Alhamdulillah saya diberi peluang lagi untuk menaip disini untuk berkongsi cerita dan
pengalaman sy ketika mengerjakan ibadah umrah dan ziarah pada 1-11 December 2015 yg lalu.
Catatan Hari ke- 10 & 11 (10 & 11 December 2015)
Subuh Di Masjid Nabawi |
Pagi sebelum bertolak ni. Kami melakukan Ziarah Wada, ucap selamat tinggal kepada Nabi Kita. Then menziarahi sekitar kawasan Masjid Nabawi. Nergambar kenang-kenangan. Dan akhirnya berjumpa juga dengan kedai bawah pokok kurma. hehe.. Petang semalam kami mencari tempat ni. abah nak bawak tapi tak ingat jalannyer. Ade rezeki jugak dapat berjumpa tempat ni pagi ni. Kami makan la kebab dangan capati kalau tak silap. Sejukk.. syahdu je pepagi ni.. hehe..
Then selesai makan kami pun pulang ke hotel untuk membawa beg2 turun ke lobby hotel. Semua urusan angkat mengangkat akan diuruskan oleh pekerja yg telah diupah oleh pihak agensi.
Burung2 bertebangan di depan gate Masjid |
Keadaan Tempat makan bawah pokok kurma tuh..khemah2 je.. :-) |
Hotel Mubbarak, tempat kami berteduh di Madinah |
Flight Delayed, makan dulu.. Ceman belanje.. :-) |
Dalam Flight sama juga seperti pergi, kami tak dapat duduk sekali. Duduk asing2. mula2 saya dapat seat best, depan luas, tapi ade akak tu nak duduk dengan suami die, tak pe la, tukar la tempat dgn suami die, lagi pun sy nak tdr je nanti dalam Flight. Kami pun berlepas dari Airport Madinah menuju Ke Malaysia. Sedih dan gembira bercampur baur. Moga dipermudahkan perjalanan ini. InsyaAllah Amin.
Flight yang bakal membawa kami pulang. |
Perjalanan pada waktu malam ni lain sikit berbanding waktu siang. Ye la, boleh tidur kan. dan penerbangan kami pun ok la, tak de kena gegaran yg kuat seperti kami hendak datang hari tu. Kapal terbang yg kami naiki adalah kapal terbang yg sama dan jemaah2 yang berada di dalamnya juga adalah jemaah yg sama.
Alhamdulillah, Setelah lebih kurang 8 Jam penerbangan kami pun sampai ke KLIA. Tak sabar rasnya hendak berjumpa isteri tercinta & anak tersayang. Apabila sampai, terasa udara panas, hehe, berbeza la dgn di Madinah, berpeluh2 pula rasa.. hehe..
Alhamdulillah, selamat Sampai Ke Tanah Air.. |
Setelah touch down kami menanti beg dan mengambil bahagian air zam zam yang telah diagih2kan oleh pihak agensi. Saat yg paling gembira apabila bertemu dgn isteri n anak yg agak lama ditinggalkan. Alhamdulillah semuanya sihat. Abah & Ceman pulang menaiki bas rombongan ke Perak. Saya pulang terus ke rumah dan wife saya la yg bawak kereta.. hehe..
Alhamdulillah.. Berakhir sudahlah coretan kenangan saya ketika mengerjakan Ibadah Umrah & Ziarah pada pada 1-11 Desember 2015 yang lalu. Walaupun pada hari ini sudah lebih Setahun saya meninggalkan tanah suci itu, tetapi perassan rindu tu masih menebal ingin kembali ke sana. Jika ada rezeki saya hendak membawa semua keluarga saya ke sana. InsyaAllah moga diermudahkan & diberikan peluang untuk sekali lagi menjadi Tetamu Allah.
Segala coretan yang ditulis disini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. dan mungkin ade kekurangan dan kesalahan, Harap dapat lah ditegur oleh pembaca sekiranya ade kekhilafan sepanjang membaca coretan ini. Moga kita semua dipermudahkan dan diberkan peluang untuk menjadi Tetamu Allah bagi mengerjakan Ibadah Umrah dan haji dimasa hadapan.
InsyaAllah.... Amin..
Assalamualaikum... :-)
Tamat..
<-- Sebelumnya...
**Catatan yang dibuat oleh saya mungkin tidak selengkap dengan catatan di blog2 yg ada diluar sana, ianya adalah berdasarkan apa yang saya lalui & dan dibuat oleh saya sepanjang mengerjakan ibadah umrah yang lalu, jika ada kekurangan dan kesalahan mohon dibetulkan di ruangan komen moga2 memberi manfaat kepada kita semua. InsyaAllah. :-)
Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny