As Salam,
Alhamdulillah saya diberi peluang lagi untuk menaip disini untuk berkongsi cerita dan
pengalaman sy ketika mengerjakan ibadah umrah dan ziarah pada 1-11 Desember 2015 yg lalu.
Setelah keletihan dalam perjalanan yang jauh dan tidak tidur semalaman, hari ke-2 kami diberikan aktiviti bebas untuk berehat atau melakukan ibadah sendiri di Masjidil Haram. Selepas selesai subuh, kami pun pulang ke hotel dengan masih berpakaian ihram. Sampai di hotel, sarapan, selepas selesai sarapan kami pun berehat di bilik. Ada jemaah2 lain yang pergi melakukan tawaf sunat. Tetapi kami berehat atas nasihat abah. Abah la yang membimbing kami sepanjang disini. Saya pun ikot je la. sebab pertama kali sampai disini. InsyaAllah kalau ada rezeki nak bawa Isteri tersayang untuk datang menjejakkan kaki di sini. InsyaAllah.. Amin. Kami hanya pergi semula ke masjid pada Waktu Asar. Untuk masuk ke dalam kawasan masjid perlulah sampai lebih awal keranan pintu2 akan ditutup jika sudah penuh. tetapi masih boleh memasuki masjid sama ada bersolat di tingkat atas ataupun bawah.
Sebelum Asar |
“Sungguh Allah menurunkan pada setiap hari dan malam:
120 RAHMAT di BAITULLAH ini :
* 60 Rahmat untuk orang yg MELAKUKAN TAWAF,
* 40 Rahmat bagi orang yg MENDIRIKAN SHALAT,
* 20 Rahmat bagi orang yg MEMANDANG KE ARAH KA’BAH” (HR.Thabrani)
120 RAHMAT di BAITULLAH ini :
* 60 Rahmat untuk orang yg MELAKUKAN TAWAF,
* 40 Rahmat bagi orang yg MENDIRIKAN SHALAT,
* 20 Rahmat bagi orang yg MEMANDANG KE ARAH KA’BAH” (HR.Thabrani)
Pemandangan daripada aras 2 lingkaran Mataf Sementara |
Berehat Di Dalam Masjid |
Dari Asar hingga selepas Isyak baru kami pulang ke Hotel tempat penginapan kami, Ini kerana waktu Asar, Maghrib & Isyak tidak jauh beza waktunya di sini. Kalau nak pulang ke hotel pun tak berbaloi kerana agak jauh untuk berjalan kaki. Jadi masa yg ada ni diambil kesempatan untuk beribadah di dalam masjid.
Dalam Bas Sebelum Bermula Ziarah |
Hari ke-3, Solat subuh di masjid dan kami bertiga memilih untuk solat di tingkat bawah Masjid, ini adalah kerana keadaan yang kurang sesak & agak selesa untuk menunaikan solat. Selesai solat, balik ke hotel untuk sarapan & bersiap2 untuk ziarah kami yg pertama. Melawat Museum Haramain & miqat di Masjid Hudaibiyah.
Setelah selesai sarapan, kami pun bersiap, saya memakai pakaian ihram terus kerana selepas habis ziarah boleh terus mengerjakan umrah ke-2, abah & ceman cuma memakai kain ihram tetapi memakai jubah diluar. saya tak biasa, pakai je terus ihram, hehe. Kami menanti bas di depan hotel dan setelah semua jemaah turun, semua bas menuju ke muzium. Kalau ikutkan hari ini juga kami akan melawat ladang unta, tapi pada waktu lawatan kami ni, semua unta telah dihapuskan kerana ada serangan virus, tak ingat virus apa yg disebut oleh muttawif. Tak de rezeki nak tgk unta arab. :-) . Muzium Haramain ni adalah muzium dua tanah haram. Dimana terdapat artifak2 sejarah daripada Masjidil Haram dan juga Masjidil Nabawi. jadi disini dapatlah dilihat perkembangan Masjidil haram, tangga yg digunakan untuk masuk ke Kaabah, Pintu2 kaabah, kelambu kaabah, kunci pintu kaabah dan banyak lagi barang2 sejarah berkenaan dua masjid di tanah haram ini. Juga ada replika pembangunan yang dirancang untuk kedua2 masjid tersebut. Banyak info yang dapat diperolehi disini. Kalau sesiapa yg berpeluang ke sini, kalau boleh minta la penerangan dari muttawif untuk lebih penerangan n pemahaman. Setelah selesai, kami mendapat senaskah Al-quran dari pihak muzium. Alhamdulillah.
Dibawah beberapa gambar barangan yang dipamerkan di dalam museum:
Penutup hajarul Aswad dulu-dulu dibelakang muttawif |
Pintu Kaabah dulu-dulu |
Pancur Emas |
Kunci pintu Kaabah |
Telaga Air Zam zam dulu2.. |
Model Masjidil Haram Selepas pembesaran. |
**Dipetik dari blog http://umrahkuyangbest.blogspot.my/2012/06/masjid-hudaibiah.html
Masjid Hudaibiyah |
Mendengar Sejarah Perjanjian Hudaibiyah |
Kami pun turun dari bas, mengemaskan pakaian ihram, kepada yg belum memakai ihram akan bertukar pakaian, tempat mengambil wudhu disini juga akah kecil, mujur ketika kami sampai tidak banyak agensi lain yg singgah disitu, namum itu pun juga dikira sesak. kalau ramai rombongan lain yg singgah disitu serentak. mmg sangat penuh la jadinya, Kami dipanggil masuk ke dalam masjid untuk diceritakan sejarah masjid dan kawasan ini. Ianya diceritakan sendiri oleh pengarah urusan agensi kami. Dapat la juga menambah sedikit pengetahuan berkenaan sejarah disini.
Yg nampak banyak kren tu la Masjidil Haram |
Selesai Tawaf Umrah ke-2 |
Sampai di kawasan Hotel kami. kami naik sekejap untuk menyimpan beberapa barang dibilik hotel. Kemudian bergegas ke Masjid untuk menjalankan Umrah ke-2. Kami melakukan tawaf di dataran tawaf kali ni. Jemaah agak penuh kerana sudah hampir ke waktu zohor. Alhamdulillah, kami selesai tawaf 7 pusingan sebelum waktu zohor. Berehat sekejap sementara menanti waktu zohor dan solat disitu. Alhamdulillah juga dapat bersolat sejajar dengan pintu kaabah. Satu pengalaman yang mmg sukar untuk dilupakan. Terasa diri ini sangat kecil ketika bersolat betul2 di depan kaabah.
Selesai Solat Zohor, kami meneruskan umrah dengan menjalankan Saie. Untuk menghabiskan Saie memerlukan masa lebih kurang 30 minit bergantung kepada kelajuan. Sebenarya saya yg tak berapa larat untuk berjalan laju, tapi abah dgn ceman mmg sgt kuat. Terasa malu pula sebab abah pun boleh jalan laju. Tetapi dinasihatkan jgn lah terlalu memaksa diri untuk ikut kelajuan org lain. Buat yg termampu agar tidak memudaratkan diri sendiri kelak.
Alhamdulillah, Selesai ibadah Umrah & Ziarah hari ini. Selesai sahaja memotong rambut di bukit Marwa, Allahhuakbar, terasa sangat lega & badan menjadi sihat. Peluh jgn dicerita la. :-) Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kami pun pulang ke hotel untuk makan tengahari dan berehat. Petang & malam aktiviti lebih kurang seperti aktiviti semalam. Dibawah beberapa gambar dikawasan Saie sebagai kenang kenangan..
Di Bukit Safa |
Memulakan Perjalanan Dari Safa |
Sejauh mata memandang |
Alhamdulillah, Selesai Umrah Ke-2 |
InsyaAllah..
<-- Sebelumnya... Seterusnya -->
**Catatan yang dibuat oleh saya mungkin tidak selengkap dengan catatan di blog2 yg ada diluar sana, ianya adalah berdasarkan apa yang saya lalui & dan dibuat oleh saya sepanjang mengerjakan ibadah umrah yang lalu, jika ada kekurangan dan kesalahan mohon dibetulkan di ruangan komen moga2 memberi manfaat kepada kita semua. InsyaAllah. :-)
Alhamdulillah...
ReplyDeletePancur emas tu untuk ape ye?
Pancur emas tu fungsinya sebenarnya untuk mengalirkan air hujan dari bumbung kaabah. Ianya berada dekat kawasan Hijr Ismail, Dan dikatakan juga salah satu tempat paling mustajab untuk berdoa.
Delete