Wednesday, December 28, 2016

#13 Umrah & Ziarah Di Bumi Barakah : Catatan Perjalanan Menyucikan Jiwa - (Masjid Nabawi, Raudah, Uhud, Ladang Kurma, Quba, Qiblatain)

                                         


As Salam,
Alhamdulillah saya diberi peluang lagi untuk menaip disini untuk berkongsi cerita dan
pengalaman sy ketika mengerjakan ibadah umrah dan ziarah pada 1-11 December 2015 yg lalu.

Catatan Hari ke- 8 (8 December 2015)


Saya Sambungkan sedikit cerita ketika Menziarah Masjid Nabi Pada Malam sebelumnya, Selepas agihan bilik dibuat, kami diajak oleh muttawif untuk menziarah Maqam Nabi pada malam ni juga. Ini adalah kerana pada waktu Malam Jemaah agak kurang dan berkemungkinan berpeluang memasuki Raudah. Tetapi tidakla diwajibkan kepada semua Jemaah, kerana ramai yg keletihan dan kurang sihat pada malam itu. Mungkin kerana terkejut cuaca sejuk di perjalanan dan di Madinah. Saya pun pada awalnya tak mahu ikut, tapi memikirkan takut esok2 belum tentu lagi berpeluang jadi gagahkan diri juga untuk mengikut Ziarah pada Malam ini. 
Jauh kelihatan Bab As Salam..
Kesejukan.
Sejauh Mata Memandang..

Suhu di Madinah Pada Waktu malam Sangat La sejuk, saya tak sure berapa tapi mmg lagi sejuk dari Cameron Highland rasanyer. Ditambah dengan angin padang pasir lagi.. mmg double sejuk. Hehe. Kami pun bergerak berkumpulan memasuki Masjid Nabawi, Jarak dari hotel ke masjid tak berapa jauh jika dibandingkan dengan di Mekah. Dalam 200-300 meter je dari masjid. Setelah masuk di pagar, kami diminta supaya mengingati pintu mana yang kami masuk, kerana semua pintu kelihatan sama sahaja, takut ada yang tersalah keluar nanti tak dapat jumpa jalan pulang ke Hotel. Masjid Nabawi ni Sangat la besar, dari pagar nak ke bangunan masjid sahaja pun dah terasa jauhnya. belum lagi nak sampai ke Bab As Salam. Bab As Salam ni Pintu Utama Masjid ni. Masuk Dari Pintunya dan terus kita akan melalui Raudah, Di Sebelahnya Terletaknya Maqam Nabi. Raudhah terletak di antara mimbar dengan makam (dahulu rumah) Rasulullah ianya betul-betul bersebelahan dengan Masjid Nabi jarak rumah nabi dengan masjid hanyalah bersebelahan dan di antara ruang itulah digelar Raudhah. Di Raudhah ni adalah tempat yang paling Mustajab untuk berdoa dan digalakkan banyakkan melakukan amalan di dalammya. Tapi keluasannya hanyalah lebih kurang 22Mx15M sahaja. Jadi perlulah banyakkan berdoa & Sabar untuk masuk ke dalam kawasan Raudah ni. Apabila kami sampai dan memasuki Bab As Salam, Kelihatan Keindahan Masjid Nabawi ni, sangant besar. Berdebar untuk melalui Maqam Nabi, Setelah melepasi Raudah, Kami menghampiri Maqam Nabi, Di Sebelahnya terletak Maqam Abu Bakar, Dan di sebelah lagi Maqam Umar. Kami memberi Salam dan menyampaikan Salam yang dikirimkan oleh sahabat 2 di Malaysia. Sungguh terharu rasanya. Dapat melihat sendiri tempat bersemadinya Manusia Agung ini.. huhu..
Setelah selesai memberi Salam dan Ziarah, Kami cuba untuk memasuki Kawasan Raudhah. Alhamdulillah, Kami tidak tunggu lama, Dapat la juga memasuki kawasan raudah walaupun dihujungnya sahaja. Alhamdulillah. Moga fiberi peluang lagi untuk masuk ke sini dimasa hadapan. InsyaAllah. Amin..

Panjang pula saya bercerita, hehe, ok kita sambung perjalanan pada keesokan harinya, dukacitanya pada pagi pertama saya tidak mampu untuk ke Masjid untuk bersolat subuh berjemaah pada pagi itu. Kerana badan yang sangat lemah dan nafas yg mencungap2. Suhu sangat la sejuk padahal kami tidak memasang penghawa dingin pun di dalam hotel. Saya berehat sahaja di hotel dan bersolat di hotel sambil menanti sarapan disediakan. Setelah selesai semua urusan, kami jemaah dibawah Ziarah di sekitar Kota Madinah, Antara tempat yang akan diziarahi hari ini adalah, Masjid Quba, Bukit Uhud dan ladang Kurma. 

Kami memulakan ziarah hari ini ke Masjid Quba, Sedikit Info berkenaan Masjid Quba:


Masjid Quba (atau Masjid al-Quba) ialah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam. Masjid ini terletak di Kota Madinah kira-kira dua batu daripada Masjid an-Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad (SAW)sebelum baginda tiba di Madinah ketika berhijrah dari Makkah.

Masjid Quba
Masjid Quba dianggap antara masjid paling suci dalam pegangan penganut agama Islam, mengikut turutannya ialah Masjidil Haram (Makkah), Masjid an-Nabawi (Madinah), Masjidil Aqsa (Baitulmuqaddis), Masjid Quba (Madinah).
Masjid Quba disebut di dalam Al-Quran sebagai masjid yang dibangunkan di atas dasar taqwa.

Sabda Nabi Saw: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414.)


Bergambar kenangan, tak tau jemaah negara mana..hehe..
Sebelum Bergerak, kami dinasihatkan supaya berwudhu' dulu di hotel kerana seperti yg ditulis di atas, jika berwudhu dari rumah dan bersolat disini, pahalanya sama dengan ibadah sekali Umrah. Apabila sampai, terdapat ramai org berniaga di sekitar kawasan masjid. Kami bergerak ke dalam n menunaikan solat tahayatul masjid. Dan mengambil beberapa gambar kenang-kenangan. 
Sejukkk.. (Mcm iklan kopi pak belalang tak? hehe..)

Kemudian jemaah kami dibawa ke ladang Kurma, haa, sini best la.. banyak kurma.. hehe..tp sebenarnyer bukan murah sgt pun kurmanya, dikawasan masjid nabawi pun ada kedai kurma yg murah2.. tapi boleh la beli sikit.. kasi rezeki kat peniaga.. hehe.. Kat sini ada teh free. best.. dgn cuaca yg sejuk tu mmg sesuai la minum teh panas2.. dan kurma2 kat situ boleh dirasa. tapi cukup la sekadar rasa ye.. jgn pulak sampai kenyang.. hehe.. Kalau dah beli, nak bayarnya kena beratur panjang. Mcm jualan murah kat Malaysia pulak. Tapi di bumi yg dirahmati ni kena banyakkan la bersabar. InsyaAllah akan dipermudahkan urusan. 
Belakang kami tuh la Bukit Uhud



Selesai membeli beberapa biji kurma, (hehe, sy tak beli lagi time neh), Kami pun dibawa ke Bukit Uhud, Disini la tempat berlakunya Perang Uhud. Sedikit info berkenaan Perang Uhud:
Kat sini pun ramai org berniaga.
Perang Uhud (Bahasa Arab: غزوة أحد‎ Ġazwat ‘Uḥud) berlaku pada hari Sabtu, 7 Syawal[1] atau 11 Syawal tahun ketiga hijrah (26 Mac 625 M) antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraisy. Perang Uhud adalah pelantar untuk orang Quraisy membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badar. Dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud.

Pertempuran ini disertai 1,000 orang tentera Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad s.a.w. menuju ke Uhud tetapi hanya 700 orang sahaja yang berjaya sampai ke medan Uhud. Hal ini kerana di pertengahan jalan seramai 300 orang telah berpatah balik ke Madinah setelah dihasut oleh Abdullah bin Ubai iaitu ketua orang munafiq. Tentera kafir Quraisy seramai 3,000 orang yang diketuai oleh Abu Sufyan ibni Harb.


Bukit Pemanah
Kawasan Makam pejuang Islam yang tewas
Pertempuran bermula dengan perang tanding antara kedua pihak yang dimenangi pihak Muslim. Kedua-dua pasukan tentera kemudian mula bertempur, dengan tentera Muslim berjaya menggoyahkan tentera musyrik Quraisy. Pasukan pemanah Muslim lalu turun dari Bukit Uhud apabila melihat tentera Quraisy lari meninggalkan medan perang. Mereka berebut-rebut mengambil harta rampasan perang yang ditinggalkan sehingga mereka lupa larangan Nabi Muhammad supaya tidak meninggalkan Uhud walau apapun yang berlaku.Namun hanya 14 orang pemanah yang beriman sahaja yang tinggal.

Apabila melihat tentera Islam turun dari Bukit Uhud, Khalid bin al-Walid ketua tentera berkuda Quraisy bertindak balas mengelilingi bukit dan melakukan serang hendap dari arah belakang. Dalam serangan tersebut, tentera Islam terkepung dan menjadi lemah kemudian tersebar khabar angin mengatakan Nabi Muhammad s.a.w. telah terbunuh. Keadaan ini menyebabkan tentera Islam menjadi kucar-kacir.

Selepas pertempuran hebat, kebanyakan tentera Muslim berjaya berundur ke Uhud di mana mereka berkumpul semula. Menaiki kuda, pasukan Quraisy gagal mendaki lereng bukit dan kehilangan kelebihan serangan mengejut mereka. Perang ini berakhir apabila Abu Sufyan membuat keputusan tidak mengejar lanjut tentera Muslim, mengisytiharkan kemenangan.


Setelah pulang ke Madinah, tentera Muslim mendapat penangan yang hebat apabila diejek oleh Yahudi dan Munafik Madinah dengan mengatakan yang mereka pasti terselamat jika tidak bersama berperang. Peristiwa ini memberi pengajaran kepada para sahabat dan umat Islam seluruhnya kepentingan taat kepada Allah dan Rasul-Nya, selain ketua yang dilantik.

Begitu la sedikit sejarah berkenaan perang Uhud, Moga menjadi iktibar kepada kita semua. Lupa pula, kalau sesiapa yang berhajat nak membeli uah Zuriat & Bunga Mariam, kat sini la tempatnya. Satu Plastik SR5 sahaja, banyak pulak tu. Kat sekitar kawasan Bukit Uhud ni pun mmg ramai peniaga yg berniaga, jadi banyak pilihan. Kalau pandai tawar menawar maybe la dapat kurang sikit antara satu gerai n gerai yg lain.

Masjid Qiblatain (gambar dari dalam bas je)
Ok, Selesai Ziarah Luar untuk Hari ni, di dalam perjalanan kami melalui Masjid Qiblatain, dimana Masjid yg mempunyai 2 qiblat. Di sini Nabi menerima wahyu untuk bertukar Kiblat daripada Masjidil Aqsa kepada Masjidil Haram. 

Kemudian Kami juga melalui kawasan masjid 7 dimana tempat berlakunya Perang Khandaq. Kalau tak silap Khandaq tuh maksudnya parit. Kalau salah mohon betulkan.. huhu..

Ok.. Tamat Ziarah untuk Hari ni, nanti kita ziarah sekitar kawasan Masjid Nabawi la pula, Dan peluang yg ada jgn dilepaskan untuk bersolat di dalam Masjid ini kerana Pahalanya 1000x berbanding dari masjid lain. InsyaAllah. Amin..

Dibawah beberapa Gambar di sekitar Masjid Nabawi sebagai kenangan..
Gate 15, perpusu pusu umat islam ke masjid
Payung yang dibuka, cahaya terang tapi sejukkk..
Jual beli di sekitar masjid selepas waktu solat
Payung ditutup.. sebelum masuk waktu maghrib
Sejukkk.. Malam mmg cuaca sangat sejuk..




















<-- Sebelumnya...  
      Seterusnya -->

**Catatan yang dibuat oleh saya mungkin tidak selengkap dengan catatan di blog2 yg ada diluar sana, ianya adalah berdasarkan apa yang saya lalui & dan dibuat oleh saya sepanjang mengerjakan ibadah umrah yang lalu, jika ada kekurangan dan kesalahan mohon dibetulkan di ruangan komen moga2 memberi manfaat kepada kita semua. InsyaAllah.  :-)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...