Tuesday, December 27, 2016

#11 Umrah & Ziarah Di Bumi Barakah : Catatan Perjalanan Menyucikan Jiwa - (Taif & Qarnul Manazil)


As Salam,

Nampaknya Musim Umrah 2016 telah kembali, maaf kerana terputus cerita akibat beberapa perkara yang tidah dapat dieelakkan, InsyaAllah saya akan menghabiskan perkongsian coretan perngalaman saya ketika mengerjakan Umrah setahun yang lalu.


Alhamdulillah saya diberi peluang lagi untuk menaip disini untuk berkongsi cerita dan
pengalaman sy ketika mengerjakan ibadah umrah dan ziarah pada 1-11 Desember 2015 yg lalu.

Catatan Hari ke- 6 (6 December 2015)
Hari ini Jadual jemaah kami akan dibawa ke bandar Taif, Sedikit info berkenaan Bandar Taif:
Taif (Bahasa Arabالطائف‎, aṭ-Ṭā’if) terletak di wilayah Makkah, pergunungan Al-Sarawat Arab Saudi, bekas wilayah Hijaz, Arab Saudi. Memandu dari Jeddah mengambil masa 2 jam, dari Makkah 60km jaraknya.
Oleh kerana terletak ketinggian 1,879 m (6,160 kaki), kawasan ini selalu dituruni hujan, bandar ini mempunyai iklim yang dingin sepanjang tahun dengan musim panas yang ringan (80-90F darjah) dan musim sejuk yang sejuk (40F, pakaian hangat diperlukan). (wikipedia)
Pemandangan Highway ke Taif 
Jaraknya agak jauh dari Kota Makah, seperti biasa kami bertolak dgn rombongan yang lain, memandangkan jaraknya agak jauh, Jadi saya tertewas juga di dalam bas dengan tertidur. Hehe, lagi pun view dekat Arab ni bukan macam kat Malaysia, Padang Pasir yang terbentang luas, bangunan pun semua sama kaler dengan tanah. 
Stesen Minyak
Jadi tuh sebabnyer tertdr, hehe. Dikatakan bahawa taif ni sejuk, jadi kena bawak baju sejuk bersama. Mmg kami ada bawa la juga. Malam sebelum tu saya ada google la mcm mana keadaan taif. Tgk tempat nyer siap ada cable car lagi. Pada Hari kejadian, saya tak nampak pun jalan berbukit2 tu, adakah terlepas? atau mungkin bas ikot jalan lain. rasanya mungkin ikot jalan lain kot. Jadi tak ikot jalan berbukit2 yang terkenal kalau kita google bandar taif. Tak pe la, Janji selamat sampai..  :-)

Bandar Taif





Lebih kurang 2 jam perjalanan Alhamdulillah kami pun sampai ke Bandar Taif, Bandarnya tak la besar sangat, tapi agak maju dan kurang sesak la jika dibandingkan dengan Bandar Makkah. Ini adalah kerana bandar ni tidak ramai org dari luar yang datang melawat. Tidak semua agensi Umrah membuat ziarah ke Taif ni. Alhamdulillah, ziarah ini terdapat didalam Package kami, dapat la juga melihat beberapa peninggalan sejarah daripada Rasul s.a.w kite yg tercinta. 

Sedikit Kisah Dakwah Rasullullah s.a.w ketika di Taif untuk renungan bersama, kisah diambil daripada blog: "http://www.ustazamin.com/2009/01/hebatnya-sesuatu-perjuanga-bukan-dengan.html"

Pada tahun ke sepuluh kenabian, iaitu 3 tahun sebelum hijrah, Nabi saw menghadapi satu tentangan yang luar biasa hebatnya. Kaum Quraish memulaukan baginda. Dalam keadaan yang penuh tekanan ini, Nabi bersama Saidina Zaid Harithah telah memilih bandar tinggi Taif untuk medan dakwahnya.

Sesampainya di Taif, Nabi bertemu dengan tiga orang ketua Bani Thaqif iaitu suku Arab terbesar di Taif. Salah seorang dari mereka tidak mahu campur urusan dakwah ini.
Dia mengatakan, "jika engkau pendusta, aku tidak mahu layan pembohongan ini, tetapi jika kamu benar-benar Nabi, aku tidak mahu dilaknat".

Dua orang lagi berhujjah dengan Nabi. Mereka yang memang dari awal menolak dakwah ini terus menghina-hina dan memperbodohkan Nabi yang mulia ini. Akhirnya mereka berdua menghalau Nabi. "Keluar kamu dari negeri kami ini".

Mereka mengheret Nabi keluar dari Bustan as-Thaqif (taman Thaqif). Penduduk yang sejak awal berkumpul di sekeliling Nabi menolak-nolak Nabi. Anak-anak muda yang lebih agresif membaling nabi dengan batu. Batu-batu itu melukai kepala, badan dan kaki Baginda. Saidina Zaid menjerit-jerit menahan batu yang dilemparkan kepada mereka. Nabi yang cedera meninggalkan Bustan at-Thaqif. Ketika menuruni curam bukit, batu masih lagi menghujani mereka berdua.
Setelah jauh, Nabi bersandar di satu batu, baginda memegang badan Zaid, bertanyakan khabar keadaan Zaid. Zaid yang juga cedera lebih membimbangkan keadaan Nabi.


Masjid Kuu
Darah mengalir dari badan Nabi. Ketika itu Nabi mengangkat tangan dan berdoa mengadu keadaanya pada Allah. Saidina Zaid r.a menceritakan bahawa dia melihat Nabi dengan keadaan yang sangat sedih.

Pada ketika itu, datanglah Malaikat kepada Nabi seraya berkata:-

"Wahai Muhammad, mintalah pada tuhanmu keizinan untuk aku mengambil bukit-bukit di Taif bagi menghempap mereka".

Nabi mengangkatkan tangannya sekali lagi. Baginda berdoa, tapi bukan berdoa untuk kehancuran penduduk Taif tetapi kebaikan untuk mereka

"Ya Allah, hidayahkanlah kaumku ini, sesungguhnya mereka tidak mengetahui".

Ketika berada di tempat itu, seorang Nasrani melintasi mereka. Nasrani ini sangat simpati dengan keadaan Nabi. Dia lalu singgah, mengambilkan air dan bertanyakan khabar mereka berdua. Peluang ini diambil oleh Nabi untuk menerangkan risalah Islam. Akhirnya, orang Nasrani ini memeluk Islam. Dialah satu-satunya orang yang berjaya diIslamkan oleh Nabi ketika di Taif.

Islamnya Nasrani ini memberi inspirasi kepada Nabi untuk mengIslamkan bumi Taif. Perancangan mengIslamkan Taif dan Mekah disusun dan dirancang oleh Nabi.

Sejarah menyaksikan Nabi berjaya mengIslamkan kota Mekah. Bandar Taif terus menjadi medan dakwah seterusnya. Nabi telah mengutuskan seorang sahabat bernama Abdullah Ibn Abbas ke Taif. Beliau berusaha bersungguh-sungguh berdakwah dan mendidik masyarakat Taif. Akhirnya, bumi Taif berjaya di Islamkan oleh Abdullah bin Abbas. Usaha mengIslamkan bumi Taif berjaya dilaksanakan 12 tahun setelah peristiwa penghalauan Nabi dari bumi ini. Abdulllah bin Abbas terus duduk di sini hinggalah kewafatannya.

Istana Shubra
Begitu la sedikit sebanyak sejarah Nabi Kita Berdakwah di Taif, Ok, lawatan kami yg pertama di sini adalah Istanan Shubra. Tempat ni dah dijadikan Muzium. owh, lupa nak kasi tahu, mmg udara di sini nyaman. Macam Cameron Highland. agak teruja juga la sebab  tak sangka di Tanah Arab ni ada tempat sejuk. Taif ni juga merupakan tempat yang paling Subur di Tanah Arab. Ada Juga Kisah yg menyebabkan Bumi Taif ni menjadi Subur. Dikatakan seorang budak lelaki bernama Addas memberi 3 biji anggur kepada Nabi. Dan Nabi membaca Bismillah ketika Makan. Kemudian bijinya ditaburkan ke bumi taif dan sejak dari itu Bumi Taif menjadi subur, Wallahualam..


Dalam Masjid Ibn Abbas
Ok, sambung cerita mengenai Istana Shubra ni. Dahulunya merupakan Istana Keluarga diraja, Tapi kini dijadikan muzium, Banyak Gambar2 sejarah diletakkan disini sebagai rujukan kepada pengunjung di sini. Setelah selesai, menziarah ke Masjid Ibn Abbas, Seperti yang diceritakan sebentar tadi beliau merupakan salah seorang dari Sahabat Nabi yang menyambung pengIslaman Penduduk taif. Maqam Beliau juga terdapat di kawasan sekitar Masjid ini. 


Pasar Buah Taif
Kilang Membuat Air Mawar
Setelah selesai menziarah dan menunaikan Solat Tahayatul Masjid, kami meneruskan perjalanan ke Pasar Buah. Mmg buah buahan disini sangat segar dan besar2. Ada buah Delima yang murah boleh dibeli disini. Cuma kalau nak membeli tuh boleh la tawar menawar. InsyaAllah akan dapat harga yg berpatutan. Setelah selesai membeli buah tangan, kami menziarah ke Masjid Kuu', bermaksud masjid siku. Ia mengambil sempena dengan keadaan Nabi berteleku dengan sikunya dalam keadaan luka-luka. Masjid ini sudah tidak digunakan lagi. Ia bagi mengelakkan orang yang datang memuja-muja tempat ini. Ia dipagar. Kerajaan Arab Saudi cuba mengatakan bahawa tempat ini bukan tempatnya Nabi berteleku, tetapi penduduk Taif mengatakan bahawa inilah tempatnya lantaran tempat inilah merupakan kawasan yang tidak jauh dari Bustan as-Thaqif tempat Nabi bertemu dengan pembesar kaum. Akhir sekali, Sebelum keluar dari Bandar taif, kami dibawa melawat ke kilang memproses air mawar. Tapi pada ketika lawatan kami bukan musim berbunga, Jadi hanya dapat dilihat mesin2 membuat air mawar dan sedikit sebanyak mendengar penerangan dari pemandu pelancong (Dari pusat pelancongan taif) tentang cara2 pembuatan Air Mawar. 


Kilang Membuat Air Mawar
Dalam Perjalan pulang, Jemaah kami dibawa ke Qarnul Manazil, Alhamdulillah. Disini adalah tempat Miqat bagi Jemaah2 Malaysia ketika di atas Kapal Terbang. Alhamdulillah kerana berkesempaan untuk bermiqat disini kerana jarang ade jemaah Malaysia yang Sampai disini. Tempatnya Besar dan luas kerana kalau tak silap Ianya akan menjadi tempat Miqaq bagi penduduk2 arab yang datang dari Yaman dan kawasan sekitarnya. Kami akan berniat Miqat disini untuk Umrah Terakhir bagi sessi kali ini. Sedih pulak rasanya. Selesai semua Urusan, kami pun pulang ke Makkah untuk menjalankan Ibadah Umrah Ke-4.


Miqat Qarnul Manazil
Miqat Qarnul Manazil

Alhamdulillah.. Selesai Umrah ke-4
Esoknya dah hendak keluar dari Kota Makkah, Sayu pulak rasa hati, tetapi berdebar juga kerana akan dapat menziarah Maqam Nabi Kesayangan kita. Moga dipermudahkan segala urusan.. InsyaAllah.. Amin..

<-- Sebelumnya...     
     Seterusnya -->

**Catatan yang dibuat oleh saya mungkin tidak selengkap dengan catatan di blog2 yg ada diluar sana, ianya adalah berdasarkan apa yang saya lalui & dan dibuat oleh saya sepanjang mengerjakan ibadah umrah yang lalu, jika ada kekurangan dan kesalahan mohon dibetulkan di ruangan komen moga2 memberi manfaat kepada kita semua. InsyaAllah.  :-)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...