Saturday, August 3, 2013

Resepi Kuey Teow KungFu

Kuey Teow KungFu

Saye ni penggemar Kuey Teow KungFu. Pernah cuba nk buat, tp still xde masa lagi. Lagi pon My Demox ni kurang kalo mkn2 mcm nih ha. So, xley la nk masak utk diri sendiri jerh. Kena la masak utk Demox juge. Tu pon kire salah 1 penyebab xmencuba lagih memasak makanan nih. Bile agaknyer ye? Tunggu... Hehe...

Okes, resepi ni saye amik kt blog HUDA
tQ Huda.

Bahan-bahan untuk kuah :

Putik jagung, karot, kobis, kobis bunga, kailan
Udang, Sotong, Ayam
Bawang Merah, Bawang Putih, Cili Padi, Cili Merah
Sos tiram
Garam dan Perahan limau kasturi secukup rasa
1 atau 2 sudu Tepung Jagung (untuk pekatkan kuah)
Air

Cara penyediaan : 

1. bawang merah dan bawang puting dihiris dan diketuk. 
2. Cili padi ditumbuk. kemudian ketiga-tiga bahan ini ditumis sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan bahan basah seperti udang, sotong dan juga ayam. (kuantiti terpulang pada individu). tumis shingga separuh masak.
4. Masukkan air bersama lada sulah dan juga sos tiram serta garam secukup rasa. 
5. Boleh lah juga dimasukkan sekali sayur2 yang keras seperti putik jagung, karot, kobis bunga dan batang kailan.
6. Kemudian masukkan tepung jagung yang sudah dilarutkan dengan air. juga masukkan sedikit perahan limau kasturi.(fungsi untuk masamkan sedikit kuah adalah supaya bau telur pada kuey teow tidak terlalu kuat)
7. Akhir sekali, masukkan kobis, daun kailan, cili merah dan cili benggala hijau. biarkan sehingga mendidih dengan api yang sederhana.


Bahan untuk Kuey Teow :

Kuey Teow yang saiz kecil
1 biji telur
Sedikit garam

Cara penyediaan : 

1. Ambil kuay teow yang saiz kecil dengan kuantiti yang u olls inginkan dan pecahkan telur di dalamnya. (kuey teow tidak perlu dicelur)
2. Masukkan sedikit garam dan kcau kuey teow tersebut hingga sekata.
3. Gorangkan kuey teow yang besalut telur tadi ke dalam kuali dengan minyak yang sedikit sahaja. 

Sedap dihidangkan panas2.  Nyum2~



Nak buat la nanti. Hehe...

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...