhir sebelum memasuk tanah haram. Untuk berniat Umrah mmg perlu dilakukan di luar Tanah Haram. Sebenarnya ada satu lagi lokasi selepas ni. Tapi berniat je terus takut2 nanti terlupa. Untuk info, masjid di Tanaim ni berbeza dgn di Hudaibiyah yg sy ceritakan sebelum ni. Tempatnya besar dan luas. Sebab tempat miqat yg paling dekat. jadi mmg ramai yg akan berkunjung ke sini untuk berniat umrah.


Tembok Mengelilingi Maqam Maimunah/
Dibawah adalah Maqam Maimunah







Lokasi seterusnya sebelum pulang menjalankan Umrah ke-3 adalah Nawariah, Sy tak berapa tahu nak cerita sangat kawasan ni kat mana, tapi kami akan melalui lebuh raya Makkah Madinah dan Maqam Isteri Nabi Maimunah terletak di tepi lebuh raya itu. Tidak diketahui kenapa maqam itu terletak di kawasan tu, tapi sebelum ini ianya baru dijumpai. Mengikut cerita dari Muttaawif, Maqam ini dijumpai ketika Raja Fahd hendak membina Lebuhraya Dari Makah ke Madinah. Sampai di kawasan itu, banyak jentera yang rosak. Lalu raja Fahd meminta pendapat ulama beliau dan ada yg bermimpi mendapat pentunjuk bahawa di situ terletaknya Maqam Isteri Rasulullah Maimunah. (Cerita ni lebih kurang je yg sy ingat. Tapi mmg secara kasarnya mcm tu la, kalau salah mohon betulkan.). Jadi lebuh raya itu pun dibina bengkok sedikit supaya tidak melalui atas Kawasan Maqam Maimunah. 
Tunggu Solat Jumaat Di Luar Masjid Haram/
Bawah Ni lautan Manusia Selepas Slt Jumaat



Setelah mendengar penerangan mutawif, dan bertafakur beberapa ketika, kami jemaah pun dibawa pulang ke Masjidil Haram untuk menjalankan ibadah Umrah yg ke 3. Kali ini semua jemaah melakukan secara sendiri. Hanya Umrah pertama sahaja yang dibimbing. Namun kalau ada yang masih kurang arif, masih boleh meminta nasihat mutawif yg bertugas untuk membantu. Just to share bahawa hari ni adalah hari Jumaat, Jumaat merupakan hari minggu di Arab Saudi, jadi time ni mmg la penuh pak2 arab yang datang untuk menjalankan ibadah Umrah. 

Kami sampai dikawasan hotel agak lewat sebenarnya. Kalau nak masuk Solat Jumaat di dalam Masjid sekurang2 nya kena awal 2 jam. kalau tak akan berada di luar la.. Kami turun bas, pastu lalu kedai makanan, tapau nasik briani dulu. hehe, takut tak sempat nak makan nanti. Tapau, bawak balik hotel. Then terus ke masjid, mmg tak dapat masuk dah, jauh jugak dr masjid, tapi masih nampak la, cuma jauh dari pintu masuk. Selesai solat Jumaat, kami pun memasuki masjid untuk menjalankan Ibadah Umrah ke 3. 


Menanti Asar Selepas Tawaf Sebelum Sambung Saie..
Alhamdulillah sempat kami habiskan sebelum waktu Asar, kerana jumlah jemaah yang agak besar, jadi masa yang diambil untuk tawaf agak panjang. Saie tak de masalah, sebab tempatnya luas dan kelajuan bergantung kepada kemampuan individu itu sendiri. Selesai Umrah ke 3. Rehat kejap. Solat asar & pulang ke hotel. Dekat Mekah ni fames jugak aiskrim nya. Di dalam perjalan pulang pekena aiskrim dulu.. Alhamdulillah.. segarnya rasa.  :-) 





Ok la ye, Next Sambungan Cerita hari ke 5.  
Assalamualaikum..  :-)

Beberapa gambar kenangan bagi hari ke-5..   :-)
Jalan Pulang ke Hotel Dari Masjid
Aiskrim Makkah yg terkenal.. Besar ni 3 Riyal
Mesti Cuba kalau sampai ke sini





















Gerai Aiskrim
Suasana Selepas Isyak..


Alhamdulillah.. Rezeki Allah,
Nasik Briani yg dibeli siang tadi malam baru makan..  :-)































<-- Sebelumnya...                                                                                                                                
Seterusnya -->

**Catatan yang dibuat oleh saya mungkin tidak selengkap dengan catatan di blog2 yg ada diluar sana, ianya adalah berdasarkan apa yang saya lalui & dan dibuat oleh saya sepanjang mengerjakan ibadah umrah yang lalu, jika ada kekurangan dan kesalahan mohon dibetulkan di ruangan komen moga2 memberi manfaat kepada kita semua. InsyaAllah.  :-)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...