Friday, June 10, 2016

#7 Umrah & Ziarah Di Bumi Barakah : Catatan Perjalanan Menyucikan Jiwa - (Pengalaman Umrah Pertama - Saie & Bercukur)



As Salam,
Alhamdulillah kali ini diberi peluang lagi untuk menaip disini untuk berkongsi cerita dan
pengalaman sy ketika mengerjakan ibadah umrah dan ziarah pada 1-11 Desember 2015 yg lalu.


Saie Sejauh mata memandang
Setelah selesai mengerjakan tawaf, Jemaah kami meneruskan perjalanan ke tempat mengerjakan Saie pula. Memandangkan banyak construction di dalam Masjid, jadi jaraknya dari dataran tawaf ke tempat permulaan Saie menjadi agak jauh. Kini perasaan terasa sedikit lega setelah melihat Kaabah sebentar tadi. Lupa pula nak beritahu, mengikut pengalaman saya, Kalau jemaah tidak begitu ramai ketika tawaf dan kita dapat membuat pusingan kecil, masa yang diambil adalah lebih kurang 15-20 minit untuk menghabiskan 7 pusingan tawaf. Tetapi jika jemaah ramai dan padat, boleh mencecah 30 minit dan lebih. Jadi kalau berkemampuan untuk berjaga malam, eloklah dilakukan di dalam pukul 10 ke atas kerana pada waktu ni keadaan agak lapang sedikit. 

Ok, sambung semula cerita saie, setelah perasaan kembali tenang, kami pun sampai ke tempat permulaan saie (Bukit Safa). Untuk Saie tak seketat syarat tawaf, boleh dibuat walaupun tiada wudu'. kalau nak berhenti rehat dulu pun boleh, sebab 7 pusingan tu jauh juga sebenarnya. Jarak satu hala lebih kurang setengah KM. x 7 jadi semua sekali lebih kurang 3.5 KM untuk menghabiskan perjalanan Saie. 


Rajah jarak perjalanan Saie
Sampai di bukit Safa, kami membaca doa menaiki Bukit Safa, Kepada yang masih belum pernah sampai, just nak share bukitnya tidak la tinggi mana, tetapi mmg ada curaman nya la dalam 30 darjah lebih kurang dan jarak mendaki lebih kurang 5-10 meter. Kemudian kami berkumpul menghadap ke Kaabah, dan berdoa sebelum memulakan Saie. Setelah selesai, maka bermula lah perjalanan Saie. Persediaan untuk kekuatan fizikal dan mental diperlukan disini kerana dalam berkeadaan kaki ayam agak sakit juga kaki sebenarnya untuk berjalan sejauh itu. Dan bermulah perjalan saie kami.. Abah keluar pergi toilet dulu pada hujung bukit Marwah. ada public toilet di sebelah sana. kami pun sambung menjalankan saie. 

Tapi rupanya saya yang kurang berkemampuan, mmg sakit kaki sebenarnya, Abah & Ceman steady je, saya pun follow la, walau pun sakit tapi masih berada didalam kawalan. :-)
Di Bukit Marwa
Alhamdulillah, setelah selesai pusingan saie ke 7. kami menamatkan nya di bukit Marwah, membaca doa dan bercukur, Tetapi kami tak bercukur lagi, sebab nak cukur habis, kena buat kat kedai. Waktu habis je saie kaki nak jadi krem. Patutnya kita buat ikot kemampuan sendiri, sebab laju2 mmg saya out. Tapi pada keseluruhannya alhamdulillah, Semuanya berjalan lancar...


Muka dah boleh tersenyum lega  :-)
Ok, jom mencari kedai nak mencukur kepala, muttawif kata ade kedai berdekatan dgn hotel kami, tapi kami terpisah dari jemaah lain. Saya hanya ikot abah je la, sebab dah ade pengalaman di sini. Dalam perjalanan ada la org arab ni ajak ke kedai beliau, tanya berapa untuk cukur, die cakap 10 rial. Kami pun follow la, rupanya dibawah menara jam tu ada banyak kedai lagi, kedai cukur rambut pun banyak. Kami pun pergi la ke kedai yg org memanggil kami.


Wajah Baru..  :-)
Selesai bercukur, sejukkk je kepala, rupanya kami tertipu, 10 rial untuk potong no1 je, kalau cukur habis 20 rial. isk2, depan kaabah pun pak2 arab ni boleh memusing2, mmg sebenarnya org2 arab ni bukan baik sangat. tak pe la. anggap je la rezeki mereka. Moga kepada sesiapa yang membaca ni akan lebih berhati2 melalui pengalaman saya ini.. :-)

Setel cukur, ngilu rasa kepala.. maka berakhir la pantang larang Ihram setelah selesai bercukur. Alhamdulillah, untuk merehatkan badan, kami singgah makan di gerai makan berdekatan dengan kedai cukur rambut Tadi. Kami makan (safarma) kebab dan minum air ape ntah tak ingat. hehe..

Satu kebab dalam 5rial, mmg harga semua kedai harga lebih kurang mcm tu je. makanan mmg kebab je la, ade la berger, ketang. Nasik goreng? tak de rasanye kat arab neh.. hehe.. Kami selesai mengerjakan ibadah umrah pertama kami ni dalam pukul 4 pagi kalau tak silap. pada awalnyer cadang nak balik ke hotel. Tapi memandangkan badan agak penat, & kalau balik ke hotel kompom agak liat nak datang subuh ke Masjid. Jadi kami decide untuk terus tunggu di kawasan masjid sampai la ke subuh. 


Isi perut dulu.. Alhamdulillah, selesai Umrah pertama.
Kami masuk semula ke Masjid untuk memilih kawasan berehat, dan kami pun menunggu sambil membaca al quran. Mata pun adeketikanya terlelap la jugak. Setelah selesai subuh, kami pun pulang ke hotel untuk sarapan pagi & berehat. 

Alhamdulillah, selesai juga ibadah umrah ku yang pertama dan pertama kalinya dalam hidup. Baru tahu begitu rupanya cara mengerjakan ibadah Umrah. Alhamdulillah diberikan peluang yang tak terhingga ini. Ada lagi 4 peluang untuk menjalankan ibadah umrah dalam rombongan ni. moga ibadah saya, keluarga dan semua jemaah diterima. InsyaAllah.

Rehat dulu, nanti saya sambung kisah hari2 seterusnya ye..  :-)

Assalamualaikum...


<-- Sebelumnya...                                                                                                                                Seterusnya -->

**Catatan yang dibuat oleh saya mungkin tidak selengkap dengan catatan di blog2 yg ada diluar sana, ianya adalah berdasarkan apa yang saya lalui & dan dibuat oleh saya sepanjang mengerjakan ibadah umrah yang lalu, jika ada kekurangan dan kesalahan mohon dibetulkan di ruangan komen moga2 memberi manfaat kepada kita semua. InsyaAllah.  :-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...