Assalamualaikum...
Koleksi
Express Hijab Cloverush
Sungguh
dunia fesyen ini dapat dianggap berjaya meraih kepopulariti dunia yang tak pernah
ada hentinya untuk mengemukakan corak2 dan “design-design”
terbaru. Siapa yang tak suka mengikuti trend fesyen yang sedang
berkembang pada masa kini ini. Baik kalangan remaja, dewasa atau pun tua. Baik
wanita mahupun lelaki.
Berhijab sekarang memang
menjadi tren dikalangan muslimah muda sekarang, selain untuk menutup aurat
sesuai islam berhijab juga dapat menambah aura kecantikan seorang wanita.
Walaupun trend instant shawl
kini sedang hangat diperkatakan oleh majority wanita bertudung, namun ekspress hijab
atau tudung sarung masih mempunyai penggemarnya yang
tersediri. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang menggemari cara pemakaian ekpress hijab
yang amat murah dan ringkas. Selain itu,
tudung jenis in ijuga amat selesa dipakai dan sesuai untuk anda yang
sering melakukan aktiviti outdoor.
Oleh kerana itu,
Cloverush menawarkan aneka koleksi ekspress hijab online yang diperbuat daripada
material berkualiti (local dan import) demi menjamin keselesaan yang ideal
kepada anda. Tudung Cloverush ini juga boleh anda miliki dalam pelbagai pilihan warna menarik
yang pastinya menepati citarasa anda.
Berikut merupakan rekaan ekpress hijab
Cloverush yang paling digemari para penggemar dan sesuai untuk dipakai oleh semua bentuk muka. Koleksi ini juga boleh dijadikan sebagai
inner untuk anda yang ingin memadankannya dengan pemakaian shawl di bahagian luar.
Untuk anda yang
ingin menutupi bahagian bawah dagu pula (boleh dipakai ketika solat),
koleksi tudung Cloverush juga kini hadir dengan rekaan yang
menutupi bahagian bawah dagu anda. Juga terdapat dalam pelbagai pilihan warna.
Dan khusus bagi anda yang
memakai tudung labuh, temui juga koleksi tudung labuh Cloverush yang bukan sahaja cukup labuh tetapi juga menutupi bahagian bawah dagu anda. Koleksi tudung ini juga boleh dipakai ketika solat.
p/s: Credit Pict by ZALORA
No comments:
Post a Comment