Thursday, December 29, 2016

#15 Umrah & Ziarah Di Bumi Barakah : Catatan Perjalanan Menyucikan Jiwa - (Ziarah Wada, Perjalan Pulang Ke Malaysia)

                                           

As Salam,
Alhamdulillah saya diberi peluang lagi untuk menaip disini untuk berkongsi cerita dan
pengalaman sy ketika mengerjakan ibadah umrah dan ziarah pada 1-11 December 2015 yg lalu.

Catatan Hari ke- 10 & 11 (10 & 11 December 2015)

Subuh Di Masjid Nabawi
Hari ni merupakan Hari terakhir saya dan Jemaah berada di bumi baraqah ini. kami dijadualkan akan bertolak ke airport selepas Zohor kerana kapal terbang dijangka bertolak pada 5.15 petang dan sampai Kl Esoknya jam 7 pagi. 

Pagi sebelum bertolak ni. Kami melakukan Ziarah Wada, ucap selamat tinggal kepada Nabi Kita. Then menziarahi sekitar kawasan Masjid Nabawi. Nergambar kenang-kenangan. Dan akhirnya berjumpa juga dengan kedai bawah pokok kurma. hehe.. Petang semalam kami mencari tempat ni. abah nak bawak tapi tak ingat jalannyer. Ade rezeki jugak dapat berjumpa tempat ni pagi ni. Kami makan la kebab dangan capati kalau tak silap. Sejukk.. syahdu je pepagi ni.. hehe..

Then selesai makan kami pun pulang ke hotel untuk membawa beg2 turun ke lobby hotel. Semua urusan angkat mengangkat akan diuruskan oleh pekerja yg telah diupah oleh pihak agensi. 

Burung2 bertebangan di depan gate Masjid
 
                    
                       Keadaan Tempat makan bawah pokok kurma tuh..khemah2 je..  :-)
Hotel Mubbarak, tempat kami berteduh di Madinah
Selesai Zohor, kami pun naik ke bas. Menuju ke airport. Kami keluar dari Tanah Haram. Sampai di airport. Menanti ketibaan Flight dari Malaysia. Rupanya agak delayed jgk flight ni. Kesilapan saya adalah habiskan kredit awal2 sebelom bertolak.. haha.. nak kasi tahu wife yg flight delayed pun tak boleh. huhu.. Cuba berserah kepada kepercayaan hati je la.. :-) Tunggu punya tunggu pintu tak bukak lagi. Sempat la jugak kami Solat Jamak Maghrib & Isyak. Ngam2 lepas solat pintu pun dah dibuka. Nasib baik sempat kejar.. hehe.. Dugaan sungguh. 

Flight Delayed, makan dulu.. Ceman belanje..  :-)

Dalam Flight sama juga seperti pergi, kami tak dapat duduk sekali. Duduk asing2. mula2 saya dapat seat best, depan luas, tapi ade akak tu nak duduk dengan suami die, tak pe la, tukar la tempat dgn suami die, lagi pun sy nak tdr je nanti dalam Flight. Kami pun berlepas dari Airport Madinah menuju Ke Malaysia. Sedih dan gembira bercampur baur. Moga dipermudahkan perjalanan ini. InsyaAllah Amin. 
Flight yang bakal membawa kami pulang.

Perjalanan pada waktu malam ni lain sikit berbanding waktu siang. Ye la, boleh tidur kan. dan penerbangan kami pun ok la, tak de kena gegaran yg kuat seperti kami hendak datang hari tu. Kapal terbang yg kami naiki adalah kapal terbang yg sama dan jemaah2 yang berada di dalamnya juga adalah jemaah yg sama. 

Alhamdulillah, Setelah lebih kurang 8 Jam penerbangan kami pun sampai ke KLIA. Tak sabar rasnya hendak berjumpa isteri tercinta & anak tersayang. Apabila sampai, terasa udara panas, hehe, berbeza la dgn di Madinah, berpeluh2 pula rasa.. hehe..
Alhamdulillah, selamat Sampai Ke Tanah Air..

Setelah touch down kami menanti beg dan mengambil bahagian air zam zam yang telah diagih2kan oleh pihak agensi. Saat yg paling gembira apabila bertemu dgn isteri n anak yg agak lama ditinggalkan. Alhamdulillah semuanya sihat. Abah & Ceman pulang menaiki bas rombongan ke Perak. Saya pulang terus ke rumah dan wife saya la yg bawak kereta.. hehe.. 

Alhamdulillah.. Berakhir sudahlah coretan kenangan saya ketika mengerjakan Ibadah Umrah & Ziarah pada pada 1-11 Desember 2015 yang lalu. Walaupun pada hari ini sudah lebih Setahun saya meninggalkan tanah suci itu, tetapi perassan rindu tu masih menebal ingin kembali ke sana. Jika ada rezeki saya hendak membawa semua keluarga saya ke sana. InsyaAllah moga diermudahkan & diberikan peluang untuk sekali lagi menjadi Tetamu Allah. 

Segala coretan yang ditulis disini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. dan mungkin ade kekurangan dan kesalahan, Harap dapat lah ditegur oleh pembaca sekiranya ade kekhilafan sepanjang membaca coretan ini. Moga kita semua dipermudahkan dan diberkan peluang untuk menjadi Tetamu Allah bagi mengerjakan Ibadah Umrah dan haji dimasa hadapan. 
InsyaAllah.... Amin..

Assalamualaikum...  :-)

Tamat..

<-- Sebelumnya...                                                                                                                                
                               
**Catatan yang dibuat oleh saya mungkin tidak selengkap dengan catatan di blog2 yg ada diluar sana, ianya adalah berdasarkan apa yang saya lalui & dan dibuat oleh saya sepanjang mengerjakan ibadah umrah yang lalu, jika ada kekurangan dan kesalahan mohon dibetulkan di ruangan komen moga2 memberi manfaat kepada kita semua. InsyaAllah.  :-)

#14 Umrah & Ziarah Di Bumi Barakah : Catatan Perjalanan Menyucikan Jiwa - (Bukit Magnet, Kilang Al-Quran, Ladang Kurma 2, Perkuburan Baqi, Sekitar Masjid Nabawi)

                                            


As Salam,
Alhamdulillah saya diberi peluang lagi untuk menaip disini untuk berkongsi cerita dan
pengalaman sy ketika mengerjakan ibadah umrah dan ziarah pada 1-11 Desember 2015 yg lalu.

Catatan Hari ke- 9 (9 December 2015)



Bergambar depan hotel.. sejukkk..
Hari Ke-9, Ziarah hari ini akan membawa ke beberapa tempat bersejarah lagi bagi mengambil iktibar & pengajaran atas apa yg berlaku. Hari ke-2 di Madinah, Cuaca mmg sangat Sejuk, memandangkan saya tidak berapa sihat, Jadi waktu lepas Subuh Dan Selepas Isyak ketika di Masjid adalah waktu yang sangat mencabar. Kesejukannya mmg mencucuk2 diri ini. Kaki saya juga membengkak dan mengelupas akibat terkejut dgn cuaca sejuk & kering disini. Moga dipermudahkan urusan perjalanan saya disini InsyaAllah. Amin. 

Hari ini kami akan dibawa Ziarah ke kawasan Bukit bermagnet. Kawasan ni kalau tak silap ada beberapa lagi di Dunia ni dan salah satunya di Madinah ni sendiri la. Mengikut Penjelasan saintifik pulak, fenomena pelik ini adalah berkenaan ilusi optik yang terjadi akibat penipuan mata apabila air kelihatan turun daripada gunung yang seakan-akan kawasan tersebut adalah condong. Namun, ia hanyalah penjelasan yang ringkas dan tertakluk hanya di beberapa tempat sahaja. Wallahuallam  :-) Sepanjang perjalanan ke kawasan bukit Magnet ni mmg seperti biasa la pemandangan hanyalah bukit batu n padang pasir je la. Drebar bas cakap yg kawasan sekitar ni merupakan kawasan rekreasi org2 arab. Tapi time malam je la. kalau dilihat pun mmg nampak ade taman permainan n ATV dekat sekitar kawasan ni. Mencabar juga cara hidup kat sini. Bersyukur kerana lahir di bumi Malaysia. Cuaca kalau dilihat pada cahaya tuh macam panas, tetapi jgn tertipu, sejukk.. hehe.. ok la, layan jap beberapa gambar yg di tangkap di kawasan ni. 



Kita Minum Dulu..

Kemudian, jemaah kami sekali lagi dibawa ke Ladang Kurma, tapi ni tempat yang lain pula, Mmg di madinah ni banyak ladang & pasar Kurma, tgk la kemana kita akan dibawa, follow je la.. :-) Kat sini pun lebih kurang sama macam tempat semalam, Boleh la rasa sikit2 kurma yg ada tu, teh panas pun ade jugak, yg tuh la yg saya tuju dulu. sebab kesejukan.. hehe. Kat sini harganya agak murah sikit dari tempat semalam. Dan seperti biasa saya tak beli jugak kat sini. 

Lokasi ke -3 hari ni dan terakhir adalah Kilang Membuat Al-Quran. Kilang ni la dikatakan kilang terbaik menghasilkan Al-Quran di seluruh dunia. Dan Quran2 yang diwaqafkan di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram adalah dibuat disini. Kaum wanita tak dibenarkan masuk ke dalam Kilang ni, hanya lelaki sahaja dibenarkan masuk. Apabila pulang kami diberi senaskah Al-Quran sebagai tanda Cenderahati..


Keadaan Di Dalam Kilang Membuat Al-Quran
Perkuburan Baqi,, Seluas mata memandang..
Berakhirlah ziarah luar di Madinah. Jemaah pulang sebelum Zohor dan menunaikan Solat Zohor di Masjid Nabawi. Selepas Asar, Kami bertiga berpeluang untuk menziarah Perkuburan Baqi. Perkuburan ni terletak di sebelah Masjid Nabawi. Ianya juga disebut Jannatul Baqi. Disini bersemadinya Sahabat2 rasullullah dan para Isteri Nabi. Semua yg meninggal di Madinah akan dikebumikan disini. dan sangat bertuah kepada sesiapa yang dikebumikan di sini kerana mereka akan jadi golongan terawal yang akan dibangkitkan semula pada hari akhirat kelak selepas Nabi     Muhammad, Abu Bakar & Umar. Perkuburan Baqi ini juga ada masa-masa sahaja yang boleh dimasuki, selepas subuh hingga jam 8 pagi dan selepas asar hingga 30 minit sebelum maghrib. Lelaki sahaja yg dibenarkan masuk. Kaum wanita hanya melihat dari luar sahaja. 

Selesai menziarah, kami menziarahi sekitar kawasan Masjid Nabawi ni. mmg besar dan sangat luas. Rupanya dibawah Masjid Nabawi masih ade 3-4 lapisan tingkat. Dibawahnya terletak tandas dan tempat parking kereta. tak sangka Dibawah tanah di sana juga dilakukan pembangunan. Di sekitar kawasan Masjid juga ada pasaraya menjual Jubah dan berbagai lagi wangi wangian. Juga jangan terkejut kerana ianya juga mempunyai 3-4 tingkat lagi bangunan dibawah tanah. Kalau di Malaysia kelihatan seperti Kompleks yg besar2 tapi semuanya di bawah tanah. 

Beberapa gambar kenangan di sekitar Masjid Nabawi & Kawasan sekitarnya..


Payung terbuka..
Pandangan dari sebelah perkuburan Baqi
Makam Rasulllah S,A.W, Abu Bakar & Umar


Pemandangan Dalam Masjid
Berakhir lah sudah Ziarah kami di Madinah, Esoknya kami akan berangkat Pulang Ke Malaysia. Perasaan bercampur baur antara gembira dan sayu. Gembira untuk berjumpa anak & isteri tetapi sayu untuk meninggalkan manusia kesayangan Allah di sini. Malamnya kami diberi taklimat berkenaan perjalanan Esok dan apa yang perlu dibuat sebelum berangkat pulang ke tanah air. Kami pun berkemas la barang2 yang dibeli di sini. mujur tak beli beg tambahan kerana barangan bertambah. huhu.. Saya la yang membawa baju agak banyak. Sebab tak tahu keadaannya mcm mana di sini. InsyaAllah kalau diberi peluang lagi ke sini dah tahu dah nak agak banyak mana keperluan pakaian yang perlu dibawa..  :-)


Malam di Masjid Nabawi...


<-- Sebelumnya...                                                                                                                                Seterusnya -->

**Catatan yang dibuat oleh saya mungkin tidak selengkap dengan catatan di blog2 yg ada diluar sana, ianya adalah berdasarkan apa yang saya lalui & dan dibuat oleh saya sepanjang mengerjakan ibadah umrah yang lalu, jika ada kekurangan dan kesalahan mohon dibetulkan di ruangan komen moga2 memberi manfaat kepada kita semua. InsyaAllah.  :-)

Wednesday, December 28, 2016

#13 Umrah & Ziarah Di Bumi Barakah : Catatan Perjalanan Menyucikan Jiwa - (Masjid Nabawi, Raudah, Uhud, Ladang Kurma, Quba, Qiblatain)

                                         


As Salam,
Alhamdulillah saya diberi peluang lagi untuk menaip disini untuk berkongsi cerita dan
pengalaman sy ketika mengerjakan ibadah umrah dan ziarah pada 1-11 December 2015 yg lalu.

Catatan Hari ke- 8 (8 December 2015)


Saya Sambungkan sedikit cerita ketika Menziarah Masjid Nabi Pada Malam sebelumnya, Selepas agihan bilik dibuat, kami diajak oleh muttawif untuk menziarah Maqam Nabi pada malam ni juga. Ini adalah kerana pada waktu Malam Jemaah agak kurang dan berkemungkinan berpeluang memasuki Raudah. Tetapi tidakla diwajibkan kepada semua Jemaah, kerana ramai yg keletihan dan kurang sihat pada malam itu. Mungkin kerana terkejut cuaca sejuk di perjalanan dan di Madinah. Saya pun pada awalnya tak mahu ikut, tapi memikirkan takut esok2 belum tentu lagi berpeluang jadi gagahkan diri juga untuk mengikut Ziarah pada Malam ini. 
Jauh kelihatan Bab As Salam..
Kesejukan.
Sejauh Mata Memandang..

Suhu di Madinah Pada Waktu malam Sangat La sejuk, saya tak sure berapa tapi mmg lagi sejuk dari Cameron Highland rasanyer. Ditambah dengan angin padang pasir lagi.. mmg double sejuk. Hehe. Kami pun bergerak berkumpulan memasuki Masjid Nabawi, Jarak dari hotel ke masjid tak berapa jauh jika dibandingkan dengan di Mekah. Dalam 200-300 meter je dari masjid. Setelah masuk di pagar, kami diminta supaya mengingati pintu mana yang kami masuk, kerana semua pintu kelihatan sama sahaja, takut ada yang tersalah keluar nanti tak dapat jumpa jalan pulang ke Hotel. Masjid Nabawi ni Sangat la besar, dari pagar nak ke bangunan masjid sahaja pun dah terasa jauhnya. belum lagi nak sampai ke Bab As Salam. Bab As Salam ni Pintu Utama Masjid ni. Masuk Dari Pintunya dan terus kita akan melalui Raudah, Di Sebelahnya Terletaknya Maqam Nabi. Raudhah terletak di antara mimbar dengan makam (dahulu rumah) Rasulullah ianya betul-betul bersebelahan dengan Masjid Nabi jarak rumah nabi dengan masjid hanyalah bersebelahan dan di antara ruang itulah digelar Raudhah. Di Raudhah ni adalah tempat yang paling Mustajab untuk berdoa dan digalakkan banyakkan melakukan amalan di dalammya. Tapi keluasannya hanyalah lebih kurang 22Mx15M sahaja. Jadi perlulah banyakkan berdoa & Sabar untuk masuk ke dalam kawasan Raudah ni. Apabila kami sampai dan memasuki Bab As Salam, Kelihatan Keindahan Masjid Nabawi ni, sangant besar. Berdebar untuk melalui Maqam Nabi, Setelah melepasi Raudah, Kami menghampiri Maqam Nabi, Di Sebelahnya terletak Maqam Abu Bakar, Dan di sebelah lagi Maqam Umar. Kami memberi Salam dan menyampaikan Salam yang dikirimkan oleh sahabat 2 di Malaysia. Sungguh terharu rasanya. Dapat melihat sendiri tempat bersemadinya Manusia Agung ini.. huhu..
Setelah selesai memberi Salam dan Ziarah, Kami cuba untuk memasuki Kawasan Raudhah. Alhamdulillah, Kami tidak tunggu lama, Dapat la juga memasuki kawasan raudah walaupun dihujungnya sahaja. Alhamdulillah. Moga fiberi peluang lagi untuk masuk ke sini dimasa hadapan. InsyaAllah. Amin..

Panjang pula saya bercerita, hehe, ok kita sambung perjalanan pada keesokan harinya, dukacitanya pada pagi pertama saya tidak mampu untuk ke Masjid untuk bersolat subuh berjemaah pada pagi itu. Kerana badan yang sangat lemah dan nafas yg mencungap2. Suhu sangat la sejuk padahal kami tidak memasang penghawa dingin pun di dalam hotel. Saya berehat sahaja di hotel dan bersolat di hotel sambil menanti sarapan disediakan. Setelah selesai semua urusan, kami jemaah dibawah Ziarah di sekitar Kota Madinah, Antara tempat yang akan diziarahi hari ini adalah, Masjid Quba, Bukit Uhud dan ladang Kurma. 

Kami memulakan ziarah hari ini ke Masjid Quba, Sedikit Info berkenaan Masjid Quba:


Masjid Quba (atau Masjid al-Quba) ialah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam. Masjid ini terletak di Kota Madinah kira-kira dua batu daripada Masjid an-Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad (SAW)sebelum baginda tiba di Madinah ketika berhijrah dari Makkah.

Masjid Quba
Masjid Quba dianggap antara masjid paling suci dalam pegangan penganut agama Islam, mengikut turutannya ialah Masjidil Haram (Makkah), Masjid an-Nabawi (Madinah), Masjidil Aqsa (Baitulmuqaddis), Masjid Quba (Madinah).
Masjid Quba disebut di dalam Al-Quran sebagai masjid yang dibangunkan di atas dasar taqwa.

Sabda Nabi Saw: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414.)


Bergambar kenangan, tak tau jemaah negara mana..hehe..
Sebelum Bergerak, kami dinasihatkan supaya berwudhu' dulu di hotel kerana seperti yg ditulis di atas, jika berwudhu dari rumah dan bersolat disini, pahalanya sama dengan ibadah sekali Umrah. Apabila sampai, terdapat ramai org berniaga di sekitar kawasan masjid. Kami bergerak ke dalam n menunaikan solat tahayatul masjid. Dan mengambil beberapa gambar kenang-kenangan. 
Sejukkk.. (Mcm iklan kopi pak belalang tak? hehe..)

Kemudian jemaah kami dibawa ke ladang Kurma, haa, sini best la.. banyak kurma.. hehe..tp sebenarnyer bukan murah sgt pun kurmanya, dikawasan masjid nabawi pun ada kedai kurma yg murah2.. tapi boleh la beli sikit.. kasi rezeki kat peniaga.. hehe.. Kat sini ada teh free. best.. dgn cuaca yg sejuk tu mmg sesuai la minum teh panas2.. dan kurma2 kat situ boleh dirasa. tapi cukup la sekadar rasa ye.. jgn pulak sampai kenyang.. hehe.. Kalau dah beli, nak bayarnya kena beratur panjang. Mcm jualan murah kat Malaysia pulak. Tapi di bumi yg dirahmati ni kena banyakkan la bersabar. InsyaAllah akan dipermudahkan urusan. 
Belakang kami tuh la Bukit Uhud



Selesai membeli beberapa biji kurma, (hehe, sy tak beli lagi time neh), Kami pun dibawa ke Bukit Uhud, Disini la tempat berlakunya Perang Uhud. Sedikit info berkenaan Perang Uhud:
Kat sini pun ramai org berniaga.
Perang Uhud (Bahasa Arab: غزوة أحد‎ Ġazwat ‘Uḥud) berlaku pada hari Sabtu, 7 Syawal[1] atau 11 Syawal tahun ketiga hijrah (26 Mac 625 M) antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraisy. Perang Uhud adalah pelantar untuk orang Quraisy membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badar. Dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud.

Pertempuran ini disertai 1,000 orang tentera Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad s.a.w. menuju ke Uhud tetapi hanya 700 orang sahaja yang berjaya sampai ke medan Uhud. Hal ini kerana di pertengahan jalan seramai 300 orang telah berpatah balik ke Madinah setelah dihasut oleh Abdullah bin Ubai iaitu ketua orang munafiq. Tentera kafir Quraisy seramai 3,000 orang yang diketuai oleh Abu Sufyan ibni Harb.


Bukit Pemanah
Kawasan Makam pejuang Islam yang tewas
Pertempuran bermula dengan perang tanding antara kedua pihak yang dimenangi pihak Muslim. Kedua-dua pasukan tentera kemudian mula bertempur, dengan tentera Muslim berjaya menggoyahkan tentera musyrik Quraisy. Pasukan pemanah Muslim lalu turun dari Bukit Uhud apabila melihat tentera Quraisy lari meninggalkan medan perang. Mereka berebut-rebut mengambil harta rampasan perang yang ditinggalkan sehingga mereka lupa larangan Nabi Muhammad supaya tidak meninggalkan Uhud walau apapun yang berlaku.Namun hanya 14 orang pemanah yang beriman sahaja yang tinggal.

Apabila melihat tentera Islam turun dari Bukit Uhud, Khalid bin al-Walid ketua tentera berkuda Quraisy bertindak balas mengelilingi bukit dan melakukan serang hendap dari arah belakang. Dalam serangan tersebut, tentera Islam terkepung dan menjadi lemah kemudian tersebar khabar angin mengatakan Nabi Muhammad s.a.w. telah terbunuh. Keadaan ini menyebabkan tentera Islam menjadi kucar-kacir.

Selepas pertempuran hebat, kebanyakan tentera Muslim berjaya berundur ke Uhud di mana mereka berkumpul semula. Menaiki kuda, pasukan Quraisy gagal mendaki lereng bukit dan kehilangan kelebihan serangan mengejut mereka. Perang ini berakhir apabila Abu Sufyan membuat keputusan tidak mengejar lanjut tentera Muslim, mengisytiharkan kemenangan.


Setelah pulang ke Madinah, tentera Muslim mendapat penangan yang hebat apabila diejek oleh Yahudi dan Munafik Madinah dengan mengatakan yang mereka pasti terselamat jika tidak bersama berperang. Peristiwa ini memberi pengajaran kepada para sahabat dan umat Islam seluruhnya kepentingan taat kepada Allah dan Rasul-Nya, selain ketua yang dilantik.

Begitu la sedikit sejarah berkenaan perang Uhud, Moga menjadi iktibar kepada kita semua. Lupa pula, kalau sesiapa yang berhajat nak membeli uah Zuriat & Bunga Mariam, kat sini la tempatnya. Satu Plastik SR5 sahaja, banyak pulak tu. Kat sekitar kawasan Bukit Uhud ni pun mmg ramai peniaga yg berniaga, jadi banyak pilihan. Kalau pandai tawar menawar maybe la dapat kurang sikit antara satu gerai n gerai yg lain.

Masjid Qiblatain (gambar dari dalam bas je)
Ok, Selesai Ziarah Luar untuk Hari ni, di dalam perjalanan kami melalui Masjid Qiblatain, dimana Masjid yg mempunyai 2 qiblat. Di sini Nabi menerima wahyu untuk bertukar Kiblat daripada Masjidil Aqsa kepada Masjidil Haram. 

Kemudian Kami juga melalui kawasan masjid 7 dimana tempat berlakunya Perang Khandaq. Kalau tak silap Khandaq tuh maksudnya parit. Kalau salah mohon betulkan.. huhu..

Ok.. Tamat Ziarah untuk Hari ni, nanti kita ziarah sekitar kawasan Masjid Nabawi la pula, Dan peluang yg ada jgn dilepaskan untuk bersolat di dalam Masjid ini kerana Pahalanya 1000x berbanding dari masjid lain. InsyaAllah. Amin..

Dibawah beberapa Gambar di sekitar Masjid Nabawi sebagai kenangan..
Gate 15, perpusu pusu umat islam ke masjid
Payung yang dibuka, cahaya terang tapi sejukkk..
Jual beli di sekitar masjid selepas waktu solat
Payung ditutup.. sebelum masuk waktu maghrib
Sejukkk.. Malam mmg cuaca sangat sejuk..




















<-- Sebelumnya...  
      Seterusnya -->

**Catatan yang dibuat oleh saya mungkin tidak selengkap dengan catatan di blog2 yg ada diluar sana, ianya adalah berdasarkan apa yang saya lalui & dan dibuat oleh saya sepanjang mengerjakan ibadah umrah yang lalu, jika ada kekurangan dan kesalahan mohon dibetulkan di ruangan komen moga2 memberi manfaat kepada kita semua. InsyaAllah.  :-)


Tuesday, December 27, 2016

#12 Umrah & Ziarah Di Bumi Barakah : Catatan Perjalanan Menyucikan Jiwa - (Tawaf Wada & Perjalanan Ke Madinah)



As Salam,
Alhamdulillah saya diberi peluang lagi untuk menaip disini untuk berkongsi cerita dan
pengalaman sy ketika mengerjakan ibadah umrah dan ziarah pada 1-11 Desember 2015 yg lalu. Maaf kepada pembaca yang menanti sambungan coretan pengalaman saya ini.. InsyaAllah akan dihabiskan coretannya tidak lama lagi..  :-)

Catatan Hari ke- 7 (7 December 2015)



Masjidil Haram Dikala Subuh..
Harini Hari Terakhir Di Kota Mekkah, Agak sayu jgk sebenarnya, sentiasa berdoa semoga diberi peluang untuk datang ke sini lagi. Datang bersama isteri, dan kalau boleh dgn semua ahli keluarga. InsyaAllah Amin.. Moga diberi peluang & rezeki untuk datang semula ke sini. Ok, paginya seperti biasa kami menunaikan solat Subuh di Masjid, Kemudian bersiar2 disekitar kawasan masjid, ada banyak lagi kawasan sebenarnya yang tak dilalui. tak sempat. Niat di hati nak cari restoran Felda. Tapi tak ketemu, tak de rezeki rupanya. Selepas beberapa ketika dan menangkap beberapa gambar kenangan di pagi tu, Kami pun pulang ke Hotel untuk sarapan pagi & sambung berkemas2 barang untuk keluar dari hotel. 


Suasana Subuh..
Kami dijadualkan akan berangkat ke Madinah selepas Zohor dan selepas makan tengah hari. Maknanya dalam pukul 1-2 tengah hari juga la. Jemaah kami di nasihatkan menjalankan Tawaf Wada sebelum waktu itu. Untuk menjalankan tawaf wada ni sama sahaja dengan tawaf sunat. Cuma setelah selesai tawaf wada diminta supaya segera meninggalkan Kota Mekkah. Tak boleh dah untuk menjalankan urusan membeli barang, bersedekah, menangkap gambar, malah menolong org menangkap gambar pun tak boleh.Jika melakukan juga makan Dam akan dikenakan. Ada beberapa perselisihan pendapat antara ulama dalam perkara2 yg disebutkan diatas. ada yg mengatakan alau niat tu mmg hendak meninggalkan kota makkah sepatutnya tiada masalah melakukan perkara2 diatas, tetapi jangan la disengajakan melewatkan meninggalkan kota makkah. Wallahhualam. 

Beg2 jemaah telah siap disusun
Ketika menghampiri pukul 10 pagi, kami pun berangkat ke Masjidil Haram untuk menjalankan Tawaf Wada. Beg2 semua sudah diletakkan di Lobi hotel dan akan diangkat oleh pekerja2 kasar yang telah diupah oleh pihak agensi. Ketika ini Mekkah dah hampir sejuk, Suhu di pagi itu dalam 25 darjah celcius. Sayu juga la hendak meninggalkan Kota Makkah, Kami pun menjalankan tawaf dan kemudian solat sunat. Setelah selesai saya mengalirkan air mata kerana begitu sedih untuk meninggalkan Kaabah. 

Selesai semua urusan, kami menunggu hingga waktu Zohor. Selesai solat Zohor, Saya menangkap beberapa keping gambar kenangan. Dan diluar pula memberi sedekah kepada pekerja Masjidil Haram. **nah.. semuanya melanggar apa yg saya tuliskan di atas. mungkin Tuhan hendak menduga, sebab saya tak ingat langsung bahawa selepas Tawaf Wida tak boleh melakukan perkara2 tu.. Dan kami pun dikenakan Dam. Moga jadi pengajaran buat kami dan jemaah2 yg lain.. :-)

Lupa pula hendak kasi tahu, apabila bangun pagi tadi, tekak saya sudah rasa kurang selesa. Tanda2 nak demam tu, Hanya Berdoa moga diberi kesihatan untuk meneruskah Ziarah ke Madinah. Setelah selesai semua urusan, dan selesai makan tengah hari. Kami menanti Bas tiba membawa kami ke Madinah, agak lewat juga basnya tiba. Kalau tak silap jam sudah melewati pukul 2 baru bas sampai. Setelah bas sampai, semua barang telah diisi, Kami pun memulakan perjalanan ke Madinah. 


Lebuh raya Makkah - Madinah
Jarak dari Kota Makkah ke Kota Madinah lebih kurang 424km, jadi perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam la jugak. Sepanjang perjalanan mmg jemaah akan dihidangkan dengan pemandangan padang pasir dan bukit buat yg berbatu. Ketika perjalanan ni juga sedikit sebanyak menginsafkan kita la. Bagaimana perjuangan Nabi kite dulu hendak berdakwah, Jauh sungguh perjalanan dari Kota Makkah Ke Kota Madinah. dan terfikir juga ketika waktu malam di musim sejuk. MashaAllah, Sangat la sejuk..


Pemandangan Salah Satu RnR
Setelah beberapa ketika melalui Highway ke Madinah, bas berhenti seketika di RnR, di sana pun ade RnR tau, masa ni drebar bas singgah makan dulu dan kami jemaah menunaikan solat Asar. Suasana time ni ok lagi sebab masih siang. Saya pun ok je setakat ni. Kemudian setelah berehat dan selesai menunaikan Solat Asar, Jemaah pun menyambung perjalanan ke Madinah. Setelah beberapa Jam, saya pun tak berapa ingat la berapa lama, tapi dah masuk waktu maghrib kalau tak silap. Jemaah kami pun berhenti di satu lagi RnR. Kali ni cuaca sudah gelap. Apabila berhenti je bas dan, bas pun buka la pintunya. Pergh, sangat la sejuk.. Baju sejuk tak de kat atas, dah dimasukkan ke dalam beg dan begnyer pun ntah dimana2 sama ada di bas yg sama atau bas yg lain. Allah.. Sangat2 la sejuk, mmg sy tak tahan, dengan keadaan badan yang tak berapa nak sihatnya. Tapi perjuangan perlu diteruskan. Sedikit je dugaan yang datang ni. 


Kucing Arab.. hehe..
Kami semua turun dengan keadaan yg mengigil2.. org lain sy tak tahu mcm mana keadaanya, tapi semuanya mmg kesejukan. Tambah ada juga beberapa jemaah lain juga yg tidak sihat. Mmg cuaca sgt sejuk, Bukan sahaja sejuk, ditambah juga dgn angin padang pasir. Berganda2 sejuknya. Nafas saya mmg tercungap2 la.. lepas ambil wudhu. mengigil2 tak cukup nafas. Berdoa moga dipermudahkan urusan dan nak masuk semula ke bas. Selesai solat berlari terus naik ke bas. Tapi ada lagi satu dugaan. Kami perlu makan makanan yang dibekalkan dari Makkah tadi, kalau tak akan basi. Pemandu bas pula tak benarkan Jemaah makan di dalam bas. Perhentian ni tiada meja makan seperti RnR di Malaysia. hanya tempat parking, Surau dan tandas sahaja. Ya Allah, mcm maner nak makan ni, Kami ber3 pun mencari tempat dibelakang bangunan, kurang sikit sejuknya, Tapi masih mengigil2. Saya makan dengan cepat dan berlari naik ke bas. Mmg ketika ni badan sangat lemah akibat demam n kesejukan. Tapi sy positifkan diri bahawa ni semua dugaan. 

Keadaan badan sy bertukar 360 darjah kesihatannya berbanding dari di Makkah tadi. Kemudian kami pun meneruskan perjalanan, saya pun tak ingat berapa jam lagi perjalanan, apabila hampir ke Kota Madinah, Kami dikejutkan oleh Muttawif. Alhamdulillah, sudah hampir ke Kota Madinah, Masjid Nabi Kita. Tempat bersemadinya Rasullullah Insan kesayangan Kita. Moga dipermudahkan Urusan disini. Amin..

Kota Madinah ni mmg berbeza dengan Kota Makkah, Di sini kotanya agak teratur berbanding di Makkah. Kami Selamat Tiba Di hotel lebih kurang Jam 10/11 Malam kalau tak silap. Apabila Sampai Kami diberi Taklimat oleh Muttawif dan dibahagikan ke bilik masing2. Setelah selesai pembahagian Bilik, Kami akan dibawa Ziarah ke dalam Masjid Nabawi. Berdebar Rasanya untuk menziarah ke Maqam Manusia Kesayangan ni nanti..
Bersambung...


<-- Sebelumnya... 
Seterusnya -->

**Catatan yang dibuat oleh saya mungkin tidak selengkap dengan catatan di blog2 yg ada diluar sana, ianya adalah berdasarkan apa yang saya lalui & dan dibuat oleh saya sepanjang mengerjakan ibadah umrah yang lalu, jika ada kekurangan dan kesalahan mohon dibetulkan di ruangan komen moga2 memberi manfaat kepada kita semua. InsyaAllah.  :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...