Thursday, December 29, 2016

#14 Umrah & Ziarah Di Bumi Barakah : Catatan Perjalanan Menyucikan Jiwa - (Bukit Magnet, Kilang Al-Quran, Ladang Kurma 2, Perkuburan Baqi, Sekitar Masjid Nabawi)

                                            


As Salam,
Alhamdulillah saya diberi peluang lagi untuk menaip disini untuk berkongsi cerita dan
pengalaman sy ketika mengerjakan ibadah umrah dan ziarah pada 1-11 Desember 2015 yg lalu.

Catatan Hari ke- 9 (9 December 2015)



Bergambar depan hotel.. sejukkk..
Hari Ke-9, Ziarah hari ini akan membawa ke beberapa tempat bersejarah lagi bagi mengambil iktibar & pengajaran atas apa yg berlaku. Hari ke-2 di Madinah, Cuaca mmg sangat Sejuk, memandangkan saya tidak berapa sihat, Jadi waktu lepas Subuh Dan Selepas Isyak ketika di Masjid adalah waktu yang sangat mencabar. Kesejukannya mmg mencucuk2 diri ini. Kaki saya juga membengkak dan mengelupas akibat terkejut dgn cuaca sejuk & kering disini. Moga dipermudahkan urusan perjalanan saya disini InsyaAllah. Amin. 

Hari ini kami akan dibawa Ziarah ke kawasan Bukit bermagnet. Kawasan ni kalau tak silap ada beberapa lagi di Dunia ni dan salah satunya di Madinah ni sendiri la. Mengikut Penjelasan saintifik pulak, fenomena pelik ini adalah berkenaan ilusi optik yang terjadi akibat penipuan mata apabila air kelihatan turun daripada gunung yang seakan-akan kawasan tersebut adalah condong. Namun, ia hanyalah penjelasan yang ringkas dan tertakluk hanya di beberapa tempat sahaja. Wallahuallam  :-) Sepanjang perjalanan ke kawasan bukit Magnet ni mmg seperti biasa la pemandangan hanyalah bukit batu n padang pasir je la. Drebar bas cakap yg kawasan sekitar ni merupakan kawasan rekreasi org2 arab. Tapi time malam je la. kalau dilihat pun mmg nampak ade taman permainan n ATV dekat sekitar kawasan ni. Mencabar juga cara hidup kat sini. Bersyukur kerana lahir di bumi Malaysia. Cuaca kalau dilihat pada cahaya tuh macam panas, tetapi jgn tertipu, sejukk.. hehe.. ok la, layan jap beberapa gambar yg di tangkap di kawasan ni. 



Kita Minum Dulu..

Kemudian, jemaah kami sekali lagi dibawa ke Ladang Kurma, tapi ni tempat yang lain pula, Mmg di madinah ni banyak ladang & pasar Kurma, tgk la kemana kita akan dibawa, follow je la.. :-) Kat sini pun lebih kurang sama macam tempat semalam, Boleh la rasa sikit2 kurma yg ada tu, teh panas pun ade jugak, yg tuh la yg saya tuju dulu. sebab kesejukan.. hehe. Kat sini harganya agak murah sikit dari tempat semalam. Dan seperti biasa saya tak beli jugak kat sini. 

Lokasi ke -3 hari ni dan terakhir adalah Kilang Membuat Al-Quran. Kilang ni la dikatakan kilang terbaik menghasilkan Al-Quran di seluruh dunia. Dan Quran2 yang diwaqafkan di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram adalah dibuat disini. Kaum wanita tak dibenarkan masuk ke dalam Kilang ni, hanya lelaki sahaja dibenarkan masuk. Apabila pulang kami diberi senaskah Al-Quran sebagai tanda Cenderahati..


Keadaan Di Dalam Kilang Membuat Al-Quran
Perkuburan Baqi,, Seluas mata memandang..
Berakhirlah ziarah luar di Madinah. Jemaah pulang sebelum Zohor dan menunaikan Solat Zohor di Masjid Nabawi. Selepas Asar, Kami bertiga berpeluang untuk menziarah Perkuburan Baqi. Perkuburan ni terletak di sebelah Masjid Nabawi. Ianya juga disebut Jannatul Baqi. Disini bersemadinya Sahabat2 rasullullah dan para Isteri Nabi. Semua yg meninggal di Madinah akan dikebumikan disini. dan sangat bertuah kepada sesiapa yang dikebumikan di sini kerana mereka akan jadi golongan terawal yang akan dibangkitkan semula pada hari akhirat kelak selepas Nabi     Muhammad, Abu Bakar & Umar. Perkuburan Baqi ini juga ada masa-masa sahaja yang boleh dimasuki, selepas subuh hingga jam 8 pagi dan selepas asar hingga 30 minit sebelum maghrib. Lelaki sahaja yg dibenarkan masuk. Kaum wanita hanya melihat dari luar sahaja. 

Selesai menziarah, kami menziarahi sekitar kawasan Masjid Nabawi ni. mmg besar dan sangat luas. Rupanya dibawah Masjid Nabawi masih ade 3-4 lapisan tingkat. Dibawahnya terletak tandas dan tempat parking kereta. tak sangka Dibawah tanah di sana juga dilakukan pembangunan. Di sekitar kawasan Masjid juga ada pasaraya menjual Jubah dan berbagai lagi wangi wangian. Juga jangan terkejut kerana ianya juga mempunyai 3-4 tingkat lagi bangunan dibawah tanah. Kalau di Malaysia kelihatan seperti Kompleks yg besar2 tapi semuanya di bawah tanah. 

Beberapa gambar kenangan di sekitar Masjid Nabawi & Kawasan sekitarnya..


Payung terbuka..
Pandangan dari sebelah perkuburan Baqi
Makam Rasulllah S,A.W, Abu Bakar & Umar


Pemandangan Dalam Masjid
Berakhir lah sudah Ziarah kami di Madinah, Esoknya kami akan berangkat Pulang Ke Malaysia. Perasaan bercampur baur antara gembira dan sayu. Gembira untuk berjumpa anak & isteri tetapi sayu untuk meninggalkan manusia kesayangan Allah di sini. Malamnya kami diberi taklimat berkenaan perjalanan Esok dan apa yang perlu dibuat sebelum berangkat pulang ke tanah air. Kami pun berkemas la barang2 yang dibeli di sini. mujur tak beli beg tambahan kerana barangan bertambah. huhu.. Saya la yang membawa baju agak banyak. Sebab tak tahu keadaannya mcm mana di sini. InsyaAllah kalau diberi peluang lagi ke sini dah tahu dah nak agak banyak mana keperluan pakaian yang perlu dibawa..  :-)


Malam di Masjid Nabawi...


<-- Sebelumnya...                                                                                                                                Seterusnya -->

**Catatan yang dibuat oleh saya mungkin tidak selengkap dengan catatan di blog2 yg ada diluar sana, ianya adalah berdasarkan apa yang saya lalui & dan dibuat oleh saya sepanjang mengerjakan ibadah umrah yang lalu, jika ada kekurangan dan kesalahan mohon dibetulkan di ruangan komen moga2 memberi manfaat kepada kita semua. InsyaAllah.  :-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...