Thursday, July 14, 2016

#9 Umrah & Ziarah Di Bumi Barakah : Catatan Perjalanan Menyucikan Jiwa - (Maala, Nawarian & Tanaim)


As Salam, 
Alhamdulillah saya diberi peluang lagi untuk menaip disini untuk berkongsi cerita dan 
pengalaman sy ketika mengerjakan ibadah umrah dan ziarah pada 1-11 Desember 2015 yg lalu.

Kali ni saya nak sambung perjalanan saya pada hari ke 4, Jadual kami hari ni akan menziarah ke Perkuburan Maala dimana terdapatnya Maqam Saidatina Khadijah, Isteri Rasullullah SAW yg pertama. Kemudian ke Miqat Tanaim untuk berniat Umrah, dan akan singgah ke kawasan  Nawariah dimana terdapatnya Maqam Saidatina Maimunah juga isteri kepada Rasulluah SAW.
Depan Hotel nak Jalan Ke bas

Sama seperti semalam, pada awal pagi akan pergi ke masjid untuk menunaikan solat subuh. Setelah selesai, pulang ke Hotel & bersiap2 untuk ke lokasi Ziarah. Kami menunggu bas datang untuk pergi ke lokasi. Sekadar berkongsi, bas dan pemandunya adalah berlainan setiap hari, kalau dapat pemandu yg peramah untungla, boleh juga pemandu bercerita tambahan selain apa yg diceritakan oleh muttawif. 
Perkuburan Maala
Setelah semua jemaah turun, kami pun bergerak lah ke Perkuburan Maala, tak jauh sgt kawasan ni dengan kota Makkah, kira apabila sampai tu masih dapat dilihat menara Jam tidak jauh dari kawasan perkuburan ni. DI sini akan ditempatkan mereka yang meninggal di kawasan Makkah, sistem perkuburan mereka lain sedikit kerana tanah disini merupakan bukit batu pejal. Jadi kami diberi tahu yang di bawah tanda batu2 tu ada lagi seperti bilik2 yang akan menempatkan jenazah. Satu lubang selalunya akan digunakan oleh satu keluarga. Apabila sudah sampai masa atau penuh, tulang2 akan dialihkan dan akan diletakkan jenazah yang baru di tempat yg sama.


Dibawah pokok Hijau itu dikatakan terletaknya Maqam Siti Khadijah
Di satu sudut perkuburan ini dapat dilihat sepohon pokok (tak ingat pokok namanya), kami diberitahu yang pokok ini tidak pernah mati dari zaman Rasullullah dulu hingga la sekarang. Di bawah pokok itu la terletaknya Maqam Saidatina Khadijah.
Di sini tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkuburan, hanya ziarah di luar pagar kawasan perkuburan sahaja, Muttawif menceritakan sedikit sebanyak sejarah dan beberapa kisah tauladan bagi rujukan dan mengambil iktibar dari setiap kejadian yg berlaku dikawasan situ. 
Pinjam Gambar Adik, belakang tu la Masjid
Tanaim /
Bawah ni nampak yg merah tu, tanda Sempadan Tanah Haram.


Selesai menziarah di sini, kami dibawa ke lokasi seterusnya, Tempat Miqat di Tanaim. Tanaim ni tempat yang paling dekat dengan Tanah Haram, Sebelah je dah masuk. jarak dari Masjidil Haram Lebih Kurang 7km. Kalau musim haji mmg ramai la org kat sini. Selalunya akan ada pak2 arab yang akan bawak teksi/van untuk ke sini, tapi berhati2 la, takut kena tipu je, takut harga yg dikenakan terlalu mahal. Huhu. Di sini kami mempersiapkan diri dgn pakaian ihram. solat sunat dan semua persiapan untuk mengerjakan umrah. Perlu berniat di sini kerana ini sempadan terakhir sebelum memasuk tanah haram. Untuk berniat Umrah mmg perlu dilakukan di luar Tanah Haram. Sebenarnya ada satu lagi lokasi selepas ni. Tapi berniat je terus takut2 nanti terlupa. Untuk info, masjid di Tanaim ni berbeza dgn di Hudaibiyah yg sy ceritakan sebelum ni. Tempatnya besar dan luas. Sebab tempat miqat yg paling dekat. jadi mmg ramai yg akan berkunjung ke sini untuk berniat umrah.


Tembok Mengelilingi Maqam Maimunah/
Dibawah adalah Maqam Maimunah







Lokasi seterusnya sebelum pulang menjalankan Umrah ke-3 adalah Nawariah, Sy tak berapa tahu nak cerita sangat kawasan ni kat mana, tapi kami akan melalui lebuh raya Makkah Madinah dan Maqam Isteri Nabi Maimunah terletak di tepi lebuh raya itu. Tidak diketahui kenapa maqam itu terletak di kawasan tu, tapi sebelum ini ianya baru dijumpai. Mengikut cerita dari Muttaawif, Maqam ini dijumpai ketika Raja Fahd hendak membina Lebuhraya Dari Makah ke Madinah. Sampai di kawasan itu, banyak jentera yang rosak. Lalu raja Fahd meminta pendapat ulama beliau dan ada yg bermimpi mendapat pentunjuk bahawa di situ terletaknya Maqam Isteri Rasulullah Maimunah. (Cerita ni lebih kurang je yg sy ingat. Tapi mmg secara kasarnya mcm tu la, kalau salah mohon betulkan.). Jadi lebuh raya itu pun dibina bengkok sedikit supaya tidak melalui atas Kawasan Maqam Maimunah. 
Tunggu Solat Jumaat Di Luar Masjid Haram/
Bawah Ni lautan Manusia Selepas Slt Jumaat



Setelah mendengar penerangan mutawif, dan bertafakur beberapa ketika, kami jemaah pun dibawa pulang ke Masjidil Haram untuk menjalankan ibadah Umrah yg ke 3. Kali ini semua jemaah melakukan secara sendiri. Hanya Umrah pertama sahaja yang dibimbing. Namun kalau ada yang masih kurang arif, masih boleh meminta nasihat mutawif yg bertugas untuk membantu. Just to share bahawa hari ni adalah hari Jumaat, Jumaat merupakan hari minggu di Arab Saudi, jadi time ni mmg la penuh pak2 arab yang datang untuk menjalankan ibadah Umrah. 

Kami sampai dikawasan hotel agak lewat sebenarnya. Kalau nak masuk Solat Jumaat di dalam Masjid sekurang2 nya kena awal 2 jam. kalau tak akan berada di luar la.. Kami turun bas, pastu lalu kedai makanan, tapau nasik briani dulu. hehe, takut tak sempat nak makan nanti. Tapau, bawak balik hotel. Then terus ke masjid, mmg tak dapat masuk dah, jauh jugak dr masjid, tapi masih nampak la, cuma jauh dari pintu masuk. Selesai solat Jumaat, kami pun memasuki masjid untuk menjalankan Ibadah Umrah ke 3. 


Menanti Asar Selepas Tawaf Sebelum Sambung Saie..
Alhamdulillah sempat kami habiskan sebelum waktu Asar, kerana jumlah jemaah yang agak besar, jadi masa yang diambil untuk tawaf agak panjang. Saie tak de masalah, sebab tempatnya luas dan kelajuan bergantung kepada kemampuan individu itu sendiri. Selesai Umrah ke 3. Rehat kejap. Solat asar & pulang ke hotel. Dekat Mekah ni fames jugak aiskrim nya. Di dalam perjalan pulang pekena aiskrim dulu.. Alhamdulillah.. segarnya rasa.  :-) 





Ok la ye, Next Sambungan Cerita hari ke 5.  
Assalamualaikum..  :-)

Beberapa gambar kenangan bagi hari ke-5..   :-)
Jalan Pulang ke Hotel Dari Masjid
Aiskrim Makkah yg terkenal.. Besar ni 3 Riyal
Mesti Cuba kalau sampai ke sini





















Gerai Aiskrim
Suasana Selepas Isyak..


Alhamdulillah.. Rezeki Allah,
Nasik Briani yg dibeli siang tadi malam baru makan..  :-)































<-- Sebelumnya...                                                                                                                                
Seterusnya -->

**Catatan yang dibuat oleh saya mungkin tidak selengkap dengan catatan di blog2 yg ada diluar sana, ianya adalah berdasarkan apa yang saya lalui & dan dibuat oleh saya sepanjang mengerjakan ibadah umrah yang lalu, jika ada kekurangan dan kesalahan mohon dibetulkan di ruangan komen moga2 memberi manfaat kepada kita semua. InsyaAllah.  :-)



Tuesday, June 14, 2016

#8 Umrah & Ziarah Di Bumi Barakah : Catatan Perjalanan Menyucikan Jiwa - (Hari ke-2 & ke-3 - Muzium Haramain & Miqat Hudaibiyah)





As Salam, 
Alhamdulillah saya diberi peluang lagi untuk menaip disini untuk berkongsi cerita dan 
pengalaman sy ketika mengerjakan ibadah umrah dan ziarah pada 1-11 Desember 2015 yg lalu. 

Setelah keletihan dalam perjalanan yang jauh dan tidak tidur semalaman, hari ke-2 kami diberikan aktiviti bebas untuk berehat atau melakukan ibadah sendiri di Masjidil Haram. Selepas selesai subuh, kami pun pulang ke hotel dengan masih berpakaian ihram. Sampai di hotel, sarapan, selepas selesai sarapan kami pun berehat di bilik. Ada jemaah2 lain yang pergi melakukan tawaf sunat. Tetapi kami berehat atas nasihat abah. Abah la yang membimbing kami sepanjang disini. Saya pun ikot je la. sebab pertama kali sampai disini. InsyaAllah kalau ada rezeki nak bawa Isteri tersayang untuk datang menjejakkan kaki di sini. InsyaAllah.. Amin. Kami hanya pergi semula ke masjid pada Waktu Asar. Untuk masuk ke dalam kawasan masjid perlulah sampai lebih awal keranan pintu2 akan ditutup jika sudah penuh. tetapi masih boleh memasuki masjid sama ada bersolat di tingkat atas ataupun bawah. 


Sebelum Asar 
Kami sampai awal untuk melihat sekitar kawasan dalaman masjid. Mmg sangat besar, tetapi sayang kerana banyak construction sedang giat dijalankan, jadi keadaan agak berhabuk & banyak laluan ditutup. Kami dapat masuk ke lingkaran sementara tawaf. Kami menanti waktu Asar di tingkat 2 lingkaran tawaf. Allahhuakbar, mata mmg tidak lepas dari sentiasa ingin memandang kepada kaabah. Tidak merasa jemu & rindu untuk melihatnya selalu.

“Sungguh Allah menurunkan pada setiap hari dan malam:
120 RAHMAT di BAITULLAH ini :
* 60 Rahmat untuk orang yg MELAKUKAN TAWAF,
* 40 Rahmat bagi orang yg MENDIRIKAN SHALAT,
* 20 Rahmat bagi orang yg MEMANDANG KE ARAH KA’BAH” (HR.Thabrani)

Pemandangan daripada aras 2 lingkaran Mataf  Sementara
Just to sharing, agak gayat juga ketika bersolat di lingkaran tawaf ini kerana agak bergoyang permukaannya, tapi tawakal & yakin, ianya adalah kukuh..  :-) Lingkaran ini juga ada juga hasil tangan dari rakyat Malaysia. Mereka terlibat dalam projek pembesaran Masjid dan juga menara Jam diraja. Sewaktu saya menulis pengalaman ini, Lingkaran tawan ini telah dibuka bagi memberi ruang dataran tawaf yang lebih luas kepada Jemaah-jemaah.
Berehat Di Dalam Masjid

Dari Asar hingga selepas Isyak baru kami pulang ke Hotel tempat penginapan kami, Ini kerana waktu Asar, Maghrib & Isyak tidak jauh beza waktunya di sini. Kalau nak pulang ke hotel pun tak berbaloi kerana agak jauh untuk berjalan kaki. Jadi masa yg ada ni diambil kesempatan untuk beribadah di dalam masjid. 
Dalam Bas Sebelum Bermula Ziarah


Hari ke-3, Solat subuh di masjid dan kami bertiga memilih untuk solat di tingkat bawah Masjid, ini adalah kerana keadaan yang kurang sesak & agak selesa untuk menunaikan solat. Selesai solat, balik ke hotel untuk sarapan & bersiap2 untuk ziarah kami yg pertama. Melawat Museum Haramain & miqat di Masjid Hudaibiyah. 

Setelah selesai sarapan, kami pun bersiap, saya memakai pakaian ihram terus kerana selepas habis ziarah boleh terus mengerjakan umrah ke-2, abah & ceman cuma memakai kain ihram tetapi memakai jubah diluar. saya tak biasa, pakai je terus ihram, hehe. Kami menanti bas di depan hotel dan setelah semua jemaah turun, semua bas menuju ke muzium. Kalau ikutkan hari ini juga kami akan melawat ladang unta, tapi pada waktu lawatan kami ni, semua unta telah dihapuskan kerana ada serangan virus, tak ingat virus apa yg disebut oleh muttawif. Tak de rezeki nak tgk unta arab. :-) . Muzium Haramain ni adalah muzium dua tanah haram. Dimana terdapat artifak2 sejarah daripada Masjidil Haram dan juga Masjidil Nabawi. jadi disini dapatlah dilihat perkembangan Masjidil haram, tangga yg digunakan untuk masuk ke Kaabah, Pintu2 kaabah, kelambu kaabah, kunci pintu kaabah dan banyak lagi barang2 sejarah berkenaan dua masjid di tanah haram ini. Juga ada replika pembangunan yang dirancang untuk kedua2 masjid tersebut. Banyak info yang dapat diperolehi disini. Kalau sesiapa yg berpeluang ke sini, kalau boleh minta la penerangan dari muttawif untuk lebih penerangan n pemahaman. Setelah selesai, kami mendapat senaskah Al-quran dari pihak muzium. Alhamdulillah. 
Dibawah beberapa gambar barangan yang dipamerkan di dalam museum: 
Penutup hajarul Aswad dulu-dulu dibelakang muttawif
Pintu Kaabah dulu-dulu
Pancur Emas
Kunci pintu Kaabah
Telaga Air Zam zam dulu2..
Model Masjidil Haram Selepas pembesaran.
Selesai ziarah ke muzium, destinasi seterusnya adalah hudaibiyah, Disini la tempat berlakunya Perjanjian Hudaibiyah. Jarak dari muzium ke Masjid ni tak la jauh sangat. Ianya terletak di luar tanah haram. Jarak Hudaibiyah dengan Mekah lebih kurang 20km++.  Kalau kita dengarkan Hudaibiyah ni tentunya menggambarkan satu tempat yg besar & gah, tetapi ianya hanyalah masjid kecil yang terletak di tepi jalan menuju ke tanah haram. Saya kongsikan sedikit sejarah berkenaan tempat ini:

**Dipetik dari blog http://umrahkuyangbest.blogspot.my/2012/06/masjid-hudaibiah.html

Masjid Hudaibiyah
"Pada tahun 6 Hijrah, Nabi Muhammad s'a.w. bersama umat Islam menuju ke Makkah untuk kali pertama dalam tempoh enam tahun. Tujuannya ialah untuk melawat kaabah dan menunaikan haji. Tapi kaum kafir Quraysi menahan umat Islam dari masuk ke Makkah. Ini kerana membenarkan umat Islam masuk ke Makkah sama macam menerima kekalahan."

Mendengar Sejarah Perjanjian Hudaibiyah
"Orang Quraisy Makkah menghantar wakil mereka untuk berunding dengan Nabi Muhammad s'a.w. supaya membatalkan hasrat masuk ke Makkah. Mereka menghantar wakil sebanyak tiga kali. Dalam rundingan kali ketiga itu, Nabi Muhammad s'a.w. bersetuju untuk tidak masuk ke Makkah pada tahun itu. Satu perjanjian di adakan antara Nabi Muhammad s'a.w dengan wakil orang Quraysi tadi. Perjanjian itu dinamakan Perjanjian Hudaibiah bersempena dengan nama tempat mereka mengadakan perjanjian tersebut. Kononnya nama Hudaibiah tu berasal dari nama seorang lelaki yang menggali sumur (macam telaga) di situ yang dinamakan telaga Asy-Syumaisi"

Kami pun turun dari bas, mengemaskan pakaian ihram, kepada yg belum memakai ihram akan bertukar pakaian, tempat mengambil wudhu disini juga akah kecil, mujur ketika kami sampai tidak banyak agensi lain yg singgah disitu, namum itu pun juga dikira sesak. kalau ramai rombongan lain yg singgah disitu serentak. mmg sangat penuh la jadinya, Kami dipanggil masuk ke dalam masjid untuk diceritakan sejarah masjid dan kawasan ini. Ianya diceritakan sendiri oleh pengarah urusan agensi kami. Dapat la juga menambah sedikit pengetahuan berkenaan sejarah disini. 

Yg nampak banyak kren tu la Masjidil Haram
Selesai, kami pun menuju ke tanah haram. Sebelum masuk ke tanah haram, pastikan telah selesai berniat. Kalau tidak tak sah la umrahnyer. Disamping itu juga perbanyakkan juga talbiah sehingga sampai ke depan kaabah nanti. Perjalanan kalau tak silap leih kurang 20 minit, ketika ini bukan musim haji, jadi jalan kurang sesak. Ada org disana bercakap kalau musim haji, jalan 20 minit pun boleh jadi 3 jam. 
Selesai Tawaf Umrah ke-2

Sampai di kawasan Hotel kami. kami naik sekejap untuk menyimpan beberapa barang dibilik hotel. Kemudian bergegas ke Masjid untuk menjalankan Umrah ke-2. Kami melakukan tawaf di dataran tawaf kali ni. Jemaah agak penuh kerana sudah hampir ke waktu zohor. Alhamdulillah, kami selesai tawaf 7 pusingan sebelum waktu zohor. Berehat sekejap sementara menanti waktu zohor dan solat disitu. Alhamdulillah juga dapat bersolat sejajar dengan pintu kaabah. Satu pengalaman yang mmg sukar untuk dilupakan. Terasa diri ini sangat kecil ketika bersolat betul2 di depan kaabah. 

Selesai Solat Zohor, kami meneruskan umrah dengan menjalankan Saie. Untuk menghabiskan Saie memerlukan masa lebih kurang 30 minit bergantung kepada kelajuan. Sebenarya saya yg tak berapa larat untuk berjalan laju, tapi abah dgn ceman mmg sgt kuat. Terasa malu pula sebab abah pun boleh jalan laju. Tetapi dinasihatkan jgn lah terlalu memaksa diri untuk ikut kelajuan org lain. Buat yg termampu agar tidak memudaratkan diri sendiri kelak. 

Alhamdulillah, Selesai ibadah Umrah & Ziarah hari ini. Selesai sahaja memotong rambut di bukit Marwa, Allahhuakbar, terasa sangat lega & badan menjadi sihat. Peluh jgn dicerita la. :-) Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kami pun pulang ke hotel untuk makan tengahari dan berehat. Petang & malam aktiviti lebih kurang seperti aktiviti semalam. Dibawah beberapa gambar dikawasan Saie sebagai kenang kenangan..





Di Bukit Safa
Memulakan Perjalanan Dari Safa
Sejauh mata memandang
Alhamdulillah, Selesai Umrah Ke-2
Next, saya akan sambung cerita untuk hari ke-4..
InsyaAllah..


<-- Sebelumnya...                                                                                                                                Seterusnya -->
**Catatan yang dibuat oleh saya mungkin tidak selengkap dengan catatan di blog2 yg ada diluar sana, ianya adalah berdasarkan apa yang saya lalui & dan dibuat oleh saya sepanjang mengerjakan ibadah umrah yang lalu, jika ada kekurangan dan kesalahan mohon dibetulkan di ruangan komen moga2 memberi manfaat kepada kita semua. InsyaAllah.  :-)



Friday, June 10, 2016

#7 Umrah & Ziarah Di Bumi Barakah : Catatan Perjalanan Menyucikan Jiwa - (Pengalaman Umrah Pertama - Saie & Bercukur)



As Salam,
Alhamdulillah kali ini diberi peluang lagi untuk menaip disini untuk berkongsi cerita dan
pengalaman sy ketika mengerjakan ibadah umrah dan ziarah pada 1-11 Desember 2015 yg lalu.


Saie Sejauh mata memandang
Setelah selesai mengerjakan tawaf, Jemaah kami meneruskan perjalanan ke tempat mengerjakan Saie pula. Memandangkan banyak construction di dalam Masjid, jadi jaraknya dari dataran tawaf ke tempat permulaan Saie menjadi agak jauh. Kini perasaan terasa sedikit lega setelah melihat Kaabah sebentar tadi. Lupa pula nak beritahu, mengikut pengalaman saya, Kalau jemaah tidak begitu ramai ketika tawaf dan kita dapat membuat pusingan kecil, masa yang diambil adalah lebih kurang 15-20 minit untuk menghabiskan 7 pusingan tawaf. Tetapi jika jemaah ramai dan padat, boleh mencecah 30 minit dan lebih. Jadi kalau berkemampuan untuk berjaga malam, eloklah dilakukan di dalam pukul 10 ke atas kerana pada waktu ni keadaan agak lapang sedikit. 

Ok, sambung semula cerita saie, setelah perasaan kembali tenang, kami pun sampai ke tempat permulaan saie (Bukit Safa). Untuk Saie tak seketat syarat tawaf, boleh dibuat walaupun tiada wudu'. kalau nak berhenti rehat dulu pun boleh, sebab 7 pusingan tu jauh juga sebenarnya. Jarak satu hala lebih kurang setengah KM. x 7 jadi semua sekali lebih kurang 3.5 KM untuk menghabiskan perjalanan Saie. 


Rajah jarak perjalanan Saie
Sampai di bukit Safa, kami membaca doa menaiki Bukit Safa, Kepada yang masih belum pernah sampai, just nak share bukitnya tidak la tinggi mana, tetapi mmg ada curaman nya la dalam 30 darjah lebih kurang dan jarak mendaki lebih kurang 5-10 meter. Kemudian kami berkumpul menghadap ke Kaabah, dan berdoa sebelum memulakan Saie. Setelah selesai, maka bermula lah perjalanan Saie. Persediaan untuk kekuatan fizikal dan mental diperlukan disini kerana dalam berkeadaan kaki ayam agak sakit juga kaki sebenarnya untuk berjalan sejauh itu. Dan bermulah perjalan saie kami.. Abah keluar pergi toilet dulu pada hujung bukit Marwah. ada public toilet di sebelah sana. kami pun sambung menjalankan saie. 

Tapi rupanya saya yang kurang berkemampuan, mmg sakit kaki sebenarnya, Abah & Ceman steady je, saya pun follow la, walau pun sakit tapi masih berada didalam kawalan. :-)
Di Bukit Marwa
Alhamdulillah, setelah selesai pusingan saie ke 7. kami menamatkan nya di bukit Marwah, membaca doa dan bercukur, Tetapi kami tak bercukur lagi, sebab nak cukur habis, kena buat kat kedai. Waktu habis je saie kaki nak jadi krem. Patutnya kita buat ikot kemampuan sendiri, sebab laju2 mmg saya out. Tapi pada keseluruhannya alhamdulillah, Semuanya berjalan lancar...


Muka dah boleh tersenyum lega  :-)
Ok, jom mencari kedai nak mencukur kepala, muttawif kata ade kedai berdekatan dgn hotel kami, tapi kami terpisah dari jemaah lain. Saya hanya ikot abah je la, sebab dah ade pengalaman di sini. Dalam perjalanan ada la org arab ni ajak ke kedai beliau, tanya berapa untuk cukur, die cakap 10 rial. Kami pun follow la, rupanya dibawah menara jam tu ada banyak kedai lagi, kedai cukur rambut pun banyak. Kami pun pergi la ke kedai yg org memanggil kami.


Wajah Baru..  :-)
Selesai bercukur, sejukkk je kepala, rupanya kami tertipu, 10 rial untuk potong no1 je, kalau cukur habis 20 rial. isk2, depan kaabah pun pak2 arab ni boleh memusing2, mmg sebenarnya org2 arab ni bukan baik sangat. tak pe la. anggap je la rezeki mereka. Moga kepada sesiapa yang membaca ni akan lebih berhati2 melalui pengalaman saya ini.. :-)

Setel cukur, ngilu rasa kepala.. maka berakhir la pantang larang Ihram setelah selesai bercukur. Alhamdulillah, untuk merehatkan badan, kami singgah makan di gerai makan berdekatan dengan kedai cukur rambut Tadi. Kami makan (safarma) kebab dan minum air ape ntah tak ingat. hehe..

Satu kebab dalam 5rial, mmg harga semua kedai harga lebih kurang mcm tu je. makanan mmg kebab je la, ade la berger, ketang. Nasik goreng? tak de rasanye kat arab neh.. hehe.. Kami selesai mengerjakan ibadah umrah pertama kami ni dalam pukul 4 pagi kalau tak silap. pada awalnyer cadang nak balik ke hotel. Tapi memandangkan badan agak penat, & kalau balik ke hotel kompom agak liat nak datang subuh ke Masjid. Jadi kami decide untuk terus tunggu di kawasan masjid sampai la ke subuh. 


Isi perut dulu.. Alhamdulillah, selesai Umrah pertama.
Kami masuk semula ke Masjid untuk memilih kawasan berehat, dan kami pun menunggu sambil membaca al quran. Mata pun adeketikanya terlelap la jugak. Setelah selesai subuh, kami pun pulang ke hotel untuk sarapan pagi & berehat. 

Alhamdulillah, selesai juga ibadah umrah ku yang pertama dan pertama kalinya dalam hidup. Baru tahu begitu rupanya cara mengerjakan ibadah Umrah. Alhamdulillah diberikan peluang yang tak terhingga ini. Ada lagi 4 peluang untuk menjalankan ibadah umrah dalam rombongan ni. moga ibadah saya, keluarga dan semua jemaah diterima. InsyaAllah.

Rehat dulu, nanti saya sambung kisah hari2 seterusnya ye..  :-)

Assalamualaikum...


<-- Sebelumnya...                                                                                                                                Seterusnya -->

**Catatan yang dibuat oleh saya mungkin tidak selengkap dengan catatan di blog2 yg ada diluar sana, ianya adalah berdasarkan apa yang saya lalui & dan dibuat oleh saya sepanjang mengerjakan ibadah umrah yang lalu, jika ada kekurangan dan kesalahan mohon dibetulkan di ruangan komen moga2 memberi manfaat kepada kita semua. InsyaAllah.  :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...