As Salam,
Alhamdulillah saya diberi peluang lagi untuk menaip disini untuk berkongsi cerita dan
pengalaman sy ketika mengerjakan ibadah umrah dan ziarah pada 1-11 Desember 2015 yg lalu.
Kali ni saya nak sambung perjalanan saya pada hari ke 4, Jadual kami hari ni akan menziarah ke Perkuburan Maala dimana terdapatnya Maqam Saidatina Khadijah, Isteri Rasullullah SAW yg pertama. Kemudian ke Miqat Tanaim untuk berniat Umrah, dan akan singgah ke kawasan Nawariah dimana terdapatnya Maqam Saidatina Maimunah juga isteri kepada Rasulluah SAW.
Depan Hotel nak Jalan Ke bas |
Sama seperti semalam, pada awal pagi akan pergi ke masjid untuk menunaikan solat subuh. Setelah selesai, pulang ke Hotel & bersiap2 untuk ke lokasi Ziarah. Kami menunggu bas datang untuk pergi ke lokasi. Sekadar berkongsi, bas dan pemandunya adalah berlainan setiap hari, kalau dapat pemandu yg peramah untungla, boleh juga pemandu bercerita tambahan selain apa yg diceritakan oleh muttawif.
Perkuburan Maala |
Dibawah pokok Hijau itu dikatakan terletaknya Maqam Siti Khadijah |
Di sini tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkuburan, hanya ziarah di luar pagar kawasan perkuburan sahaja, Muttawif menceritakan sedikit sebanyak sejarah dan beberapa kisah tauladan bagi rujukan dan mengambil iktibar dari setiap kejadian yg berlaku dikawasan situ.
Pinjam Gambar Adik, belakang tu la Masjid Tanaim / Bawah ni nampak yg merah tu, tanda Sempadan Tanah Haram. |
Selesai menziarah di sini, kami dibawa ke lokasi seterusnya, Tempat Miqat di Tanaim. Tanaim ni tempat yang paling dekat dengan Tanah Haram, Sebelah je dah masuk. jarak dari Masjidil Haram Lebih Kurang 7km. Kalau musim haji mmg ramai la org kat sini. Selalunya akan ada pak2 arab yang akan bawak teksi/van untuk ke sini, tapi berhati2 la, takut kena tipu je, takut harga yg dikenakan terlalu mahal. Huhu. Di sini kami mempersiapkan diri dgn pakaian ihram. solat sunat dan semua persiapan untuk mengerjakan umrah. Perlu berniat di sini kerana ini sempadan terakhir sebelum memasuk tanah haram. Untuk berniat Umrah mmg perlu dilakukan di luar Tanah Haram. Sebenarnya ada satu lagi lokasi selepas ni. Tapi berniat je terus takut2 nanti terlupa. Untuk info, masjid di Tanaim ni berbeza dgn di Hudaibiyah yg sy ceritakan sebelum ni. Tempatnya besar dan luas. Sebab tempat miqat yg paling dekat. jadi mmg ramai yg akan berkunjung ke sini untuk berniat umrah.
Tembok Mengelilingi Maqam Maimunah/ Dibawah adalah Maqam Maimunah |
Lokasi seterusnya sebelum pulang menjalankan Umrah ke-3 adalah Nawariah, Sy tak berapa tahu nak cerita sangat kawasan ni kat mana, tapi kami akan melalui lebuh raya Makkah Madinah dan Maqam Isteri Nabi Maimunah terletak di tepi lebuh raya itu. Tidak diketahui kenapa maqam itu terletak di kawasan tu, tapi sebelum ini ianya baru dijumpai. Mengikut cerita dari Muttaawif, Maqam ini dijumpai ketika Raja Fahd hendak membina Lebuhraya Dari Makah ke Madinah. Sampai di kawasan itu, banyak jentera yang rosak. Lalu raja Fahd meminta pendapat ulama beliau dan ada yg bermimpi mendapat pentunjuk bahawa di situ terletaknya Maqam Isteri Rasulullah Maimunah. (Cerita ni lebih kurang je yg sy ingat. Tapi mmg secara kasarnya mcm tu la, kalau salah mohon betulkan.). Jadi lebuh raya itu pun dibina bengkok sedikit supaya tidak melalui atas Kawasan Maqam Maimunah.
Tunggu Solat Jumaat Di Luar Masjid Haram/ Bawah Ni lautan Manusia Selepas Slt Jumaat |
Setelah mendengar penerangan mutawif, dan bertafakur beberapa ketika, kami jemaah pun dibawa pulang ke Masjidil Haram untuk menjalankan ibadah Umrah yg ke 3. Kali ini semua jemaah melakukan secara sendiri. Hanya Umrah pertama sahaja yang dibimbing. Namun kalau ada yang masih kurang arif, masih boleh meminta nasihat mutawif yg bertugas untuk membantu. Just to share bahawa hari ni adalah hari Jumaat, Jumaat merupakan hari minggu di Arab Saudi, jadi time ni mmg la penuh pak2 arab yang datang untuk menjalankan ibadah Umrah.
Kami sampai dikawasan hotel agak lewat sebenarnya. Kalau nak masuk Solat Jumaat di dalam Masjid sekurang2 nya kena awal 2 jam. kalau tak akan berada di luar la.. Kami turun bas, pastu lalu kedai makanan, tapau nasik briani dulu. hehe, takut tak sempat nak makan nanti. Tapau, bawak balik hotel. Then terus ke masjid, mmg tak dapat masuk dah, jauh jugak dr masjid, tapi masih nampak la, cuma jauh dari pintu masuk. Selesai solat Jumaat, kami pun memasuki masjid untuk menjalankan Ibadah Umrah ke 3.
Menanti Asar Selepas Tawaf Sebelum Sambung Saie.. |
Ok la ye, Next Sambungan Cerita hari ke 5.
Assalamualaikum.. :-)
Beberapa gambar kenangan bagi hari ke-5.. :-)
Jalan Pulang ke Hotel Dari Masjid |
Aiskrim Makkah yg terkenal.. Besar ni 3 Riyal Mesti Cuba kalau sampai ke sini |
Gerai Aiskrim |
Suasana Selepas Isyak.. |
Alhamdulillah.. Rezeki Allah, Nasik Briani yg dibeli siang tadi malam baru makan.. :-) |
<-- Sebelumnya...
Seterusnya -->
**Catatan yang dibuat oleh saya mungkin tidak selengkap dengan catatan di blog2 yg ada diluar sana, ianya adalah berdasarkan apa yang saya lalui & dan dibuat oleh saya sepanjang mengerjakan ibadah umrah yang lalu, jika ada kekurangan dan kesalahan mohon dibetulkan di ruangan komen moga2 memberi manfaat kepada kita semua. InsyaAllah. :-)
No comments:
Post a Comment